02 di jerai kedah - Google Blog Search |
Gunung <b>Jerai</b> dah tak sejuk lagi.. | MyMekar.com Posted: 18 Dec 2012 06:40 PM PST 9-10 December 2012 He..asyik-asyik ke Gunung Jerai. Kalau sesiapa yg selalu singgah blog ni mesti terperasan yg daku selalu update ttng percutian ke gunung jerai. Boleh dikatakan tiap2 tahun..grr. Baru2 ni selepas selesai urusan di Penang kami meneruskan perjalanan ke negeri Kedah pula. Salah satu lokasinya adalah ke Gunung Jerai yg terletak di daerah Gurun, Kedah. Apa yg istimewa selalu pegi situ Mekar? Kebetulan ada promosi harga bilik (musim cuti sekolah). Sekaligus mr suami nak meraikan sahabat karib beliau sekeluarga. So apa lagi kami tak melepaskan peluang. Kalau bukan promosi, harga boleh mencecah sehingga RM 300 untuk premier room, tp kami hanya bayar RM 253 je. Kami menempah 3 unit bilik utk 3 buah keluarga. Perjalanan menaiki 2 buah kereta untuk naik ke Regency Resort Gunung Jerai boleh mengambil masa sehingga 20 minit dengan jalan yang bengkang-bengkok dan mencabar. Tapi sbb dah biasa menaiki Gunung Jerai membuatkan perjalanan kami bjalan lancar.
meriahnya pokok2 mengeluarkan bunga kalu tanam kat umah kl, sure tak tumbuh bunga nih..huhu arnab yg bebas berkeliaran. tapi beliau malu2 saat gambarnya dirakamkan
Sebenarnya baru daku perasan, trip kali ni cuaca di Gunung Jerai tak terlalu sejuk spti sblmnya, walaupun ptg hari ketibaan kami hujan turun dgn lebat. Suasana waktu malam pun just nice. takde gigil2. tak perlu pakai baju dua lapis. Trip kali ni juga, tak banyak pokok2 yg berbunga lebat seperti kebiasaannya. Kalau dulu sekeliling resort dipenuhi dgn bunga yg berwarna ceria. Kali ni kelihatan pokok2 macam baru nak tumbuh. Tak syok pula nak ambik gambar Apa-apa pun, satu percutian yg menyeronokkan walaupun tak banyak aktiviti yg boleh dilakukan di puncak Gunung Jerai. Asalkan kami dapat menikmati pemandangan yg tenang dan cantik serta kami dpt menceriakan anak-anak sahabat kami sempena cuti sekolah juga sudah memadai. Pengalaman & aktiviti daku ke Gunung Jerai sebelum ni boleh baca di sini :- 1. Ekspedisi ke Gunung Jerai (part 1) 2. Cendawan Shitakee kebanggaan Gunung Jerai (part 2) 3. Gambar-gambar menarik di Gunung Jerai ![]() |
You are subscribed to email updates from di jerai kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan