ads

Ahad, 17 Februari 2013

02 di kulim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


azizan jual baju ayat al-quran <b>di kulim</b>...??? - bicara perjuangan

Posted: 17 Feb 2013 03:05 AM PST

KULIM - Seorang kakitangan awam kecewa dengan tindakan sesetengah premis yang dengan sengaja menjual baju dipenuhi ayat al-Quran dan kalimah ALLAH SWT secara terbuka.

Mohd Tarmizi Rejab berkata, pihak pengedar tidak seharusnya menjual pakaian seumpama itu kerana ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Islam lebih-lebih lagi sekiranya ia dipakai di pusat hiburan.


Menurutnya, pihaknya meminta kerjasama pihak terlibat supaya memantau permasalahan ini supaya ia tidak akan menjadi satu isu pada masa akan datang.

"Mana mungkin masyarakat di Malaysia tidak tahu tentang tulisan jawi melainkan mereka tidak mengendahkan sensitiviti orang lain.

"Saya sangat berharap pada masa akan datang pakaian seumpama ini tidak dijual di negara ini kerana ia tidak sesuai dipakai dalam apa juga majlis sekali pun ," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim berkata, pihak bertanggungjawab seharusnya memandang berat tentang masalah ini dan meminta pihak berkenaan membuat siasatan terhadap penjual terlibat.

Katanya, permasalahan seperti ini tidak seharusnya didiamkan kerana ia berkait rapat dengan masyarakat yang beragama Islam.

"Bagi mereka yang beragama Islam, pakaian seperti ini tidak seharusnya dijual kerana ia boleh mendatangkan rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka. Banyak lagi pakaian lain yang boleh dijual. Kenapa harus rekaan mempunyai kalimah ALLAH SWT dan ayat al-Quran dijadikan bahan untuk dijadikan baju.

"Saya berharap kepada orang ramai yang ternampak sebarang tulisan ayat al-Quran atau kalimah ALLAH SWT di mana sahaja dan berada di tempat yang tidak sepatutnya supaya memaklumkan kepada Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) untuk tindakan lanjut," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved