02 di langkawi - Google Blog Search |
Ieqah Gajah: Ceghita <b>Di Langkawi</b> Posted: 09 Jan 2013 06:29 AM PST Alhamdulillah, sedar tak sedar nak terima hakikat atau pun tidak sekarang kita semua dah berada dalam tahun 2013. Sudah hamper seminggu berada dalam tahun 2013 tapi rasanya hidup ieqah ni tiada lagi perbezaan masih jugak sama Cuma biasalah setiap kali tahun baru adalah azam azam baru yang berlari lari anak dalam kepalahotak ni hah. Macam orang lain, ieqah jugak mengharapkan hari hari yang bakal dilalui dalam tahun ini dipermudahkan allah tidak kisahlah diuji pelbagai dugaan mahupun diberi 1001 kesenangan. Barulah balance bak kata orang. Semoga perancangan ieqah untuk tahun 2013 ini dipermudahkan. Insyallah. Amin. Entri kali ini bukanlah tentang imbaskembali 2012 mahupun senarai senarai azam tahun baru ini sebab bagi ieqah tahun apa pun yang sedang kita lalui kita kenalah pastikan hari ini lebih baik dari hari semalam. Kan Kan. Entri kali ini ieqah nak kongsikan dengan korang pengalaman ieqah travel sensorang. Travel celah mana?? Pulau Langkawi je pun. Ye bagi orang lain mungkin langkawi tu pun dah lali nak p tapi bagi ieqah ni, umur 20an ni baru dapat jejakkan kaki ke pulau langkawi. Itupun sorang diri. Kesian tak?? Tapi selepas empat hari tiga malam ieqah kat pulau langkawi tu, ieqah nekad akan datang lagi dgn bawa family ieqah. Buat yang nak travel sensorang diri tu meh ieqah nak kongsikan tempat tempat menarik yang wajib pergi kat pulau langkawi tu dan bajet yang bersesuaian. Sebenarnya tujuan asal ieqah ke langkawi adalah untuk satu majlis istimewa seorang gadis kesayangan ieqah tapi dah alang alang sampai ke sana, ieqah dgn bantuan google terus mengoogle segala tempat besh yang ada kat langkawi tu. Dan Alhamdulillah hamper semua tempat syok kat langkawi tu ieqah jejaki. Nak tahu apa?? Tapi tapi normal lah kalau dah namanya travel seorang diri, photoG takda maka jadi lah gadis selca. Terpaksa mengsnap sendiri gambar ataupun dgn bantuan selftimer kamera. Yeayhhh terima kasih selftimer.Dan sudah tentu gambar yang terhasil tidaklah banyak. Kesian kan. Cukup sekadar tersemat di kepala hotak ni hah. Paling wajib pergi kalau dah sampai ke langkawi tu kenalah p kat Dataran Lang. Kenapa Dataran Lang? Bagi ieqah dataran lang tu simbolik atau salah satu bukti yang menunjukkan kita dah sampai ke pulau langkawi. Mana taknya sesiapa yg menaiki feri, sampainya ke jeti kuah konpem konpem sekoq helang besaq gedabak terjojoi kat situ siap tulisan LANGKAWI besaq gajah. Dah sampai dataran lang tu, silalah posing dgn model helang yg tak tahu erti penat lelah tu seperti budak kat bawah ni: Untuk keselesaan korang berjalan kat langkawi ni, biasanya semua orang akan sewa kereta la. Toksah nak duk bimbang, kat Jeti Kuah semua ada. Khidmat sewa kereta pun ada. Langkawi takdalah monorail atau lrt mahupun rapid kl untuk bergerak kan tapi kereta sewa berlambak. Disebabkan ieqah ni pencinta sejarah sejak dari bangku sekolah, apalagi dah jadi makanan ieqah la sebab kat langkawi ni banyak tempat sejarah seperti Beras Terbakar dan Makam Mahsuri. Kat sini nak usha gamat pun boleh. Memang berlambak lambak dan murah. Kalau da sampai dua tempat ni, tak lain tak bukan posing depan umah atau lebih tepat depan tangga memang aktiviti wajib. Macam ni hah? Kat tangga pun jadilah. Ieqah pun tak tahu apa motif beras terbakar dgn rumah ni. Mungkin beras tu terbakar dalam rumah tapi yang pastinya beras terbakar yg dipamerkan untuk tatapan hanyalah sepinggan. Pulau Langkawi ni memang banyak pantai nya. Tapi dalam dalam banyak pantai, pantai yang korang mesti mesti mesti pergi haruslah Pantai Cenang. Mohon percaya dan mohon pergi. Dekat Pantai Cenang ni lah ada mcm mcm aktiviti pantai seperti Island Hoping, Parasailing, Banana Boat. Yang besh jugak dekat Pantai Cenang ni ada Underwater World dan Laman Padi yang dijadikan pameran. nah memang saje posing senang korang tahu harga xtvt kat sini kat kaunter underwaterworld pun jadi Memang tak rugi, yang paling ieqah sarankan buat yang nak melancong sensorang atau ramai ramai pun silalah buat Island Hoping sangat berbaloi. Dengan harga rm35 seorang je korang dapat menikmati keindahan tiga buah pulau [Pulau beras basah, Pulau Dayang Bunting dan Eagle Feed] di Langkawi selama 4jam sambil boleh mandimanda dan macam aktiviti lagi. Dengan feeling feeling tenang dan nyaman ciap rayban besaq pinggan, dress batik dan topi memang ohsem la vacation korang. Tapi makesure ada photog sebab kalau tak jadi mcm ieqah, kena buat buat tak malu minta org ambilkan gambar last last idea terbaik semat saja keindahan pulau tu dalam ingatan. Tsk tsk. Nak cerita pasai island hoping je memang kena buat satu lagi entri. Siapa yang p langkawi tapi Takpi Langkawi Cable Car yg terletak di oriental village memang sangatlah rugi sedangkan Shah Rukh Khan pun buat filem kat ats puncak sana.Harga tiket untuk pemegang MyKad mcm ieqah cuma rm15/pax. Cuma apa yang menyedihkan ieqah setelah beratur panjang untuk menaiki cable car dan sampai turn naik. Tiba tiba hujan makan gambar di puncak automatikla tiada. Takpa takpa next time datang lagi. Selain pantai, langkawi jugak ada air terjun yang besh iaitu dekat Telaga Tujuh. Maklumlah kali pertama ieqah ke telaga tujuh dgn konpiden ingat sampai sampai kat telaga tujuh tu terus terjojoi depan mata. Maka tanpa rasa bersalah memakai dress dan high heel terus menuju ke Telaga Tujuh. Rupanya sampai sampai kat situ ieqah perlu mendaki lebih daripada 300anak tangga andai tak silap pengiraan ieqah untuk sampai ke telaga tujuh. Dengan gigih berhigh heel ieqah berjaya sampai keatas .Phewwww sumpah mencabar dan rasa taknak naik lagi. Tapi tapi sampainya ieqah kat atas, yes sangat berbaloi dan tak rugi. Kat atas ada tujuh tempat yg boleh kita mandi sambil melihat pemandangan dari aras atas. Bagi sesiapa yg menaiki cable car mereka boleh Nampak telaga tujuh dalam pertengahan perjalanan. Akibat kaki mengigil kaw kaw punya masa turun ieqah decide berbarefoot turun kebawah. Dah sampai langkawi kalau tak shopping coklat memang tak lengkapla bak hang. Tempat membeli coklat yang ieqah sarankan ialah Haji Ismail Group ataupun kedai kedai coklat yang super berlambak dekat area Underwater World di Pantai Cenang tu.Bukan takat coklat kalau mak mak yang nak memborong sudu garpu pinggan mangkuk perfume batik pun ada kat situ. Langkawi Permata Kedah Bakk hang. Kalau ieqah coklat yg menjadi kegilaan adalah Daim. Kalau harga kat kolumpo tu rm25 something, selalunya gigih ieqah beli kat famous amos tapi kat langkawi ni Cuma rm15. Jimat sepuluh hengget Mohon korang semua datang ke Langkawi lepas baca entri ini :) Langkawi Permata Kedah Bakk hangggg ~,~ Pakat mai serbu langkawi March ni. ada LIMA :) |
You are subscribed to email updates from di langkawi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan