ads

Sabtu, 16 Februari 2013

02 di merbok - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di merbok - Google Blog Search


mana azmi hamid yang konon berjuang alam sekitar? - <b>merbok</b> times

Posted: 11 Feb 2013 12:19 AM PST

SUNGAI PETANI 7 Feb. - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Kedah mengambil tindakan menghentikan segera aktiviti mengorek pasir di perairan Kuala Muda dekat sini. 
Presidennya, S.M.Mohamed Idris berkata, aktiviti tersebut yang dikesan sejak Julai tahun lalu telah menimbulkan masalah pencemaran laut akibat sisa buangan lumpur.
"Aktiviti ini mengancam alam sekitar dan sumber pendapatan nelayan kawasan Tanjong Dawai dan daerah Yan. CAP difahamkan sebanyak enam buah kapal korek terlibat dengan aktiviti tersebut. 
""Berikutan masalah pencemaran air laut, nelayan Tanjung Dawai telah mengadakan tunjuk perasaan membantah aktiviti itu kerana banyak pukat mereka rosak akibat terkena sisa lumpur yang dibuang ke laut," katanya di sini.
Mohamed berkata, di Yan, kira-kira 1,000 nelayan pantai terjejas pendapatan harian kerana ikan dan udang semakin berkurangan. 
""Dalam tinjauan yang dibuat CAP, sumber pendapatan nelayan telah merosot sejak beberapa bulan lalu daripada RM100 hingga RM15 sehari," katanya.
Tambah beliau, berdasarkan keterangan nelayan, kapal korek terbabit beroperasi jauh di laut tetapi pada waktu malam, beroperasi dekat daratan. "Selain pencemaran laut, alam semula jadi di tiga buah pulau iaitu Pulau Bidan, Song-Song dan Telor turut terjejas.
"Dasar laut di kawasan itu berlubang dan CAP bimbang akan berlaku hakisan," jelasnya. 
Mohamaed turut melahirkan kebimbangan tentang kehadiran penyu belimbing yang sebelum ini kerap mendarat tetapi tidak lagi berbuat demikian selepas kes tersebut. "
"CAP kesal dengan kejadian ini dan merasa hairan bagaimana projek yang boleh mendatangkan kesan buruk ke atas alam sekitar dan kehidupan penduduk dibenarkan operasi tanpa kajian mendalam," katanya. (Utusan Online)
Sebelum Kerajaan PAS memerintah Kedah, Sdra Azmi Hamid sangat galak dan lantang perjuangkan kesejahteraan alam sekitar. 
Dulu beliau jugalah pembantah yang tegar menentang cadangan Syed Razak untuk mencabut balak menggunakan helicopter "Heli Harvesting". Hari ini balak di pedu digondol oleh Kerajaan negeri secara berleluasa di mana Azmi Hamid?
Dulu beliau jugalah menentang kerja-kerja kuari batu di Kampung Singkir. Hari ini di mana Azmi Hamid?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved