Khamis, 21 Februari 2013

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


UMNO Online - Pengundi <b>Merbok</b> Sedia Terjemahkan Sokongan <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 03:06 AM PST

Kategori Dari Bahagian

Pengundi Merbok Sedia Terjemahkan Sokongan Bentuk Kerajaan Kuat PRU-13

Oleh : Azman Abas

MERBOK 19 Feb – Ketua UMNO Merbok Datuk Haji Tajul Urus Hj. Mat Zain  yakin pengundi kawasan itu akan bersama Barisan Nasional (BN) untuk sama-sama membantu membentuk sebuah kerajaan yang kuat di peringkat pusat selain membantu kemenangan BN menerajui semula negeri Kedah.

Menurut beliau mereka bersedia sepenuhnya untuk bersama BN memandangkan mereka telah melihat dan merasai bagaimana sebuah negeri yang ditadbir oleh Pas selain melihat dengan mendalam komitmen kepimpinan BN khususnya pembaharuan yang dibawa oleh Datuk Seri Najib untuk rakyat.

"Selain daripada itu kita lihat bagaimana komitmen serta kesungguhan pimpinan BN peringkat bahagian hinggalah ke peringkat akar umbi….. peranan Datuk Seri Najib menerusi pelbagai transformasi untuk bantu golongan peringkat bawahan dan semua peringkat.

"Apa yang Datuk Seri Najib utarakan dan laksanakan hari ini cukup berbeza jika kita bandingkan dengan pembangkang. Bantuan kepada kumpulan nelayan dan sebagainya..itu adalah antara komitmen kita membantu rakyat.

"Kerajaan negeri pula terbukti lemah. Jangan kita beranggapan sesiapa sahaja jadi kerajaan dia boleh buat macam mana kita boleh buat. Sebab itu kita yakin nelayan di kawasan Merbok 90 peratus akan sokong BN. Begitu juga dengan penduduk serta pengundi lain yang rata-rata sedia untuk menterjemahkan sokongannya pada hari pengundian nanti," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau seterusnya mengingatkan rakyat khususnya para pengundi agar tidak salah langkah umpama  pepatah yang menyebut yang "dikejar tak dapat yang dikendong pula  keciciran".

"Merbok adalah Sg Petani moden….Insyaallah kita akan terus perhebatkan dengan pelbagai pembangunan untuk kepentingan penduduk setempat," katanya. -MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 19 February 2013 7:06 PM

Drive Thru at UiTM <b>Merbok</b> Kedah | abah khalisha

Posted: 26 Nov 2012 06:24 AM PST

Alhamdulillah, adik AK yang no. 6 berjaya mendapat tawaran untuk sambung belajar di UiTM Merbok, Kedah.

Tuuuuu dia orang cakap jauh sampai utara sana tu. Allah itu Maha Bijaksana dan Mengetahui kerana dia telah mengatur segalanya. Mana tidaknya kerana jodoh AK adalah orang Butterworth, Penang so tak payah nak pening kepala fikirkan mana nak bermalam.

Dari Selayang kami gerak ke Penang dalam pukul 8.30 malam dan selamat sampai dalam pukul 1.00 pagi. Sempatlah makan roti canai di tengah-tengah malam iaitu 12.05 tengah malam di perhentian Semanggol. Sampai rumah je terus terlentok.

Keesokkan pagi, kami sekeluarga gerak ke UiTM Merbok untuk pendaftaran takut juga nanti kesesakan berlaku semasa pendaftaran. Tapi AK agak terkejut kerana segalanya berjalan dengan lancar.


AK
memang puji penambahbaikan sistem pendaftaran kolej di mana pembahagian kunci adalah melalui cara drive thru. Ala-ala McDonalds dan KFC plak rasanya.

Dapat je kunci tu terus ke kolej Misra untuk meletakkan barang-barang dan beg adik perempuan AK. Selepas itu dalam pukul 11.00 pagi ada taklimat kepada waris. Sebenarnya taklimat ini tidak wajib tetapi rugi pula jika tidak pergi. Mungkin ada informasi yang berguna akan diperolehi.

Jika dibandingkan beberapa tahun dahulu AK pernah menghantar adik-adik AK di UiTM Segamat dan di UiTM Dungun. Memang agak serabut dan memeningkan jika di bandingkan sistem pendaftaran di UiTM Merbok pada tahun ini. AK tak sure pula jika semua sistem pendaftaran telah diselaraskan untuk mengelakkan kesesakan. Mungkin ada blogger yang boleh kongsikan?

Selesai je taklimat kami semua ke kedai berhampiran untuk membeli beberapa kelengkapan yang masih tidak mencukupi seperti berus, baldi, sabun pencuci, sabun mandi dan beberapa barangan lain.


Nur Iman Khalisha, anak AK pun sibuk juga nak membeli belah dan berjaya membuatkan Tok Ma(nenek) membelikannya sebuah buku.

Petang tu memang hujan lebat tapi kami berkesempatan ke Tanjung Dawai untuk membeli belah dan makan di situ. Nanti AK akan ceritakan ye. Kena tunggu tau!

Anyway AK ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan UiTM Merbok kerana berjaya mengelakkan kesesakan semasa pendaftaran.

Kepada adik AK, Nurhuda belajar rajin-rajin!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan