ads

Selasa, 26 Februari 2013

02 di merbok - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di merbok - Google Blog Search


UMNO Online - Pengundi <b>Merbok</b> Sedia Terjemahkan Sokongan <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 03:06 AM PST

Kategori Dari Bahagian

Pengundi Merbok Sedia Terjemahkan Sokongan Bentuk Kerajaan Kuat PRU-13

Oleh : Azman Abas

MERBOK 19 Feb – Ketua UMNO Merbok Datuk Haji Tajul Urus Hj. Mat Zain  yakin pengundi kawasan itu akan bersama Barisan Nasional (BN) untuk sama-sama membantu membentuk sebuah kerajaan yang kuat di peringkat pusat selain membantu kemenangan BN menerajui semula negeri Kedah.

Menurut beliau mereka bersedia sepenuhnya untuk bersama BN memandangkan mereka telah melihat dan merasai bagaimana sebuah negeri yang ditadbir oleh Pas selain melihat dengan mendalam komitmen kepimpinan BN khususnya pembaharuan yang dibawa oleh Datuk Seri Najib untuk rakyat.

"Selain daripada itu kita lihat bagaimana komitmen serta kesungguhan pimpinan BN peringkat bahagian hinggalah ke peringkat akar umbi….. peranan Datuk Seri Najib menerusi pelbagai transformasi untuk bantu golongan peringkat bawahan dan semua peringkat.

"Apa yang Datuk Seri Najib utarakan dan laksanakan hari ini cukup berbeza jika kita bandingkan dengan pembangkang. Bantuan kepada kumpulan nelayan dan sebagainya..itu adalah antara komitmen kita membantu rakyat.

"Kerajaan negeri pula terbukti lemah. Jangan kita beranggapan sesiapa sahaja jadi kerajaan dia boleh buat macam mana kita boleh buat. Sebab itu kita yakin nelayan di kawasan Merbok 90 peratus akan sokong BN. Begitu juga dengan penduduk serta pengundi lain yang rata-rata sedia untuk menterjemahkan sokongannya pada hari pengundian nanti," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau seterusnya mengingatkan rakyat khususnya para pengundi agar tidak salah langkah umpama  pepatah yang menyebut yang "dikejar tak dapat yang dikendong pula  keciciran".

"Merbok adalah Sg Petani moden….Insyaallah kita akan terus perhebatkan dengan pelbagai pembangunan untuk kepentingan penduduk setempat," katanya. -MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 19 February 2013 7:06 PM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved