Ahad, 3 Februari 2013

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


UMNO: NYAWA KITA <b>DI</b> KERONGKONG - suara sang <b>merbok</b>.....

Posted: 22 Jan 2013 05:20 PM PST


 Tuan Guru Nik Aziz Bidas Najib  KOTA BHARU - Setelah nyawa berada dikeronkong, Umno Kelantan menawarkan pelbagai projek di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata demikian di pejabatnya tengah hari tadi, ketika diminta mengulas janji Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika melawat negeri ini semalam.

"Kenapa baru sekarang setelah nyawa BN berada di keronkong, baru nak tunjuk duit ada.

"Orang Kelantan dah faham. Jambatan Sultan Yahya ke dua pun sudah berapa lama tak siap.

"Tiada kerajaan di dunia ini yang tidak membuat projek. Komunis ada projeknya, kapitalis ada projek cara dia.

"Dalam PRU 12, Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) dari Barisan Nasional (BN). Selangor bermacam-macam projek ada, bermacam-macam universiti ada, bermacam-macam orang kaya ada, tetapi BN tetap kalah di situ," ujarnya lagi.

Tuan Guru menambah, rakyat kini cerdik untuk menilai semua janji yang dibuat oleh Umno dan tidak akan termakan dengan umpan yang ditaburkan lebih-lebih ketika menghampiri PRU 13 yang akan menjelma tidak berapa lama lagi.

-PM Rasa dia besaq sangat dah sampai nak janji macam-macam. sombong dan bongkak memberi janji palsu. nak rakyat "listen"  cakap dia saja...

Stetmen terbaek Ust Azhar minggu neh...
"Besar manapun pangkat kita di dunia ni, jangan sombong dengan Allah. Bila dah masuk kubur, menteri pun tak boleh cakap "LISTEN" kepada munkar Nakir." ~ UAI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan