My name is Hanya Uvet: Cerita lucu <b>di Merbok</b>, Kedah. Posted: 02 Dec 2008 02:20 AM PST
Masa tahun 2005 ~ 2006, saya menghabiskan masa sa di Merbok Kedah. Sebab saya dapat Pra Ijazah sia di UiTM sana kan. Saya masih ingat lah 1st kisah kisah lucu masa saya di Merbok Kedah. - Ini kejadian masa saya mo register di UiTM Merbok. Masa tu masih tiada kawan lah, baru mau berkenalan sama orang. So, saya min friendly2 sama orang d sebelah sa. Oh orang Kedah jugalah, dan sia pun perkenalkan lah sa dari Sabah. Trus, tiba tiba dia tanya saya, siapa artis di Sabah. So, dalam otak saya, saya fikir fikir lah artis yang local macam Francis Landong ka, si Jimmy Palikat ka. Belum sempat sa bagi jawapan dia trus mencelah dan bagitau artis di tempat dia, dia cakap begini. "Artis kitorang macam Siti Nurhaliza". *tergamam sebentar. Saya hairan berabis lah dan balas dia balik. "Oh sama lah artis kami juga bah tu". Sebab saya masih ingat masa di Konven, punya femes lagi Siti - Aku Cinta Padamu tu.
- Ini pula cerita lucu kawan saya (Heather aka Matahari / Kak Sun), oleh kerana terlampau lucu saya mo share jugak. Si Heather nie seorang Bidayuh dari Sarawak lah, memandangkan sudah bergaul dengan sia maka slang dia pun bertukar skijap jadi Sabah. Maka, pada suatu hari, dia naik teksi mo balik UiTM dari Sungai Petani. Actually ini uncle teksi ni pun kami biasa juga, selalu kami message dia kalau minta ambil / minta hantar. So heather mesej la begini, "Pak Cik Shukor, boleh ambik sa kat SP, nak balik UiTM". Ok, so semasa Heather dalam teksi, si pak cik pun min friendly2 lah. Dia cakap, "Sa dah makan ke"? Trus si Heather bingung berabis lah, apaaa bah dia cakap nie. Skali pikir punya pikir, rupa-rupanya, si Pak cik pikir "SA" tu nama si Heather!! Hahaha!
- Ini cerita tidak brapa lucu, tapi adventure. Sa rasa ini kejadian berlaku masa saya semester 2. Heather baru balik dari Sarawak jadi dia lepak di Penang. Masa tu sa di bilik dengar dengar lagu, trus heather mesej sa bawa saya pi Penang. Gilak! Jam sudah pukul 9.30pm, gate tutup pukul 10pm. Dari Merbok pigi Penang punya jauh sa rasa. Trus kami berpakat ah. Sa mesej si Pakcik Shukor minta ambil di depan gate uitm, dan jalan p gate uitm. Trus sa cakap lah sama pak gad, ada saudara saya terlantar di hospital besar penang. Trus dia x pecaya, dia mau call tu orang. Alamak sa bilang, sebab kami belum plan kalo pak gad mo call itu "saudara saya yg sakit". Dan credit saya tinggal RM0.01 lagi ah. Ngam ngam boleh mesej Heather, sebab kami maxis sama2 kan. Dalam keadaan yang sangat cepat, mana sempat saya mo mesej heather explain panjang2. Sa type Jac jak, trus send. So, tu pak gad guna telefon ofis dia suruh telefon saudara sa, tu pakgad tanya siapa nama saudara saya, sa bagitau Jac. Bila itu Pak Gad call, "ni Jac ke..." wah.. pandai si Heather buat cerita, dia memang hebat tu. Trus saya lari pi cari pakcik Shukor di luar, bila sampai di terminal ferry, jam 11pm sudah ah, ada lagi bah ni urang putih mabuk sambil angkat angkat beer. Wow, punya cantik pemandagan Penang masa malam. So adventure juga la, macam lari dari rumah ja.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan