ads

Ahad, 3 Februari 2013

02 di pendang - Google Blog Search

URL Sumber Asal :-

02 di pendang - Google Blog Search

Mat Sabu Tersenarai Tanding <b>Di Pendang</b> | Detik Perubahan

Posted: 10 Oct 2012 01:16 AM PDT

ALOR SETAR – Pas Pendang tidak menafikan nama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu tersenarai antara calon layak bertanding kerusi Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Yang Dipertuanya, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, Pas kawasan itu tiada halangan sekiranya Mat Sabu berminat menjadi calon PRU13 di Pendang, asalkan mendapat persetujuan semua pihak.

"Kita tiada masalah bagi laluan pada Mat Sabu. Jika Pusat memberi amanat supaya beliau bertanding sebagai Ahli Parlimen Pendang, kami terima dengan hati terbuka. Perkara ini diputuskan di peringkat Pusat dan negeri harus akur," katanya.

Mengulas kedudukan penyandangnya, Datuk Dr Mohd Hayati Othman sekiranya kerusi itu diwakili Mat Sabu, Mohamed Taulan berkata, Pas kawasan itu bersedia menerima sesiapa sahaja calon yang layak dan diyakini boleh menang.

"Siapa jadi calon bukan keutamaan, yang penting boleh beri kemenangan pada Pas," katanya.

Menurutnya, perkara itu tidak pernah dibincangkan secara rasmi dalam mesyuarat Pas kawasan, sebaliknya pernah diusulkan di peringkat bawahan.

"Kami capai persetujuan dan beri tiga nama calon yang layak kepada Pas negeri yang seterusnya memanjangkan perkara itu ke Pusat. Nama Mat Sabu dan Mohd Hayati antara tiga calon itu," katanya.

Mohamed Taulan mengakui senarai calon itu sudah lama dipersetujui Pusat, dan hanya akan dimuktamad selepas mengetahui tarikh PRU13.

Mengulas desas-desus kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tokai yang disandangnya bakal diserahkan kepada Mohd Hayati yang memberi laluan kepada Mat Sabu, Mohamed Taulan berkata, beliau bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Saya tiada masalah jika ada calon lain lebih layak bertanding di Tokai, yang penting calon Pas itu boleh kalahkan calon BN," katanya.

Sementara Mohd Hayati menyerahkan kedudukannya sebagai calon PRU13 kepada kebijaksanaan negeri dan Pusat.

"Semuanya bergantung pada keputusan Pas negeri dan Pusat. Itu kerja Pesuruhjaya Pas negeri yang akan rujuk pada Pusat. Sebagai calon, saya bersedia diletakkan di mana-mana kawasan sekalipun," katanya.

Ditanya sama ada kehadiran Mat Sabu kelak boleh menjejaskan peluangnya bertanding semula sebagai calon Parlimen Pendang, Mohd Hayati berkata, ia bukan suatu masalah.

"Saya tiada masalah bertanding di mana-mana, saya akur arahan, selebihnya saya tidak boleh komen," katanya kepada Sinar Harian.

Sabtu lalu, Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi membayangkan kemungkinan besar Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bertanding sebagai calon PRU13 di Kedah, memandangkan sebelum ini beliau pernah menang dalam PRU 1999 di negeri ini.

Nama Mat Sabu kembali diperkatakan sebagai calon PRU13 di Kedah, berikutan ramalan pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat. Selain ura-ura mendakwa bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah (1999-2004) itu berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen Pendang.- Sinar Harian

PASPB: DEDAH LAGI!!! Projek lembu <b>di Pendang</b> zaman BN rugi <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2012 06:57 PM PST

Kita telah mendengar 10 projek tinggalan BN yang jadi biawak hidup terpaksa ditanggung oleh kerajaan Pakatan kini. Rupanya terdapat satu ekor biawak hidup lagi yang ditinggalkan BN yang belum disenarai melibatkan kerugian RM3.3 juta. Perkara tersebut didedahkan oleh YB Dato' Amiruddin Hamzah pada Persidangan DUN Kedah tadi.

Oleh : SARINA ISMAIL

ALOR SETAR – Akibat salah tadbir dan perjanjian yang longgar semasa pemerintahan dahulu, kerajaan negeri terpaksa membayar tuntutan kepada syarikat-syarikat  berkaitan yang mengendalikan beberapa projek.
Demikian didedahkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato'Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) bagi menjawab soalan yang diajukan oleh YB Abdullah Jusoh (PAS- Pantai Merdeka) yang inginkan penjelasan berkaitan nama syarikat, projek yang dikendalikan, nama agensi dan jumlah tuntutan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri.
 
"Antara nama syarikat yang terlibat ialah Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) di mana mahkamah telah memutuskan tuntutan sebanyak RM2.16 juta akibat satu projek pengurusan ternakan udang di Kerpan. KAIMB telah menandatangi  perjanjian pengurusan ternakan berkenaan bersama Kedah Aquaculture Sdn. Bhd (KASB).

"KAIMB telah melantik sebuah syarikat Agro Shrimp Sdn. Bhd untuk menguruskan kerja-kerja berkenaan dan Agro Shrimp pula melantik syarikat lain iaitu Usaha Fadilat Sdn. Bhd untuk mengendalikannya," jelasnya.

Tegasnya lagi, apabila hasil ternakan dijual dan keuntungan diperolehi oleh Usaha Fadilat Sdn. Bhd, amat malang sekali keuntungan berkenaan tidak dimasukkan ke dalam akaun Agro Shrimp Sdn. Bhd dan ini mengakibatkan ianya dituntut oleh KASB. Tuntutan tersebut telah dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan KAIMB perlu membayar kepada KASB sebanyak RM2.16 juta.
"Kita cuba dapatkan maklumat dengan Usaha Fadilat Sdn. Bhd tetapi malang sekali tiada perjanjian yang dibuat. Sekarang pihak kerajaan negeri sedang berusaha memohon perkara ini kepada KASB memandangkan ianya syarikat yang dikuasai oleh Menteri Kewangan DiPerbadankan (MKB).
"Ini semua berlaku berpunca dari salah tadbir  pengurusan  dan berlaku sebelum kerajaan negeri sekarang memerintah Kedah," sambungnya lagi.

Selain itu beliau turut mendedahkan projek Feedlot di Pendang yang juga di bawah KAIMB serta dibina oleh Bina Ekoculture Sdn. Bhd dan melibatkan RM3.3 juta dan tiada sebarang perjanjian yang diadakan bersama tuan tanah. Setelah dibelanjakan sejumlah wang berkenaan, agak mengejutkan kerana sebaliknya ianya hanya disewa dengan syarikat lain dengan bayaran RM60 ribu setahun dan menuntut kepada bayaran sewaan RM5 ribu sebulan.

"Kita pun tak tahu apa yang syarikat itu buat. Kalau kita nak dapatkan semula kos RM3.5 juta itu kita kena sewa kepada mereka selama 58 tahun. Sekarang ini pun mereka telah berhenti beroperasi dan sewa RM5 ribu sebulan pun tidak dibayar. Insfrastruktor yang ada di kawasan berkenaan pun tidak boleh diambil kerana tanah berkenaan milik orang," dedahnya lagi.

Lain pula apa yang berlaku kepada Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKed), di bawah syarikat YIKed Pengkalan Kundur Sdn. Bhd, akibat kecuaian dalam pengurusan ianya di bawa kemahkamah yang melibatkan pembayaran sebanyak RM11 juta.
"Kita pun tak faham, projek ini sebahagian berjalan manakala sebahagiannya tidak. Ada tanah yang dikeveat tapi kemudian dilepaskan, akibatnya berlaku kecuaian dalam pengurusan dan dibawa ke mahkamah. Orang yang pegang YIKed ketika itu adalah Menteri Besar lalu, Tan Sri Osman Aroff dan akibat kecuaian, kerajaan negeri (kini) terpaksa membayar kepada Syarikat Senisinga Sdn. Bhd sebanyak RM11 juta," ujar Amiruddin.
Jawapan itu berikutan bersidangnya Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2013) di Wisma Darul Aman.

0 ulasan:

Catat Ulasan

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved