ads

Jumaat, 1 Februari 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di pokok sena - Google Blog Search


UMNO Online - UMNO <b>Pokok Sena</b> Sumbang Kelengkapan <b>...</b>

Posted: 31 Dec 2012 11:29 PM PST

Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota

UMNO Pokok Sena Sumbang Kelengkapan Sekolah Kepada 316 Murid Miskin

ALOR SETAR, 1 Jan – Seramai 316 pelajar miskin sekolah rendah di kawasan Parlimen Pokok Sena hari ini menerima sumbangan kelengkapan sekolah dari UMNO bahagian itu.

Sumbangan berupa beg, pakaian sekolah, kasut dan kapur kasut yang bernilai RM125 itu disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena Datuk Ahmad Lebai Sudin, pada majlis ringkas di Sekolah Menengah Hutan Kampung di sini.

Menurut Ahmad sebanyak RM40,000 diperuntukan UMNO Bahagian untuk melaksanakan program itu setiap tahun, sejak 2008.

Katanya pelajar dipilih oleh Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu Ahmad berkata UMNO bahagian memberi perhatian serius terhadap isu pendidikan dan akan membantu keluarga miskin tanpa mengira fahaman politik mereka.

Seorang murid darjah enam Sekolah Kebangsaan (SK) Nawa, Pokok Sena, NurSyazana Mohd Harunizam, 12, berkata ini merupakan kali kedua beliau menerima sumbangan dan bersyukur kerana ia dapat meringankan beban kedua ibu bapanya dalam menyediakan keperluan sekolah tiga lagi adiknya.

Bagi anak seorang buruh dari Kampung Kuala Lanjut, Anas Sakini Rahman, 9, murid darjah tiga SK Kuala Lanjut, Pokok Sena pula berkata beliau teruja untuk hadir menerima sumbangan tersebut buat pertama kali.

Berita Bertarikh Pada 1 January 2013 3:29 PM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved