Isnin, 11 Februari 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Sambutan luar dugaan bagi BL1M parlimen <b>Pokok Sena</b> ABN News <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 09:13 PM PST

POKOK SENA  – Pelancaran program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) peringkat Parlimen Pokok Sena hari ini mendapat sambutan di luar dugaan apabila lebih 1,000 belia hadir untuk menyertai program itu.

Mereka tiba di Dataran Bunga Sena di sini sejak awal pagi untuk mendaftar di 10 kaunter yang disediakan Pemuda Umno Pokok Sena bagi mendapat lesen motosikal Kelas B2 pada harga rendah RM199.

Ketua Pemuda Umno Pokok Sena Harris Che Mat berkata berdasarkan sambutan hari ini pihaknya menjangka program itu akan disertai lebih 3,000 orang dari daerah berkenaan.

"Bagi memberi peluang lebih ramai mendapat kemudahan ini, saya akan membuka kaunter pendaftaran dari 9 pagi hingga 5 petang di rumah saya di Nombor 47, Taman Bunga Sena di sini, bermula esok sehingga 14 Feb ini," katanya kepada Bernama.

Harris yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bukit Lada turut meminta pemohon membeli Wang Pos bernilai RM199 atas nama MyEasy Service Sdn Bhd bagi memudahkan pemprosesan permohonan mereka.

Katanya pemohon akan dihubungi syarikat itu dalam tempoh dua minggu bagi menduduki ujian statik dan komputer.

Sementara itu bagi Abdul Ghani Ramly, 23, BL1M memberi peluang kedua kepadanya untuk mendapat lesen motosikal selepas gagal ujian pertama dua tahun lepas.

"Belanja kali ini agak murah. Dua tahun lepas saya bayar hampir RM400 untuk memasuki kelas belajar menunggang motosikal serta menduduki ujian komputer dan statik," katanya yang hanya melakukan kerja-kerja kampung.

Bagi Noraini Haron, 33, pula beliau mahu mendapatkan lesen itu bagi memudahkannya bergerak tanpa perlu bergantung kepada pengangkutan awam, terutama jika mahu ke pekan.

"Saya sokong usaha kerajaan melaksanakan BL1M bagi membantu golongan yang tiada pendapatan tetap di samping memudahkan kami mendapatkan lesen. Saya fikir kerajaan berpandangan jauh dalam soal membantu golongan muda," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melancarkan BL1M pada Himpunan Orang Muda Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di Alor Setar pada 31 Jan lepas.

Di bawah program itu pemohon hanya perlu membayar RM199 bagi mendapatkan lesen B2, iaitu pengurangan separuh harga yang biasa dikenakan oleh pengusaha sekolah memandu.    – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan