02 di yan kedah - Google Blog Search |
Gempar! Papan Iklan Yang Tidak Sepatutnya <b>Di</b> Iklankan <b>Di Kedah</b> Posted: 24 Jan 2013 06:46 AM PST Sindiket pengedaran dadah di daerah ini bertindak berani apabila memaparkan iklan menjual dadah secara terbuka di kawasan Simpang Empat, Sedaka dan Kuala Sala, di sini, sejak beberapa hari lalu sekali gus menggemparkan penduduk tempatan. Tinjauan hmetro semalam mendapati papan iklan yang dipasang di beberapa batang pokok di kawasan berkenaan menimbulkan keresahan penduduk kerana ia boleh mempengaruhi golongan remaja terutama pelajar sekolah. Iklan itu memaparkan tulisan "Bukit Neraka FC – Yan 013-……., ubat – 1g RM25, ais – 05g RM110 dan ubat 1/2 suku gram – RM1,000". Difahamkan, papan iklan itu dipasang sejak beberapa hari lalu bagi menarik ramai pelanggan muda membeli dadah berkenaan. Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Sudin, 30 berkata, dia terkejut melihat papan iklan berkenaan dipasang di kawasan itu kerana boleh mendedahkan orang ramai khususnya golongan muda kepada bahaya pengambilan dadah. "Saya ada menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan itu dan pemiliknya seorang lelaki memberitahu sekiranya saya mahu membeli dadah berkenaan boleh datang berjumpanya di Bukit Neraka, di sini. "Saya membuat dua tiga kali panggilan dan ternyata nombor telefon itu adalah milik lelaki yang sama. Lelaki itu tidak berselindung dengan aktiviti penjualan dadah, malah mengarahkan saya menghubunginya semula sekiranya sudah sampai ke lokasi yang dimaksudkan itu," katanya yang ditemui, di sini. Menurutnya, dia terkejut melihat beberapa iklan berkenaan turut terdapat di kawasan Sedaka, Kuala Sala dan Jalan Kangkong, di sini. "mereka ingat kawasan ini lubuk penagih dadah sehingga sanggup memasang iklan jual dadah di sini? Sindiket dadah kini semakin berani apabila secara terang-terangan memasang papan iklan menjual dadah di kawasan ini. "Walaupun kawasan ini dikenali sebagai perkampungan nelayan tidak semestinya semua nelayan mengambil dadah. Perbuatan ini kurang ajar dan tidak bertamadun. Justeru, saya minta pihak berkuasa menyiasat sehingga ke lubang cacing kegiatan sindiket terbabit. "Saya tidak mahu anak bangsa mati kerana dadah apatah pembabitan golongan remaja terutama pelajar yang bakal mewarisi negara akan gelap masa depan mereka," katanya. Sudin mendakwa kawasan Yan memang dikenali sebagai lubuk pengedaran dadah kerana 'tauke' besar dadah mampu hidup mewah dengan hasil jualan dadah. "Sindiket ini semakin berani dan mencabar pihak berkuasa dengan memasang iklan menjual dadah. Mereka seperti tidak takut pada undang-undang, yang penting dapat hidup mewah," katanya. Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap papan iklan berkenaan sekali gus membuat tangkapan ke atas pihak yang dikenal pasti menjadi dalang di sebalik kegiatan pengedaran dadah. – Harian Metro Gempar! Papan Iklan Yang Tidak Sepatutnya Di Iklankan Di Kedah,Incoming search terms:
|
You are subscribed to email updates from di yan kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan