02 di changlun - Google Blog Search |
JALAN, ORDER DAN MAKAN : GANI CHAR KUEW TEOW, <b>JITRA</b> <b>...</b> Posted: 03 Jun 2012 05:37 AM PDT Assalamualaikum ... Woooot wooot ... apa nie dok cerita pasai makan lagi! Tak diet ke? Diet tetap diet ye ... semua siri J.O.M nie sebelum aku serius berdiet. Godek-godek folder lama dalam external hd, jumpa la gambar-gambar yang pernah aku janji nak cerita sebelum nie, bab janji seakan tinggal janji! This time baru kesempatan nak tunaikan janji aku. Sorry guys and gurls...hehehehe. Kira masih berpegang janjilah, maka bila jumpa je gambar-gambar berkenaan aku terus update untuk tatapan korang. Suke tak? Kalau tak suke takpa, mak tak kisah naaaak oi! Okeh, sebelum aku merapu meraban bagai mak nenek, jom kita pi pekena Gani Char Kuew Teow. Terbaik kot aku rasa. Kalau nak pekena char kuew teow nie, kenalah hangpa jalan-jalan ke Kedah ye! hu hu ... Lokasinya di Pekan Tanah Merah, Jitra Kedah! Jitra skang dah hebak la juga. Kalau korang nak tahu, walau aku nie orang Kedah ... area jenjalan aku belah Aloq Staq pastu terus pi Changlun ja. Jitra memang bukan taste aku sebab kesunyian pekan dia. Changlun pun sunyi gak, tapi aku dulu dah study sana so aku lebih senang pergi sana je berbanding Jitra nie. Kalau aku pi Jitra pun, semata-mata nak pi jogging kat area tasik Kelab Golf Darul Aman ja. Nak makan-makan sana?? Memang taklah! Aku tatau pun ada port makan menarik ... keh keh keh. La nie Jitra dah naik dah. Bak orang kata hebak dah, kembanglah montot orang Jitra noooo ... jangan lupa diri dah le. kui kui kui. Dah ada pasaraya apa ntah ... aku rasa Jitra nie jadi tumpuan pun sebab ada IPTA ... ada Polimas, Kolej Komuniti dan juga IPDA. Syoklah orang Jitra dengan pembangunan pekan kecik dia dah macam oklah sket berbanding dulu. Dulu kalau femes pun Pekan Tanah Merah tu ajelah. Sekarang dah ada PJ1 dan PJ2 (Pekan Jitra), dulu aku ingat PJ tu Petaling Jaya ... ha ha ha ngoook tul aku nie!! Sah-sah la Petaling Jaya tu bukan dekat Kedah. Teruskan pada cerita sebenar, nak bawa korang jenjalan dekat Pekan Tanah Merah, Jitra untuk makan char kuew teow. Gani char kuew teow nie antara yang femes di sini. Lokasi dia of course dekat Pekan Tanah Merah kan...heheh dan sederet dengan Secret Recipe tuh. Walaupun ada restoran, tapi still meniaga dekat depan restoran dia, kira cam gerailah ... siap open table bagai dekat parking lot!! Ini dia ... char kuew teow berkenaan. Boleh tahan juga sedap bila pertama kali aku merasainya. Pertama kali ye! Itu pun yang bawa aku makan dekat sini bukan orang Kedah. Maluuuuunya aku sebab tatau pasal menu femes kat Jitra nie. Hu hu ... Si MB yang bawa aku makan dekat sini sebab sebelum nie dia dah pernah datang Kedah ngan family dia dan makan kat sini. So, dialah yang perkenalkan. Di sambung pulak, adik aku cakap memang sedap char kuew teow Pak Gani nie .... maka wajib cuba!!! Portion dia tak banyak mana, rasa dia cam pedas-pedas sikit, semua cukup rasa ... udang yang digunakan memang segarlah masa aku dapat tu. Biasanya kalau order char kuew teow aku tak suke taugeh. Cukuplah letak kuchai je ... kerang n udang. Actually, sepinggan nie tak kenyang tau. Masa tu aku belum diet, masing-masing bedal sampai 2 pinggan sorang. Boleh camtu?? Melantak koooo masa tu sebab tak fikirkan pasal nak diet bagai. Heaven sesangat dapat makan char kuew teow yang diperkatakan sedap oleh ramai orang. Bila cerita kesedapan sampai ke telingan, maka aku harus mencuba. Orang kata kalau mai Penang or Kedah ke ... rugilah kot tak pekena char kuew teow, laksa dan mee udang! Ye dak??? Kan aku cakap dia buka meja je depat restoran. Bape banyak meja ntah. Time aku pi nie dalam kul 6.30pm, orang memang ramai. Meja penuh. Lambat berdirilah. Char kuew teow nie amat tak sesuai untuk ditapau bawa balik. Kesedapan dia akan lari ke laut. Better order dan makan dekat sana je. Kalau rasa tak cukup meja kerusi, hangpa order makan dalam kereta ajelah. Lepas tu, pulangkan pinggan dan bayar. he he he idea aku je nie. Kalau nak cuba tak salah. ha ha ha Kalau hangpa pi Kedah, jangan lupa cuba Gani char kuew teow nie ... tak mahal pun, tak salah aku sepinggan dalam RM3.50 - 4.00 kot! Aku balik Kedah nanti bulan puasa, tak dapatlah nak cuba ... nak keluar malam kang kena hambat ngan ayah aku melainkan aku kena bawa dia sekali sebagai bodyguard. ha ha ha CK : Tempat makan nie memang kenanganlah!! |
You are subscribed to email updates from di changlun - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan