02 di jitra - Google Blog Search |
- Team Media Kedah: KAMPUS DI KUALA KETIL ASRAMA <b>DI JITRA</b> <b>...</b>
- Gulai Itik dan Pak Loong <b>di Jitra</b> | Laman Artikel DBP
- (52 GAMBAR)Majlis Resepsi Farid Kamil Dan Diana Danielle <b>Di</b> <b>...</b>
Team Media Kedah: KAMPUS DI KUALA KETIL ASRAMA <b>DI JITRA</b> <b>...</b> Posted: 20 Mar 2013 06:15 PM PDT Siapa tidak kecewa apabila dapat tahu asrama yang sepatutnya siap sepenuhnya sebelum hari pendaftaran tidak dapat diduduki..Lebih malang lagi asrama untuk pelajar Kuin langsung tidak dibina dengan alasan Stadium Darul Iman di Terengganu runtuh dan JKR diarahkan bawa tembaga tembaga kesana..Rujuk artikel sebelum ini (KLIK) Itulah keluhan dari pelajar pelajar Kuin yang mendaftar masuk di kampus Kuala Ketil semalam.. Mereka ternyata kecewa dengan sikap pengurusan Kuin yang GAGAL untuk menyiapkan tempat penginapan seperti apa yang dijanjikan oleh Menteri Besar selaku Pengerusi Insaniah.. Dianggarkan sebanyak 500 pelajar dari lima Kulliyah pengajian terpaksa dihantar ke beberapa lokasi jauh dari kampus seperti Kem Paya Pahlawan Jitra, Kem PLKN Baling dan Sedim(Kulim) sebagai penempatan sementara sehingga asrama siap sepenuhnya.Walaupun jauh, mereka terpaksa mengikut apa saja yang diarahkan pihak pengurusan.. |
Gulai Itik dan Pak Loong <b>di Jitra</b> | Laman Artikel DBP Posted: 24 Dec 2012 12:12 AM PST Jitra, sebuah bandar dalam kawasan Parlimen Kubang Pasu terletak 20 kilometer ke utara Alor Setar. Kedudukan bandar Jitra lebih kurang 30 kilometer dari sempadan Malaysia – Thailand di Bukit Kayu Hitam. Oleh sebab kedudukannya yang hampir dengan sempadan Thailand, banyak penduduk Jitra berketurunan Siam dan dapat bertutur bahasa Siam. Nama Jitra juga berasal daripada bahasa Siam yang bermaksud "berhenti rehat". Selain Jitra, banyak nama tempat di Kedah berasal daripada bahasa Siam, umpamanya Kodiang (pulau merah), Changloon (gajah duduk), Bedong (riuh-rendah), Tokai (saudagar) dan Sik (empat). Sewaktu Peperangan Dunia Kedua, Jitra ialah kubu pertahanan hadapan yang utama bagi Tanah Melayu. Pertempuran sengit antara tentera Jepun dengan tentera British yang dikenali sebagai "Pertempuran Jitra" berlaku pada 11 dan 12 Disember 1941. Jepun berjaya menduduki Bukit Jantan dan Bukit Alor, kubu yang strategik dan penting bagi pertahanan Jitra. Pasukan British berundur ke Sungai Bata dan Kelubi di selatan Jitra untuk memperkuatkan kedudukannya. Akhirnya, Jitra dapat ditawan oleh tentera Jepun pada 12 Disember 1941. Di beberapa buah tempat di daerah Jitra, masih kedapatan kesan atau bekas kubu pertahanan tentera British. Bapa penulis menceritakan bahawa pada zaman kanak-kanak, dia dan kawan-kawannya selau juga terjumpa senapang dan peluru yang timbul ke permukaan tanah akibat hakisan hujan. Bahan atau belerang yang terdapat dalam peluru tersebut masih elok, walaupun telah tertimbus selama 50 tahun. Mereka mengeluarkan bahan tersebut dan apabila dibakar, ia masih berfungsi, terbakar seperti bunga api. Sewaktu kunjungan ke Jitra baru-baru ini, penulis menyaksikan betapa pesatnya perkembangan dan pembangunan bandar ini. Jika dahulu Jitra hanyalah sebuah pekan kecil, kini daerahnya semakin luas. Pertambahan penduduk serta peningkatan taraf hidup menyebabkan sebuah lagi pekan dibangunkan, iaitu Pekan Jitra 2 atau lebih dikenali sebagai PJ2. Terdapat beberapa buah sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan serta dua buah sekolah berasrama penuh (SBP) di sini. Selain itu, beberapa buah institusi pendidikan terdapat di Jitra, iaitu Universiti Utara Malaysia, Institut Perguruan Darulaman, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, MRSM Kubang Pasu, Institut Latihan Perindustrian, Institut Aminudin Baki dan Institut Kemahiran Belia Negara. Deretan bangunan perniagaan mencerminkan pembangunan Jitra. Pelbagai kemudahan ditawarkan dan banyak syarikat muncul menjalankan perniagaan. Walau bagaimanapun, terdapat pemilik syarikat perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan, lalu mengambil mudah tentang aspek kebahasaan. "Shah's Butik" sepatutnya dinamakan "Butik Shah". "By'U Collection" sepatutnya "Koleksi By'U". "SNZ Indah Collection" sepatutnya dinamai "Koleksi SNZ Indah". Oleh sebab frasa penerangan di bawah nama kedai pada ketiga-tiga buah premis ini berbahasa Melayu, perkataan "blouse" pun perlulah ditulis dalam bahasa Melayu, iaitu "blaus". Sekiranya "Noorle Collection" ditukarkan menjadi "Koleksi Noorle", tidak ada cacat celanya, malah lebih sedap dan pastinya difahami oleh semua orang. "Pasaraya Ekonomi Indah Ceria" – memang sedap nama kedai ini. Sayangnya, terdapat kesalahan ejaan yang sepatutnya ditulis dalam dua perkataan, iaitu "pasar raya". Beberapa premis lain pun melakukan kesalahan yang sama pada perkataan pasar raya. Antaranya termasuklah "Pasaraya K Ceria", "Pasaraya SR Ceria" dan "Pasaraya Ekonomi Era Jaya". Pujian harus diberikan kepada pemilik "Pusat Ekonomi BB". Bahasa Melayu ditulis dengan jelas dan besar, manakala bahasa Cina ditulis kecil sedikit pada bahagian bawah. Begitu juga dengan "Mahligai Cemara Enterprise". Sedap namanya apabila menggunakan bahasa Melayu yang indah. Terdapat juga perkataan bahasa Inggeris, tetapi ditulis kecil sedikit di bahagian bawah. "Perniagaan Kain Lim" – besar dan jelas sekali tulisan bahasa Melayu dan kecil sahaja tulisan dalam bahasa Cina. Lihat pula premis ini – "Pasar Raya Din Borong DM" dan "Pasar Raya Ekonomi Srijaya". Pemilik dua buah premis perniagaan ini menulis betul perkataan "pasar raya". Contohi juga "Kedai Kopi Teong Huat" yang mengutamakan bahasa Melayu daripada bahasa Cina. Tahniah kepada semua pemilik premis yang mengutamakan bahasa Melayu ini. "Ryhan Raflesia – Butik & Cenderahati". Tiada masalah bagi nama premis ini. Indah namanya dan mudah pula untuk diingati. "Suraya Beauty Shope – Kami Menjual Jenama Kosmetik …". Terdapat dua kesilapan di sini. Pertama, tidak menggunakan bahasa Melayu bagi nama kedai. Sepatutnya kedai ini dinamakan "Pusat Kecantikan Suraya". Kesilapan kedua adalah pada frasa "Kami Menjual Jenama Kosmetik …". Frasa ini bermaksud bahawa pemilik kedai ini menjual jenama kosmetik, bukan barangan kosmetik. Sudah tentulah jenama barangan tidak boleh dijual sesuka hati, sebaliknya barangan yang berjenamalah yang dijual di sini. "Pusat Tuisyen Pintar Cerdas". Premis ini pastinya mengadakan kelas tambahan bagi para pelajar. Nama pusat ini pun sangat sesuai dan tidak ada kesalahan pada frasa namanya. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kecacatan apabila terdapat frasa bahasa Inggeris ditulis di bawah nama premis ini – "Smart Reader Programme is available here". Apa salahnya jika frasa tersebut dituliskan begini: "Program Pembaca Pintar Terdapat di Sini". Urusan pengambilan pelajar bagi kemasukan ke Kolej Legenda dilangsungkan di "pejabat urusetia". Kesalahan di sini adalah pada perkataan "urusetia" yang sepatutnya dieja dua perkataan, iaitu "urus setia". "Desa Utara Electrical". Pemilihan nama "Desa Utara" memang sesuai, tetapi perkataan "Electrical" di hujungnya mencacatkan nama premis ini. Jadi, tukarlah kepada "Pusat Elektrik Desa Utara" – lebih sesuai dan sedap sebutannya. Wah, ada masakan gulai itik dan ayam kampung di "Alesya's Corner"! Tentu berselera kalau dapat makan di sini. Persoalannya, mengapa tidak menggunakan nama "Sudut Alesya", "Penjuru Alesya" atau "Bucu Alesya"? "Restaurant D'Jitra Seafood" lebih sesuai jika ditukarkan menjadi "Restoran Makanan Laut D'Jitra". Sebuah restoran lagi dinamakan "Phoenix Gold Restaurant", diikuti tulisan Cina. Tidak menjadi masalah kalau dinamakan dalam bahasa Melayu, "Restoran Emas Phoenix". "NCS Best Motors Sdn. Bhd." Premis ini menjalankan perniagaan motosikal. Sama juga dengan premis yang menjalankan perniagaan ubat-ubatan ini – "Hucare Pharmacy Sdn. Bhd." Begitu juga dengan kedai lampu hiasan ini – "Crystal Light Decor". Amat mengecewakan kerana tidak ada sepatah perkataan pun yang ditulis dalam bahasa Melayu pada tiga buah kedai ini. Sebuah pasar raya mengadakan jualan ulang tahun. Di hadapan pasar raya itu terpampang iklan – "Anniversary Sale". Yang pasti, semua pembeli atau pelanggan pasar raya ini ialah masyarakat tempatan. Penduduk taman-taman perumahan yang baru muncul di persekitaran pasar raya ini juga adalah generasi muda yang hidup dalam era persekolahan yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu. Semuanya akan faham jika ditulis "Jualan Ulang Tahun". "Kedai Carpet Batai Enterprise" – memang sakit mata melihat tulisan ini. Susah sangatkah hendak menggantikan perkataan "carpet" dengan perkataan "permaidani"? Kalau mahukan perkataan itu juga, betulkanlah ejaan menjadi "karpet". Di bawahnya pula ada perkataan "perabut" yang sepatutnya dieja "perabot". "Pak Loong Enterprise" menarik perhatian saya. Tentu sahaja pemiliknya berbangsa Cina. Ia mudah diingat kerana hampir menyamai panggilan "pak long", iaitu bapa saudara bagi masyarakat Melayu. Nama "Kedai Emas Berseri Jaya" pun menarik juga. Pengunjung kedai ini pasti akan berseri-seri. Seri disinari kilauan emas dan berseri juga senyuman di bibir kerana badan disalut emas permata! "Jitra Optical Centre – Pusat Optik". Tidak ada kesalahan di sini. Cuma, sebaik-baiknya "Pusat Optik Jitra" yang sepatutnya dibesarkan, bukan bahasa Inggeris yang lebih ditonjolkan. Asyik dan menyeronokkan meninjau sebentar premis perniagaan sekitar Jitra. Alangkah baiknya jika para pengusaha premis perniagaan di sini, malah di mana-mana jua, merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sebelum menamakan premis masing-masing. Sebagai makluman, DBP menerbitkan Siri Lembar Bahasa dan kini dapat dicapai melalui Laman sesawang DBP (http://www.dbp.gov.my) sebagai panduan bagi menamakan bangunan, syarikat, jalan, taman perumahan, perkhidmatan, pusat rekreasi, fesyen dan program media. Jadi, manfaatkanlah dan jangan sia-siakan teknologi di tangan anda! Adnan Jamil |
(52 GAMBAR)Majlis Resepsi Farid Kamil Dan Diana Danielle <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 12 Dec 2012 09:13 PM PST Daripada yang Abang Nara baca dan lihat, banyak pasangan mengambil keputusan untuk bergelar suami isteri pada tarikh semalam iaitu 12.12.12. Semoga ikatan perkahwinan yang anda bina akan kekal bahagia buat selamanya. Semalam juga turut dilangsungkan majlis resepsi Farid Kamil dan Diana Danielle di Jitra, Kedah. Majlis resepsi sebelah pengantin lelaki ini telah berjalan dengan meriahnya di Darulaman Park Lake Park. Kehadiran peminat kedua-dua selebriti ini tambah memeriahkan lagi majlis tersebut. Turut hadir ialah Ainan Tasneem yang menyanyikan lagu "Aku Suka Dia" khas buat pengantin baru ini. 50 lagi gambar sekitar majlis resepsi Farid Kamil dan Diana Danielle dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook MIG Online. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from di jitra - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan