Selasa, 19 Mac 2013

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Media Kedah: Berita Baik Untuk Orang <b>Kuala Kedah</b> Yang Boleh <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2013 10:20 PM PST


Pengenalan KOLAborasi '13

Kolaborasi adalah gagasan arah tujuan kita dengan berkerjasama membangunkan kuala kedah menjadi suatu kawasan yang makmur, aman dan maju dalam semangat 1Malaysia.

Dengan kolaborasi sahajalah kita akan mencapai cita-cita membina masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak cucu kita dan masa hari ini yang selesa dan lebih baik untuk kita. Kita perlukan kepimpinan yang bervisi dan pengembelingan tenaga serta sumber secara kolaborasi.

Kita akan membantu menyediakan platform dan peralatan (tools) untuk berkolaborasi ini. Masa depan kita akan lebih cerah apabila kita tahu arah tuju kemana hendak kita pergi dan bagaimana untuk mencapainya.

Kerajaan tidak boleh diharap bersendirian tetapi bersama dengan cara berkerjasama dan berkolaborasi kita akan sampai kepada cita-cita kita dan boleh mencapai lebih tinggi lagi.

Dunia hari ini adalah dunia kolaborasi. Dengan bantuan internet dan jaringan komunikasi moden kita boleh mengembeling kekuatan individu menjadi kekuatan bersama. Inilah yang dimaksudkan dengan kolaborasi.

'Dengan bersaing kita tidak akan menjadi kuat, dengan kolaborasi apa sahaja boleh kita buat...'

Yahanana Tobat Buleeh..!

Tanpa kolaborasi sebuah masjid boleh mengajar ilmu fekah kepada 30 orang sahaja di kampong berdekatan sehari seminggu tetapi dengan kolaborasi 20 masjid boleh mengajar 100ribu penduduk Kola dengan ilmu dari Fekah ke Sirah dan dari tauhid hingga ke tajwid. Penduduk Kola boleh berkongsi pengalaman, belajar, aduan, sumber maklumat, tempat makan terbaik dan lain lain lagi. 

Kita berkongsi sumber melalui cara berkolaborasi.

Hari esok lebih baik dengan kolaborasi. Hari ini dengan terlancarnya kolaborasi 13 yang akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin,Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah permulaan benda-benda baik yang akan dinikmati oleh semua penduduk kawasan Parlimen Kuala Kedah sekiranya Barisan Nsional kembali menjadi wakil bagi kawasan P10 Kuala Kedah, N15 Anak Bukit, DUN N16 Kubang Rotan dan N17 Pengkalan Kundur.

Perubahan akan kita bawa di kawasan kita. Marilah kita berkerjasama, bermuafakat, berkolaborasi membawa kemenangan Barisan Nasional di Kuala Kedah. Kolaborasi untuk anak Kola.

Yahanana Tobat Buleeh..!

Dato' Latt Shariman Abdullah

Pelancaran KOLAborasi&#39; 13 <b>di</b> SK Seri Pantai <b>Kuala Kedah</b>

Posted: 21 Feb 2013 11:38 AM PST

Pelancaran KOLAborasi'13 ini telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan telah diadakan di perkarangan SK Seri Pantai. Majlis pelancaran penuh gemilang ini turut dihadiri isteri kepada YAB Timbalan Perdana Menteri, YABhg Puan Sri Datin Noorainee Rahman dan barisan kepimpinan UMNO negeri Kedah iaitu Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Dato' Paduka Mukhriz Mahathir. Pelbagai aturcara telah disusun sepanjang hari bagi menjayakan program Pelancaran KOLAborasi' 13 ini. Antaranya adalah sukaneka rakyat, autoshow, persembahan 'juggling skills' dari Kelab Bolasepak Kenari Muda, Persembahan Maharaja Lawak Jambu, Persembahan Leez AF dan pelbagai lagi. Agensi-agensi kerajaan turut serta dalam program ini dengan adanya 'booth' bagi mereka menerangkan peranan mereka kepada masyarakat setempat termasuklah 'booth' LKIM yang memberikan skim sara hidup nelayan pada hari tersebut. Kira-kira 8, 000 orang hadir di program penuh bermakna bagi masyarakat di Kuala Kedah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan