02 di kuala kedah - Google Blog Search |
- KedahLanie.info: Gempar 26hb nanti <b>di Kuala Kedah</b>...!!!
- panass !!! tian chua di kecam <b>di kuala kedah</b> - medan tempur
- baRa dedah 134 warga asing <b>Kuala Kedah</b> ada kad pengenalan <b>...</b>
KedahLanie.info: Gempar 26hb nanti <b>di Kuala Kedah</b>...!!! Posted: 22 Feb 2013 06:37 AM PST JOM HADIR: HIMPUNAN PAKATAN RAKYAT KUALA KEDAH (HPRKK226) CATAT SEJARAH KEDAH HAMPIR 30 ORANG (AHLI PARLIMEN DAN ADUN PAKATAN RAKYAT) AKAN MEMBERI PIDATO BERAPI-RAPI UNTUK MEMASTIKAN KEDAH KEKAL PAKATAN RAKYAT DAN MALAYSIA BN DITUKAR KE PAKATAN RAKYAT TEMPAT: TAPAK LETAK KERETA, PASAR BESAR ALOR SETAR DAN PASARAYA BILLION ALOR SETAR TEMPAHAN GERAI SILA HUBUNGI: SDR AZMI MAN - 0195680527 ATAU MUSLIM 0194949059 |
panass !!! tian chua di kecam <b>di kuala kedah</b> - medan tempur Posted: 06 Mar 2013 05:11 PM PST Pengerusi Gagasan Generasi Gemilang (GAGAH) Parlimen Kuala Kedah Datuk Abdul Muthalib Harun (tengah) bersama empat NGO lain mengadakan demostrasi membantah tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang memperlekehkan insiden pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara dan konspirasi terancang Umno. Hampir 100 ahli NGO yang mewakili Persatuan Bekas Tentera, Bekas Polis, Gerakan Belia 4B dan Persatuan Teksi dalam Parlimen Kuala Kedah turut membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kedah mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas ke atas Tian Chua. |
baRa dedah 134 warga asing <b>Kuala Kedah</b> ada kad pengenalan <b>...</b> Posted: 17 Mar 2013 06:46 PM PDT Hampir 200 anak Kedah sertai demontrasi anti Projek IC Mahathir di Wisma Persekutuan Alor Setar, Anak Bukit petang semalam, sambil menyerah satu memorandum Bantah Anugerah Kerakyatan Asing (baRa) kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mohammad Pauzi Abdullah. Koordinator baRa Kedah, Ridzuan Bakar mendedahkan, 134 warga asing di Kuala Kedah dikesan mempunyai kad pengenalan sah serta layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Itu, tidak termasuk kependudukan 'Burma Anak Mahathir' di sekitar Pulau Langkawi, khususnya di Bukit Malut dan Taman Nilam. "134 yang kita kesan di Kampung Tepi Laut dan mereka akan mengundi di Sekolah Menengah Seri Pantai berdasarkan daftar pemilih, IC mereka '02'. Memang ada IC yang sah dan pengundi yang sah", kata Ridzuan dalam pertemuan tertutup membabitkan kedua-dua belah pihak, di sini. Mohammad Pauzi dalam reaksi spontan menjelaskan, pihaknya langsung tidak mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut. Namun, katanya lagi, JPN bersedia untuk bertindak wajar selepas mendapat maklumat terperinci mengenai sindiket 'Projek IC' terbabit. Pengerusi baRa, Ahmad Tarmizi Abdullah, Khairul Ishak (penyelaras program baRa), turut antara pemimpin baRa yang menyertai pertemuan tertutup itu. Hadir bersama, Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali yang juga Setiausaha baRa, Zolkifly Md Lazim (Pengerusi badan bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pulau Pinang, HAPUS) dan 'Haji Nan'. Sementara itu, kira-kira 200 orang - kebanyakannya warga Kedah - melancarkan demontrasi aman di pintu masuk Wisma Persekutuan yang menempatkan pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JPN Kedah. Mereka mengangkat plakad "PROJEK IC Bukit Malut Taman Nilam Langkawi 'Burma Anak Mahathir", "80,000 IC Palsu diberi kepada warga asing" dan "Desak Najib panggil sidang khas Parlimen bongkar Projek IC" sambil menuntut JPN mendakwa Dr Mahathir yang dianggap 'pengkhianat negara'. Mereka turut melaungkan "Heret Mahathir ke Mahkamah", "Tolak Pengkhianat Negara", "Umno Bangkai Warga Asing", "Hidup Rakyat" dan "Henti Projek IC" sambil dikawal rai dek polis dan pengawal keselamatan setempat. Difahamkan, laporan Malaysiakini.com pada 17 Januari lepas dipetik, Dr Mahathir mendakwa Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) "lebih teruk" berbanding dirinya semasa didedah terbabit dengan 'Projek IC' kepada warga asing. "Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?" dalih Dr. Mahathir. Malaysiakini.com, pada 20 September 2011, melaporkan, kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno. 12,799 pemegang kad pengenalan dari Pulau Pinang sendiri tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi dikesan dalam daftar pemilih SPR. Jumaat lepas, baRa turut melancarkan demontrasi aman di Wisma Persekutuan Jalan Ansor, George Town sebelum menyerahkan memorandu serupa kepada JPN Pulau Pinang. Khamis depan, baRa merancang untuk mengadakan satu lagi demontrasi aman di perkarangan pasar raya Kayangan Square bermula jam 11.00 pagi sebelum ke Persiaran Kayangan yang menempatan Pejabat JPN Perlis. Kali pertama badan pendesak itu melancarkan demontrasi terbuka pada Jumaat dua minggu lepas, iaitu di perkarangan Wisma TNB Bandar Perda Bukit Mertajam yang menempatkan pejabat JPN daerah. -END |
You are subscribed to email updates from di kuala kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan