ads

Rabu, 27 Mac 2013

02 di kubang pasu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di kubang pasu - Google Blog Search


28,000 pelajar <b>di Kubang Pasu</b> terima bantuan persekolahan <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2013 03:29 PM PST

Posted on January 29, 2013, Tuesday

JITRA: Lebih 28,000 pelajar sekolah menengah dan rendah daerah Kubang Pasu dijangka menerima bantuan awal persekolahan RM100 sumbangan kerajaan pusat selewat-lewatnya Khamis ini.

Naib ketua UMNO Kubang Pasu Zulfitri Yaacob berkata setakat ini 40 daripada 57 sekolah menengah dan rendah di daerah itu telah menyerahkan bantuan terbabit kepada ibu bapa dan waris pelajar.

"Kita mahu menyelesaikan pemberian wang bantuan persekolahan ini sebelum Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mula dibayar pada 2 Feb," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan itu kepada 390 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Malau di sini, semalam.

Ketika berucap sebelum itu, beliau berkata bantuan awal persekolahan adalah istimewa kerana kerajaan memberinya kepada semua pelajar sebagai galakan kepada mereka untuk belajar lebih tekun.

"Bantuan awal ini sesuai pada masanya kerana ekonomi negara dalam keadaan stabil manakala infrastruktur asas yang penting untuk memacu pembangunan negara telah disiapkan," katanya.

Sementara itu seorang ibu tunggal, Nafsiah Jaafar, 46, terharu kerana bantuan untuk dua anaknya yang belajar di tahun lima dan enam SK Malau dapat menyelesaikan masalahnya dalam menyediakan keperluan persekolahan.

"Kakak bekerja sebagai operator sebuah kilang di Bandar Darulaman bagi menyara dua anak yang bersekolah. Syukurlah dengan bantuan ini dapat juga membeli pakaian dan beg sekolah baru untuk kedua-dua anak saya," katanya.

Tukang kebun SK (C) Keat Hwa Kampung Perak, Alor Setar, Hashim Mohd Zain, 59, berkata beliau akan menyimpan wang untuk untuk dua anaknya bagi kegunaan pada masa depan.

Pekerja Am Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Arau, Salim Sharif, 48, pula berkata beliau juga akan menyimpan wang itu untuk pelajaran anaknya. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

BLOG KEDAH: 02 <b>di kubang pasu</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Mar 2013 01:37 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KedahLanie.info: Ketua pemuda PAS Kedah calon sesuai <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2013 07:00 AM PDT

oleh Anak Muda Kubang PASu.
Ketua Pemuda PAS Kedah dikatakan akan menentang Dato' Mohd Johari Baharum di Parlimen KUBANG PASU. Ini bersandar dari beliau sebagai tokoh agama yang hebat di bumi Kedah ini dan merupakan anak tempatan KUBANG PASU dan menjadi suara anak muda di parlimen nanti...
Beliau juga dikatakan masih lagi mempunyai ramai sanak saudara dan ahli keluarga yang bertapak di Kubang Pasu dimana kerja-kerja kempen mudah dilakukan...
Selain menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS beliau juga menpunyai kuliah-kuliah pengajian di kebanyakan masjid di sekitar Kubang Pasu dan dengan ini ia juga mudah penduduk sekitar Kubang Pasu mengenali beliau.
Dengan kebolehan berhujah dengan lantang serta senitiasa memperjuangkan isu-isu semasa dalam negara maka beliau amat sesuai menjadi calon untuk menumbangkan giant person dari BN...

Sesungguhnya tidak mustahil kerana dengan angin dan ombak perubahan melanda Dato Joe bisa di tumbangkan seperti mana tumbangnya Shahrizat di tangan Nurul Izzah, Yusmadi Yusoff  menumbangkan Datuk Dr. Norraesah Mohamad serta di Kedah Ust Firdaus Jaafar menumbangkan Pengerusi tetap UMNO Dato Badaruddin di Jerai...

Dengan kemenangan yang diperolehi maka suara anak muda akan terus bergegar di parlimen masa PRU13 nanti.... 

Semoga apa yang di hajatkan ini mendapat pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya dari pucuk pimpinan PAS negeri Kedah...


Mangsa <b>di Kubang Pasu</b> berkurangan, Kota Setar meningkat | Free <b>...</b>

Posted: 05 Nov 2010 11:35 PM PDT

banjirALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 33,350 orang berbanding 39,785 petang semalam, berikutan semakin ramai mangsa di daerah Kubang Pasu yang dibenarkan pulang tetapi daerah Kota Setar menunjukkan peningkatan ketara mangsa banjir.     

Selain itu, daerah Pokok Sena turut mencatatkan penurunan manakala daerah Padang Terap kekal dan Pendang meningkat sedikit.

Sehingga 8 pagi ini, bilangan mangsa banjir di daerah Kubang Pasu adalah 12,341 orang daripada 3,324 keluarga berbanding 21,111 orang petang semalam.      

Daerah Kota Setar mencatatkan bilangan mangsa seramai 18,926 orang daripada 4,866 keluarga berbanding 16,376 semalam.

Di Padang Terap, jumlah mangsa adalah seramai 354 orang daripada 92 keluarga, Pokok Sena 1,480 mangsa daripada 250 keluarga dan Pendang 249 orang daripada 62 keluarga.      

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata sehingga kini, 97 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 38 adalah di Kubang Pasu, sembilan di Padang Terap, 42 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.      

-Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved