02 di kulim - Google Blog Search |
- KedahLanie.info: Exco Kedah - Penjelasan Hutang <b>di Kulim</b> Hi-Tech
- Sah!! Saifuddin Nasution tanding <b>di Kulim</b>-Bandar Baharu - Agen DSAI
- Kisah Seram Hantu Langsuir Ditemui <b>Di Kulim</b> Hi-Tech
KedahLanie.info: Exco Kedah - Penjelasan Hutang <b>di Kulim</b> Hi-Tech Posted: 23 Feb 2013 04:30 PM PST Sebahagian besar hutang ialah untuk KHTP dan perkhidmatan air Ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Ir Amiruddin Hamzah berkata, hutang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu pada 2 Mac 2008 ialah sebanyak RM2,095,556,334.17. Pertambahan hutang selepas itu sehingga kini adalah sebanyak RM500 juta. "Kira-kira RM260 juta adalah hutang berkaitan KHTP, antaranya untuk membesarkan KHTP fasa 4, setelah tiga fasa sedia ada tidak dapat menampung permintaan tinggi pelaburan masuk, khususnya dari negara luar. "Dalam masa lima tahun pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat jumlah pelaburan masuk ke KHTP adalah sebanyak RM10.8 billion manakala kalau nak dibandingkan lima tahun pertama pelaburan masuk di zaman BN cuma RM4.7 billion, sudah tentu memerlukan suntikan dana lebih besar," ujarnya. Berhubung hutang berkaitan pengurusan air pula, masih terdapat keraguan sama ada ia benar-benar bersifat hutang negeri kepada Persekutuan atau sepatutnya ia merupakan geran Persekutuan kepada negeri yang tidak perlu dibayar balik. Menurut Amiruddin, kalau mengikut status Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) telah dimulakan pada 1974, pembiayaan program BALB ialah 80 peratus pinjaman dan 20 peratus geran kerajaan Persekutuan. Namun, pada 31Mei 2000 jemaah menteri telah bersetuju pertukaran dasar pembiayaan program kepada 100 peratus geran oleh Kerajaan Persekutuan. "Jadi kita sedang berunding dengan Pusat supaya status sebahagian hutang untuk urusan perkhidmatan air diubah kepada geran, jika ia berlaku bermakna jumlah hutang negeri kepada Pusat tidaklah seperti yang disebutkan itu," jelas Amiruddin. Bagaimanapun, katanya, hutang-hutang berkaitan air akan diambilalih sepenuhnya oleh PAAB sekiranya pihak kerajaan negeri bersetuju untuk menyerahkan asset air kepada kerajaan Persekutuan. Mengulas kenyataan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang mengenai hutang pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dianggap 'membebankan' kerajaan negeri, Amiruddin menasihatkan Tan supaya menaruh kepercayaan terhadap pihak bank yang meluluskan pinjaman tersebut. "Keng Liang jangan susah hati, sebelum institusi kewangan beri pinjaman mereka sudah kaji segenap aspek terutama kemampuan pembayaran balik, jika tidak pinjaman tidak akan diluluskan. "Dalam isu pinjaman KUIN, kerajaan yakin pinjaman dapat dijelaskan. Kita dah pun masukkan dalam peruntukan bajet 2013 dan bajet itu diluluskan tahun lepas. Sebagai contoh hutang bangunan tambahan Blog E Wisma Darul Aman yang menjadi beban tinggalan BN sebaik kita mengambil alih kerajaan tetapi kita dapat jelaskan mengikut jadual sebanyak RM25 juta setahun sehingga selesai semuanya penghujung 2012," jelasnya. |
Sah!! Saifuddin Nasution tanding <b>di Kulim</b>-Bandar Baharu - Agen DSAI Posted: 27 Feb 2013 05:54 PM PST MACHANG - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sah akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, sekali gus menamatkan spekulasi beliau tidak akan mempertahankan kerusi Machang. Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan ceramah di Padang Majlis Daerah Machang semalam. Anwar berkata, pertukaran itu dibuat bagi memenuhi permintaan orang ramai sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya PKR di Kedah. "Bagi tujuan itu, PKR akan memilih calon terbaik bagi menggantikan kekosongan itu( Machang) malah perbincangan mengenainya berada di peringkat akhir," katanya. Dalam Pilihan Raya Umum ke-12, kerusi Kulim-Bandar Baharu dimenangi calon PKR, Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi. Zulkifli bagaimanapun meninggalkan PKR tiga tahun lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas./SinarHarianOnline Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!! |
Kisah Seram Hantu Langsuir Ditemui <b>Di Kulim</b> Hi-Tech Posted: 18 Feb 2013 10:30 PM PST Tuesday, 19 February 2013 " ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); Kisah Seram Hantu Langsuir Ditemui Di Kulim Hi-Tech | Sememangnya makhluk halus wujud dalam pelbagai rupa dan bentuk. Banyak cerita-cerita yang kita sering dengari mengenai makhluk halus ini. Namun bukan semua orang mempunyai "kelebihan" untuk melihat makhluk halus ini. Jom kita baca berita mengenai penemuan Langsuir di Kulim Hi-Tech diceritakan oleh mangsa sendiri. KULIM – Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam. Pekerja industri, Hamzah Mohamad, 32, berkata, dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya. Menurutnya, lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh. "Ketika kejadian saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah. "Saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob. Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana, saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan. "Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu, saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air. Lebih menakutkan apabila dia memandang ke arah saya di mana kepalanya berpusing hingga ke belakang," katanya. Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya mahu dikenali Rosli berkata, lembaga yang dilihat selama ini adalah langsuir. "Langsuir ini merupakan seorang wanita yang terbunuh ketika bersalin atau dibunuh. Mungkin lembaga itu pernah terbunuh dalam kemalangan di sekitar kawasan itu. "Bagi mereka yang menggunakan jalan itu harus lebih berhati-hati kerana kecuaian atau terlalu memberikan perhatian kepadanya akan mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan,"katanya. Baca Lagi Artikel Berkaitan : Fuh Seram, Kisah Seram FUH!!! KAMI KONGSIKAN SEGALANYA Tajuk : Kisah Seram Hantu Langsuir Ditemui Di Kulim Hi-Tech |
You are subscribed to email updates from di kulim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan