02 di kulim - Google Blog Search |
- Sah!! Saifuddin Nasution tanding <b>di Kulim</b>-Bandar Baharu - Agen DSAI
- EKSKLUSIF! Ustaz Azizan Bersubahat Menjual Arak <b>di Kulim</b> <b>...</b>
- KedahLanie.info: Exco Kedah - Penjelasan Hutang <b>di Kulim</b> Hi-Tech
Sah!! Saifuddin Nasution tanding <b>di Kulim</b>-Bandar Baharu - Agen DSAI Posted: 27 Feb 2013 05:54 PM PST MACHANG - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sah akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, sekali gus menamatkan spekulasi beliau tidak akan mempertahankan kerusi Machang. Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan ceramah di Padang Majlis Daerah Machang semalam. Anwar berkata, pertukaran itu dibuat bagi memenuhi permintaan orang ramai sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya PKR di Kedah. "Bagi tujuan itu, PKR akan memilih calon terbaik bagi menggantikan kekosongan itu( Machang) malah perbincangan mengenainya berada di peringkat akhir," katanya. Dalam Pilihan Raya Umum ke-12, kerusi Kulim-Bandar Baharu dimenangi calon PKR, Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi. Zulkifli bagaimanapun meninggalkan PKR tiga tahun lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas./SinarHarianOnline Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!! |
EKSKLUSIF! Ustaz Azizan Bersubahat Menjual Arak <b>di Kulim</b> <b>...</b> Posted: 28 Mar 2013 05:37 AM PDT Kulim Golf and Country Resort di Kulim Hi-Tech, Kedah. Ketua Pegawai Eksekutif, Bakry Abu Seman Pengerusinya si Saifudin Nasution, ianya milik Penuh PKNK 100%, Pengerusi PKNK pula si YAB Ustaz Azizan Abdul Razak. Aktiviti yang disyaki, menjual arak jenis Carlsberg kepada pelanggan. Tukang hidang 'arak' Pekerja Melayu Islam. Pelanggan yang mereka hidang 'arak' juga kebanyakannya Melayu Islam. Majoriti pekerja hampir semuanya melayu Islam. Premis ni memang ada lesen arak, tapi Mc nak pertikaikan, kenapa ambil pekerja 'Melayu Islam' untuk hidangkan arak? Bukankah itu dah dikira bersubahat? Dulu Pas maki UMNO bab arak ni. Pendapatan haram, duit haram, tak berkat, tak islamik dan pelbagai kata nista yang mereka selalu maki atas pentas ceramah. Tapi dah 5 tahun mereka jadi Kerajaan Negeri Kedah, kenapa tidak ada perubahan? Pengerusi PKNK Ustaz Azizan Razak juga makan duit haram ya? Saifuddin Nasution Pengerusi Kulim Golf Club pun selama ni makan duit hasil arak ka? Pekerja melayu Islam yang bekerja disana semuanya bersubahat jual arak. Pendapatan mereka halal ke haram? Bukankah jika kita bersubahat perniagaan arak ni, hatta menjadi tukang sapu pun, hasil gaji kita tetap haram. Awat Pas boleh biar semua ini berlaku? Ohh lupa pulak, Pas sekarang bukan macam Pas dulu. Pas dulu perjuang negara Islam, Pas sekarang cuma perjuang negara Kebajikan. Jadi arak 'halal' dan cukai arak juga 'halal' kan Ustaz Azizan kannn... |
KedahLanie.info: Exco Kedah - Penjelasan Hutang <b>di Kulim</b> Hi-Tech Posted: 23 Feb 2013 04:30 PM PST Sebahagian besar hutang ialah untuk KHTP dan perkhidmatan air Ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Ir Amiruddin Hamzah berkata, hutang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu pada 2 Mac 2008 ialah sebanyak RM2,095,556,334.17. Pertambahan hutang selepas itu sehingga kini adalah sebanyak RM500 juta. "Kira-kira RM260 juta adalah hutang berkaitan KHTP, antaranya untuk membesarkan KHTP fasa 4, setelah tiga fasa sedia ada tidak dapat menampung permintaan tinggi pelaburan masuk, khususnya dari negara luar. "Dalam masa lima tahun pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat jumlah pelaburan masuk ke KHTP adalah sebanyak RM10.8 billion manakala kalau nak dibandingkan lima tahun pertama pelaburan masuk di zaman BN cuma RM4.7 billion, sudah tentu memerlukan suntikan dana lebih besar," ujarnya. Berhubung hutang berkaitan pengurusan air pula, masih terdapat keraguan sama ada ia benar-benar bersifat hutang negeri kepada Persekutuan atau sepatutnya ia merupakan geran Persekutuan kepada negeri yang tidak perlu dibayar balik. Menurut Amiruddin, kalau mengikut status Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) telah dimulakan pada 1974, pembiayaan program BALB ialah 80 peratus pinjaman dan 20 peratus geran kerajaan Persekutuan. Namun, pada 31Mei 2000 jemaah menteri telah bersetuju pertukaran dasar pembiayaan program kepada 100 peratus geran oleh Kerajaan Persekutuan. "Jadi kita sedang berunding dengan Pusat supaya status sebahagian hutang untuk urusan perkhidmatan air diubah kepada geran, jika ia berlaku bermakna jumlah hutang negeri kepada Pusat tidaklah seperti yang disebutkan itu," jelas Amiruddin. Bagaimanapun, katanya, hutang-hutang berkaitan air akan diambilalih sepenuhnya oleh PAAB sekiranya pihak kerajaan negeri bersetuju untuk menyerahkan asset air kepada kerajaan Persekutuan. Mengulas kenyataan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang mengenai hutang pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dianggap 'membebankan' kerajaan negeri, Amiruddin menasihatkan Tan supaya menaruh kepercayaan terhadap pihak bank yang meluluskan pinjaman tersebut. "Keng Liang jangan susah hati, sebelum institusi kewangan beri pinjaman mereka sudah kaji segenap aspek terutama kemampuan pembayaran balik, jika tidak pinjaman tidak akan diluluskan. "Dalam isu pinjaman KUIN, kerajaan yakin pinjaman dapat dijelaskan. Kita dah pun masukkan dalam peruntukan bajet 2013 dan bajet itu diluluskan tahun lepas. Sebagai contoh hutang bangunan tambahan Blog E Wisma Darul Aman yang menjadi beban tinggalan BN sebaik kita mengambil alih kerajaan tetapi kita dapat jelaskan mengikut jadual sebanyak RM25 juta setahun sehingga selesai semuanya penghujung 2012," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from di kulim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan