Khamis, 21 Mac 2013

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


My Little Sunshine - It&#39;s All About Us!: Shopping apa <b>di Langkawi</b>

Posted: 13 Mar 2013 01:19 AM PDT

Sambungan dari cite Langkawi. seperti biasa, orang pompuan kalau pegi Langkawi mestilah nak shoppingkan. Kalau ikutkan hati dan nafsu serakah ni, semua nak beli. pakkal lah duit pun tak berapa nak hado, jadi kita beli sikit2 jelah ye. berpada2 orang kata. Masa aku pegi dulu2, serius aku tak de membeli sangat. yelah, masa tu belum kawin lagi, langkah membeli tu terhad sikit kan. Sekarang, bila pegi Langkawi dah boleh aim apa benda kita nak beli. Memang murah lah like corelle, vision.. nanti kalau ada rezeki pegi lagi, akan ku beli itu barang. hehe.. Coklat sudah semestinya lah kan beli.. Baju budak2 murah betul kat sana. Baju biasa2 je lah made in Thailand or Indonesia.. Tapi boleh lah buat pakai hari2, RM 10 hengget je.. dapatlah anak2 ku baju harian 2-3 pasang sorang :-) 
Untuk aku pulak, aku beli pemanggang ajaib tu tapi label HIG (haji Ismail Group). belikan juga untuk kawan, 38cm RM 79 je. aku beli yang sedang 32 cm RM 69. yang paling kecil RM 55 kalau tak silap 28cm.. banyak brand juga sebenarnya.. tapi memang murahlah pemanggang ni. aku dah try bakar ikan. okey, berbaloi. rumah tak delah berasap sangat kan. Nak bersihkan periuk tu pun senang je.. Jom tengok gambar..


Ayah aku lah yang banyak membeli. dia pandai soping :-) beg kulit lah, tali pinggang lah, kasut lah. Macam2.. coklat lagi orang tu kirim, orang ni kirim. hehe.. kami banyak membeli di Pekan Kuah di Haji Ismail Group.. Panas sangat cuaca hari tu, jadi tak pegi pun kedai lain.. oklah orang tak ramai.. tapi kedai kecik dan sempit.. Mama ada bawa kami ke kedai Rams di Kompleks Pekan Rabu, kedai ni ok, kemas dan tersusun, luas, barang pun cantik2 tapi aku tak beli apa2lah, aku tumpang membuang jek. haha..
Cotton shop ni best!! baju murah2.. kemeja lelaki RM 25 jek.. ayah belikan untuk menantu2. Untuk kami orang pompuan ni, aku tak belilah, sebab putih kan, jarang pulak tu.. Ni kalau masa bujang2 ni lah yang aku beli. hehe.. tapi kain jenis macam ni cepat koyak kot.. tak pelah, next time boleh beli..
Hasil rembatan coklat. aku pun tak tahu sangat coklat apa yang best nak beli.. tapi biasalah Langkawi Coklat Daim, Ferra Roroshe (tul ke eja ni) Hersheys mestilah beli kan. Murahlah kot.. Ni semua untuk kawan2 ofis dan untuk makan2 sendiri kat rumah. Macam ni pun dah habis sampai RM 200.. hehe. Ada lagi coklat kat rumah. Makan sikit2 :-)
Baju comel ni beli kat Oriental Village kat kabel car tu.. comel je tengok aisyah pakai. hehe.. tu jelah yang aku beli, tak delah tunjuk semua.. random pic only.. seronoklah soping kat sini.. tapi bila nak beli tu pikir juga, guna ke, pakai ke.. hmm. mesti bijak berbelanja okeh.. hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan