Sabtu, 16 Mac 2013

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Ceramah Hairie Othman <b>Di Padang Serai</b> Kurang <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2013 04:30 AM PST

Bersih: Ahli Parlimen <b>Padang Serai</b>, Gobalakrishnan Dan Pekerja

Posted: 27 Feb 2013 04:56 AM PST

KUALA LUMPUR 27 Feb - Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan dan pekerja sebuah bank Muhd. Harith Fatillah Shahabudin (foto) masing-masing didenda RM6,000 selepas didapati bersalah menyertai perhimpunan Bersih 1.0 pada 2007. Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Jagjit Singh membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Gobalakrishnan, 53, dan Muhd. Harith, 30, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. "Muhd. Harith telah berada di sekitar tempat perhimpunan pada jangka masa yang lama sejak dia turun dari LRT Masjid Jamek sehingga dia ditangkap, manakala Gobalakrishnan hanya membuat penafian kosong semata-mata dan tidak ingat dengan jelas apa yang berlaku pada hari kejadian, walaupun video menunjukkan beliau terlibat," kata Jagjit Singh dalam penghakimannya. Beliau menjatuhi hukuman denda RM3,000 bagi pertuduhan utama dan RM3,000 bagi pertuduhan pilihan. Sementara itu, pada prosiding sama, mahkamah melepas dan membebaskan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan 11 yang lain selepas mendapati mereka tidak bersalah atas pertuduhan sama. Mereka didakwa menyertai perhimpunan haram dan mengingkari arahan polis untuk bersurai di beberapa tempat sekitar ibu negara seperti Jalan Raja Laut, Jalan Istana Baru dan Jalan Tun Perak antara 1 petang dan 4 petang, 10 November 2007. Turut didakwa melakukan kesalahan sama ialah Mohd. Zad Abdullah, Mohd. Salim Yeslam, Abdul Razali Abdul Rahman, Razali Abdul, Mohd Harith Fathillah, Azahar Yusop, Sulaiman Ahmad, Taib Abdullah, Mohd. Shafie Ismail, Mohd. Nazreen Mohd. Nasir, Mohd. Abi Salam Ariffin dan Ishak Othman. Bagi pertuduhan utama, mereka didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pertuduhan pilihan pula mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 27(8) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM10,000. Dalam penghakimannya, Jagjit Singh berkata, mereka yang dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu berjaya timbulkan keraguan munasabah selepas dipanggil membela diri. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad manakala peguam Jason Tay, S. Vijayaretnam dan Nasar Khan mewakili pihak-pihak yang tertuduh. 


[Apa yang berlaku kepada Gobala ini sungguh mengejutkan, beliau bersalah biar pun kini sudah menjadi wakil rakyat bebas yang pro BN sebenarnya. Ternyata, dia akahirnya menjadi mangsa percaturan politik yang tidak berpihak kepadanya. Apapun, mungkin ada sesuatu yang perlu dikaji dalam kes ini. Mat Sabu dan Tian Chua boleh terlepas, tetapi dia pula didapati bersalah. Bukankah sesuatu yang menakjubkan, bila pemimpin pembangkang terlepas beliau yang menyatakan sokongan terbuka kepada BN pula yang mendapat hukuman. Kemungkinan besar kes ini bagi membuktikan bahawa mahkamah dan kerajaan itu sendiri bersikap telus kepada mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang dan ketenteraman awam tanpa mengira mereka menyokong kerajaan atau pun tidak. Ia secara tidak langsung boleh menaikkan imej kerajaan yang kembali dilihat lebih adil dan telus dalam melaksanakan undang-undang itu sendiri menjelang PRU ini!].

! Yana Halim !: Nurseri tanaman hiasan <b>di Padang Serai</b>, Kedah

Posted: 02 Jan 2013 08:30 PM PST

Sesiapa yang ingin menghias laman rumah masing-masing,
mari dapatkan pokok-pokok tanaman hiasan di nurseri Yong saya.
Semuanya pada harga yang murah dan berpatutan.
Nurseri Yong saya ni turut menjual tanah, baja dan pasu pokok bunga.
Tidak susah mencari nurseri ini kerana ia betul-betul berada di persimpangan Sidam Kanan menghala ke Sungai Petani.
Alamatnya seperti berikut:
No. 27A, Kampung Guar Lobak,
09400 Padang Serai, Kedah.
No Telefon : 012-4328595 (Pn. Rose / Yong)
 #Arnab yang comel-comel turut dijual di nurseri Yong ni.
 #Pokok-pokok hiasan dijual pada harga yang sangat berpatutan.
 #Pelbagai jenis orkid turut dijual. Harganya sangat murah, ok.
 #Pelbagai jenis dan saiz pasu bunga, baja dan tanah turut dijual.
 Pelbagai jenis anak pokok bunga, pokok herba dan buah-buahan.
 #Geram betul tengok arnab-arnab kat sini. Comel!
#budak baju oren dan pink tu tidak termasuk utk jualan ye. hehe...
Sesiapa duduk area Sungai Petani pun berbaloi juga membeli-belah pokok-pokok di sini.
Harga dijamin berpatutan.
Sila beritahu kawan- kawan.
Especially ada mak-mak yang pencinta orkid tu. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan