02 di pendang - Google Blog Search |
Umum: Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf <b>di Pendang</b> <b>...</b> Posted: 29 Jan 2013 12:55 AM PST [DISCOUNT 25% Untuk Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf di Pendang Lake Resort] Detail program: Harga: RM200. Daftar sebelum 1hb Februari – Discount 25% = RM150. Minum pagi, makan tengahari, minum petang dan sijil disediakan! Sila SMS: BPIZU<nama penuh> <no.ic> <e-mail> ke 019-3499039 Setelah mendapat respon, Sila bank in 50% wang pendaftaran ke akaun: MAYBANK 164472294793 (MUHAMMAD AR-RASYID JAAFAR) Kepada yang berminat, sila mendaftar dengan segera sebelum tiba 1hb Februari 2013. Promosi 25% tamat pada 12.00 malam, 31hb Januari 2013. Biodata Pengendali Bengkel: Hilal Asyraf Nama penuh: Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak. Lahir pada: 16hb Januari 1989, merupakan anak sulung kepada 4 orang adik beradik. Status: Telah berkahwin pada 070712 Asal: Johor. —————– Pendidikan —————– Mendapat pendidikan Sekolah Rendah di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Senai, Johor. 1995-2001. Menyambung pendidikan Sekolah Menengah di Ma'had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah(MATRI), Beseri, Perlis. 2002-2008. Meneruskan pengajian ke peringkat ijazah di Yarmouk University, Irbid, Jordan. 2008-2012. Kini memegang ijazah B.A(hons) Usuluddin dari University of Yarmouk. ————————————————— Pengalaman Dalam Bidang Penulisan —————————————————- Merupakan seorang penulis buku-buku motivasi dan novel-novel Islamik semenjak tahun 2009. Semenjak tahun 2009-2012, beliau telah menghasilkan 20 buah karya. 9 buah Novel Islamik – Novel VT, Relasi, Terasing, Remaja Mulia(kategori kanak2), Sinergi, Hero, Remaja Harapan(kategori kanak2) Takdir: Cahaya Yang Tidak Terpadam, dan Novel Misi Hero. 7 buah Buku Motivasi – LangitIlahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita, LangitIlahi2: Kembara Hamba Mencari Cahaya, LangitIlahi3: Fanzuru – Maka Lihatlah, Buku Motivasi Batu-Bata Kehidupan, Buku Motivasi Cinta – Sebelum Aku Bernikah, Buku Motivasi Irkam Ma'ana – Naiklah Bersama Kami dan Buku Motivasi Untuk Kita Pendosa: Harapan Selalu Ada. 2 buah Kumpulan Cerpen – Kumpulan Cerpen Matahari dan Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta. 1 buah kumpulan puisi – Kumpulan Lantunan Bicara: Meniti Kehidupan Ini KeranaNya. Pernah memenangi Hadiah Sastera Johor dalam kategori Novel kanak-kanak melalui Novel Remaja Mulia. Pernah dijemput sebagai tetamu di TV1 untuk Novel Remaja Mulia dan dijemput mengisi slot Sinopsis di TV1 juga untuk Buku Motivasi Batu-Bata Kehidupan, dan Nasi Lemak Kopi O di TV9 untuk Buku Motivasi Batu-Bata Kehidupan. Juga merupakan Kolumnis di beberapa buah Majalah seperti: 1 – Majalah Anis (2010-2011) 2 – Majalah HALUAN (2010-kini) 3 – Majalah Remaja (Sepanjang Tahun 2012) 4 – Majalah JOM! (2012-kini) Keaktifan beliau di dalam medan penulisan menarik minat Kedai Buku besar Malaysia, Kinokuniya, KLCC untuk mendedikasikan buat beliau satu ruang khas di kedai buku tersebut: Jangan lepaskan peluang untuk berbengkel bersama beliau! Daftar segera, sebelum terlambat! |
You are subscribed to email updates from di pendang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan