ads

Khamis, 14 Mac 2013

02 di sik - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di sik - Google Blog Search


UMNO Online - Rela <b>Sik</b> Ikrar Sokongan Kepada Perdana Menteri

Posted: 09 Mar 2013 07:22 PM PST

Kategori Berita Pilihan

Rela Sik Ikrar Sokongan Kepada Perdana Menteri

SIK, 10 Mac – Lebih 200 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di daerah Sik menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentukan apa juga bentuk tindakan terhadap pengganas yang menceroboh kedaulatan negara.

Sokongan itu disuarakan melalui ikrar 'Menyokong Perdana Menteri dalam Sebarang Tindakan Terhadap Pengganas di Lahad Datu' yang dilakukan selepas majlis Pemakaian Pangkat L/Koperal dan Sarjan kepada 71 anggota Rela di daerah Sik yang diadakan di Kampung Begia di sini semalam.

Majlis perasmian dan pemakaian pangkat dilakukan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sik Mahathir Abd Hamid.

Mahathir ketika berucap pada majlis itu berkata, pengorbanan anggota Rela sejak ia ditubuhkan amat besar kepada masyarakat dan negara.

"Mereka selama ini membuktikan kesetiaan mereka dalam mengawal dan memastikan keselamatan negara terkawal bersama pasukan keselamatan terutama di kawasan pendalaman," katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 30 anggota Rela daripada kalangan masyarakat Siam turut menerima kenaikan pangkat.

Sementara itu, Ai Chun a/l Din Chin, 40, berkata dia gembira kerana menerima kenaikan pangkat serta mengajak masyarakat Siam yang belum menyertai Rela supaya menyertainya.

"Saya berterima kasih pada Rela kerana memberikan kepercayaan pada saya memakai pangkat sekali gus membuktikan dalam Rela tidak ada perbezaan kaum," katanya.- MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 10 March 2013 11:22 AM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved