Isnin, 18 Mac 2013

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


Rumah terbakar <b>di Sik</b>, empat beranak tinggal sehelai sepinggang <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2013 02:40 AM PST

Sik, 4 Mac: Empat beranak di Kampung Belukar di sini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran hari ini.

Mujur dalam kejadian 8.30 pagi itu, kesemua penghuninya tiada di rumah. Norizan Zainal Abidin, 34, berkata ketika kejadian, dia berada di rumah ibu saudaranya yang terletak tidak jauh dari rumahnya itu manakala suaminya keluar menoreh getah dan dua anak lelaki yang berumur 14 dan tujuh tahun ke sekolah.

"Saya terhidu bau asap ketika berada di rumah ibu saudara yang jaraknya tidak jauh dari rumah saya ketika itu dan bergegas balik. Saya melihat rumah kami sudah terbakar," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya dia tidak sempat menyelamatkan apa-apa berikutan api marak dengan cepat dan jiran melarangnya masuk ke dalam rumah.

Suami Norizan, Shaffie Ismail, 44, yang bergegas pulang setelah dihubungi jirannya, bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu.

Api dipadamkan tujuh anggota Bomba Dan Penyelamat dari Balai Bomba Sik. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan. -BERNAMA

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan