02 di sungai petani - Google Blog Search |
My Beautiful Malaysia <b>Di Sungai Petani</b> Hambar Kerana <b>...</b> Posted: 05 Feb 2013 12:05 AM PST Sebenarnya saya agak kecewa dengan majlis pelancaran program My Beautiful Malaysia yang diadakan di Sungai Petani yang kelihatan hambar berbanding dengan pelancaran program itu di Daerah Kota Setar baru-baru ini. Bukan apa, jika di tempat lain menyaksikan ribuan remaja, belia dan rakyat bersatu keluar memeriahkan aktiviti bergotong-royong yang diadakan serentak di seluruh negara, di Sungai Petani berbeza keadaannya. Menurut maklumat yang tiba ke corong telinga saya pagi tadi mengatakan bahawa hanya sekitar 300 orang sukarelawan saja yang turun padang menyambut seruan penganjur yang menjemput rakyat bergotong-royong membersih dan memperindahkan kawasan masing-masing. Saya tertanya-tanya, jika ditempat lain boleh membawa turun seramai ribuan sukarelawan, mengapa Sungai Petani yang padat dengan penduduk itu hanya mampu menurunkan sekitar 300 orang sahaja? Dapat tahu mengenai perkara tersebut, saya bergegas ke Sungai Petani mencari kebenaran pagi semalam, namun mengejutkan apabila program tersebut berakhir lebih awal dari jadual yang ditetapkan. Ketika tiba dilokasi, tiada sesiapa lagi yang ada di sana, seolah-olah tiada apa yang berlaku pada pagi tersebut… Bertanyakan tentang situasi tersebut kepada seorang rakan yang hadir di lokasi program itu, dia menjelaskan bahawa ada yang tidak kena dengan program tersebut sejak dari awal lagi. Katanya, hanya disebabkan kain rentang program yang menggunakan warna biru sebagai latar belakangnya, ramai Ahli-Ahli Majlis yang memprotes dan marah dengan pemilihan warna latar parti Barisan Nasional (BN) itu. Warna biru tersebut menjadi "alasan" kepada mereka untuk tidak turun hadir memberi sokongan kepada program itu dan dipercayai bahawa para pengikut mereka juga dinasihat agar tidak turut serta menjayakan program tersebut. Saya tertanya-tanya, tak bolehkah para penyokong PAS dan PKR di Sungai Petani ini meninggalkan sekejap kepentingan politik mereka demi menjayakan aktiviti kemasyarakatan seperti itu? Tidakkah mereka boleh mencontohi tindakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang jalan berpimpin tangan dengan Pengerusi Perhubugan UMNO Negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah ketika melancarkan program itu di Alor Setar? Padanlah PAS dan PKR semakin terpesong dan dibenci rakyat…kan? |
You are subscribed to email updates from di sungai petani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan