02 di sungai petani - Google Blog Search |
- Gambar Kes Pergaduhan <b>di Sungai Petani</b> ? | Berita Semasa
- My Beautiful Malaysia <b>Di Sungai Petani</b> Hambar Kerana <b>...</b>
- Rusuhan Berlaku <b>Di Sungai Petani</b> ~ Blog Politikus
Gambar Kes Pergaduhan <b>di Sungai Petani</b> ? | Berita Semasa Posted: 18 Dec 2012 08:04 PM PST Pergaduhan di Sungai Petani : Ada yang mengatakan yang kami tidak prihatin dengan isu yang berlaku di Sungai Petani, Kedah yang dikatakan berlakunya baru-baru ini rusuhan kaum antara Melayu VS India yang berlanjutan berhari-hari di sana. Kata "mereka". Melayu jenis apa kamu ini Berita Semasa? Adakah kamu tidak sayang bangsa kamu sendiri? Ha….benarkah? Kalau begitu kami daripada pasukan Berita Semasa akan menghantar satu bas untuk mempertahankan agama & Islam di Kedah, Malaysia sekarang ini juga. Allahuakhbar!! Macam-macam versi cerita yang keluar mengenai insiden pergaduhan yang berlaku di Kampung Nahu, Sungai Petani Kedah baru-baru ini….Ini beberapa kemaskini yang dilakukan oleh segelintir individu yang sempat kami rakamkan untuk dikongsikan bersama anda di sini….
Erm…..Beginilah. Mengapa….. Mengapa hati kita mudah tercuit & melatah dengan isu yang kadangkala diri sendiri tidak tahu pun hujung pangkalnya tetapi "semangatnya" melebihi daripada kalangan yang terlibat dalam kejadian tersebut? Sepatutnya, biarlah polis atau pihak berkuasa kendalikan kes pergaduhan di Sungai Petani seperti ini. Yang sampai nak panggil gangster lain mengapa? Sejak bila pula golongan gangster ini jadi pelindung rakyat? Ada termaktub dalam perundangan? Bukankah sudah terang lagi bersuluh pergaduhan di Sungai Petani bermula melibatkan gangster & samseng. Selesaikan masalah ini dengan menghapuskan semua gangster dan kongsi gelap di Malaysia. Boleh? Kami melihatkan ada segelintir pihak menangguk dalam air keruh apabila melibatkan insiden pergaduhan samseng sehingga seperti mahu melihatkan rusuhan di Sungai Petani benar-benar terjadi. Jadi besarlah harapan kami agar, rakyat marhean tidak perlulah terlalu mengikut emosi mempercayai rusuhan di Sungai Petani, Kedah benar-benarterjadi dan biarkan polis menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya….
Hakikatnya, insiden pergaduhan di Sungai Petani awal pagi 16 Disember 2012 di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu yang lalu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya ataupun melibatkan Islam. Siapa kata? PDRM kata! Bagaimana Isu Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Boleh Timbul? (Terkini)
P/S : Kadang kala sesuatu masalah dan isu boleh diselesaikan dengan baik, tetapi disebabkan segelintir pihak inilah yang kerapkali bertindak mengikut emosi boleh menyebabkan keadaan boleh bertambah menjadi lebih teruk sebenarnya… PP/S : Harapan kami, hentikanlah menyebarkan berita palsu ini (kes pergaduhan di Sungai Petani contohnya) tidak kira melalui Facebook, Twitter atau SMS yang mendorong kepada perkara tidak sihat. Lebih banyak keburukan kepada masyarakat kita sebenarnya… |
My Beautiful Malaysia <b>Di Sungai Petani</b> Hambar Kerana <b>...</b> Posted: 05 Feb 2013 12:05 AM PST Sebenarnya saya agak kecewa dengan majlis pelancaran program My Beautiful Malaysia yang diadakan di Sungai Petani yang kelihatan hambar berbanding dengan pelancaran program itu di Daerah Kota Setar baru-baru ini. Bukan apa, jika di tempat lain menyaksikan ribuan remaja, belia dan rakyat bersatu keluar memeriahkan aktiviti bergotong-royong yang diadakan serentak di seluruh negara, di Sungai Petani berbeza keadaannya. Menurut maklumat yang tiba ke corong telinga saya pagi tadi mengatakan bahawa hanya sekitar 300 orang sukarelawan saja yang turun padang menyambut seruan penganjur yang menjemput rakyat bergotong-royong membersih dan memperindahkan kawasan masing-masing. Saya tertanya-tanya, jika ditempat lain boleh membawa turun seramai ribuan sukarelawan, mengapa Sungai Petani yang padat dengan penduduk itu hanya mampu menurunkan sekitar 300 orang sahaja? Dapat tahu mengenai perkara tersebut, saya bergegas ke Sungai Petani mencari kebenaran pagi semalam, namun mengejutkan apabila program tersebut berakhir lebih awal dari jadual yang ditetapkan. Ketika tiba dilokasi, tiada sesiapa lagi yang ada di sana, seolah-olah tiada apa yang berlaku pada pagi tersebut… Bertanyakan tentang situasi tersebut kepada seorang rakan yang hadir di lokasi program itu, dia menjelaskan bahawa ada yang tidak kena dengan program tersebut sejak dari awal lagi. Katanya, hanya disebabkan kain rentang program yang menggunakan warna biru sebagai latar belakangnya, ramai Ahli-Ahli Majlis yang memprotes dan marah dengan pemilihan warna latar parti Barisan Nasional (BN) itu. Warna biru tersebut menjadi "alasan" kepada mereka untuk tidak turun hadir memberi sokongan kepada program itu dan dipercayai bahawa para pengikut mereka juga dinasihat agar tidak turut serta menjayakan program tersebut. Saya tertanya-tanya, tak bolehkah para penyokong PAS dan PKR di Sungai Petani ini meninggalkan sekejap kepentingan politik mereka demi menjayakan aktiviti kemasyarakatan seperti itu? Tidakkah mereka boleh mencontohi tindakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang jalan berpimpin tangan dengan Pengerusi Perhubugan UMNO Negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah ketika melancarkan program itu di Alor Setar? Padanlah PAS dan PKR semakin terpesong dan dibenci rakyat…kan? |
Rusuhan Berlaku <b>Di Sungai Petani</b> ~ Blog Politikus Posted: 16 Dec 2012 12:00 AM PST Kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang, dibelasah dengan kayu besbol dan di campak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Tmn Ria apabila motosikal di bakar di depan masjid, seterusnya melarat ke Tmn Keladi & terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg Lalang , Sg Petani Kedah. Mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis habisan kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi geng 35 mereka yang terlalu bertindak agresif. Sekarang di Sg Petani,Kedah sudah penuh dengan polis & FRU serta roadblock. Ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid , bakar masjid & Surau serta mangsa dari Orang Islam yang di campak ke dalam longkang setelah di belasah dengan parang & kayu besbol mengundang kemarahan orang2 Islam di situ..perintah darurat dikeluarkan oleh PDRM & FRU. Harap semua pejuang-pejuang 30 dalam mood "Standby" kerana apa2 sahaja boleh berlaku. Buat masa sekarang biarkan pihak polis & Fru jalankan tugas mereka kerana keadaan memang dah terlalu tegang, kita cuba elakkan rusuhan kaum kerana dikhuatiri akan membabitkan pihak-pihak yang tiada kaitan & merbahayakan nyawa orang2 Melayu Islam kita di situ sendiri dari kaum wanita & kanak-kanak dan bimbang merebaknya rusuhan kaum ini ke kawasan lain. Yang penting dinasihatkan kita sentiasa bersatu,mood standby & jangan terlalu bertindak membabi buta, tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga ,BERSEDIA & BERSATU seandainya perkara yang tidak diingini berlaku..umat Islam dinasihatkan berwaspada & jangan bertindak mengikut emosi. Sebarang pertanyaan berkaitan situasi semasa di Sg.Petani sila hubungi HEA IPD Kuala Muda,Kedah Insp Farhana bt Hj Ishak,Sjn Muhyizan Muhyi, Kpl Amanorashid Ibrahim,Konst. Mohd Safaruddin Helmi Sulong di talian 04-4299222. Maklumat terbaru!!! Keadaan sudah pulih seperti sedia kala. Di harap semua bertenang. Sumber dari FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) : STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI: Berikutan berlakunya satu kes pergaduhan di Sungai Petani, beberapa anggota polis telah ditugaskan ke lokasi kejadian dan keadaan kini adalah terkawal. Ketua Polis Kedah akan memberi kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut dalam masa terdekat. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kejadian tersebut yang boleh menggugat ketenteraman awam. Terima kasih. TERKINI! - Pergaduhan Berlaku pada 16 Disember 2012, dan bunga bunga nak Bergaduh lagi tu masih ada sehingga hari ini. Punca Pergaduhan adalah Kes Curi Motor dan Bukan seperti mana yang disebutkan oleh:- 1. Muhammad Qhalil Hasri, kononnya Masyarakat India nak Rebut Tapak Masjid di Tmn Ria Jaya. 2. Tak Wujud pun Kononnya Orang India nak Bakar Surau seperti mana Dakwaan:- Raz Razali... - Polis telah mengambil Tindakan Mengawal Keadaan sehingga ke malam ini supaya kes ini tidak Menimbulkan Salah Faham di Kalangan Masyarakat. Ins.Shahrul, IPD Kuala Muda. - Maklumat Terkini dari Polis. Hanya 3 Melayu + 5 India Cedera, Akibat Pergaduhan Tersebut. Tolong Abaikan Info lain yang buat Org Lain. TERKINI! - Sidang akhbar diantara Timbalan Ketua Polis Kedah telah dibuat : Jangan Dengar Khabar Angin, Tiada Rusuhan Kaum Kata Timbalan Ketua Polis Kedah |
You are subscribed to email updates from di sungai petani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan