02 di tanjung dawai - Google Blog Search |
Inilah Ceritaku: Ikan Bakar Mak Njang@<b>Tanjung Dawai</b> Posted: 11 Mar 2013 07:24 PM PDT 2nd time bawa Bonda menikmati ikan bakar di sini. 1st time buat abah. Waktu malam, berderet restoran dibuka. Bingung nak cari. Clue: berdekatan pencawang, restoran paling hujung. Kata abah, nak makan punyalah jauh. Sorrylah bah, kat SP bukan takde tapi sekali sekala mai jauh dari Selatan, kena cari yang "fingers lickin' good"..heeee Kerang bakar dan udang goreng tepung (udang laut) sudah selesai masuk perut, tak teringat mahu diambil gambarnya .Almaklum, nasi belum tiba lagi waktu itu. 40 minit memandu dari SP kan, laparrrr. Seafoodnya fresh. Tu yang buat Abah berselera makan. Berbaloi kan berjalan jauh bah? Selalunya nasi akan dihidang bila ikan sudah siap dibakar. Ikan jenahak dan sotong bakar di sini memang marvellous. Lain kan bah cara orang Kedah dan Johor bakar ikan? Biasa jumpa kat Johor, berlapik daun pisang. Adakala dilumur sambal diatasnya dan dicicah sambal kicap potong. Kenyang makan, alhamdulillah. Sempat lagi diusik Abah. Jauh nak balik...belum sempat tiba rumah, perut dah lapar balik, huhu.... P/S Abah disahkan menghidap kanser darah tahun 2000 (13 tahun lalu) . Dia sepatutnya menjalani 6 kali kimoterapi. Bagaimanapun, kerana kesihatannya bertambah baik, dia menjalani 4 kali kimoterapi saja. Alhamdulillah, dia sihat sekarang, boleh ke sana sini dengan bas dan keretapi, baru saja balik umrah. Dia berpegang pada kata-kata seorang doktor wanita waktu mula-mula berulang alik ke hospital dulu.."ramai pesakit kanser mati bukan kerana sakit kanser tu pakcik tapi kerana tak makan (banyak pantang),," Sejak itu apa yang teringin ditekaknya, seboleh-bolehnya akan dituruti oleh Bonda dan anak-anaknya. |
(Gambar) Suasana Malam <b>di</b> Pantai <b>Tanjung Dawai</b>, Sungai Petani <b>...</b> Posted: 19 Jan 2013 06:38 PM PST Semasa Percutian di Pulau Pinang dan Kedah tahun lepas, sempatla singgah di Pantai Tanjung Dawai, Sungai Petani pekena Ikar Bakar. Sempatla snap gambar pemandangan malam di pantai ini. Biru-Biru, Pulau di sebelah sana. Umm, lupa pula pulau apa Ramai juga yang lepak di pantai time ni Dah lama tak tengok pemandangan camni. Dulu kecil-kecil, tiap-tiap minggu katakan pergi pantai Next time, InsyaAllah singgahi lagi di sini. Ikan Bakar di sini memang sedap |
You are subscribed to email updates from di tanjung dawai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan