02 di yan kedah - Google Blog Search |
Tempat Penginapan <b>di Yan, Kedah</b> | utara dan selatan Posted: 11 Jan 2013 07:46 AM PST Ewah dah macam tahun melawat Kedah la pulak kan tiba-tiba buat entry berkaitan penginapan di daerah Yan, Kedah. Sebenarnya ni salah satu entry review berkaitan perkahwinan i november lepas. Memang semua sedia maklum kalau buat event kenduri mesti ramai saudara-mara, kawan-kawan dan family pengantin lelaki datang. Jadi tempat penginapan sampingan sangat diperlukan memandangkan rumah i agak sempit. Daerah Yan bukan lah maju macam bandar besar yang tersangat berlambak hotel berbintang, motel, resort dah sewilayah dengannya. Tapi bukanlah sampai tahap tak ada tempat penginapan langsung. Untuk pengetahuan semua, (hahaha.. tiba-tiba tergelak sendiri dengan ayat skema itu) daerah Yan adalah daerah pelancongan. walaupun tak ada hotel motel grand berbintang-bintang, tapi daerah Yan ada banyak homestay dan chalet. Masih mengekalkan budaya sopan santun kampung gitu. Kesuma Homestay ni terletak di Taman Pantai Murni yang berdekatan dengan Pantai Murni. Jadi pagi petang siang malam boleh dengar ombak menderu. I booking Kesuma Homestay ni untuk family in law. Kesuma Homestay ni ada sediakan tiga rumah tapi i cuma booking dua rumah sahaja. Kesuma 1 dan 2 . Untuk Kesuma 1 ada lima bilik (RM350) dan Kesuma 2 ada tiga bilik (RM180). Selain menyewa secara sebuah rumah, perkhidmatan menyewa bilik sahaja pun disediakan. harganya lebih kurang RM70 semalaman. Perkhidmatan menyewa rumah dan tapak untuk dijadikan rumah kenduri pun disediakan juga. Senang kan tak payah nak leceh mengemas rumah sendiri. Feedback dari family in law kedua-dua homestay ni selesa, bersih, ada kemudahan penghawa dingin dan televisyen. KESUMA HOMESTAY - 0124310685 . Juga terletak di kawasan Pantai Murni. Homestay ni i booking untuk saudara dari Pahang. Alasan utama i pilih homestay di kawasan Pantai Murni sebab dekat dengan rumah i. tak sampai 5 minit perjalanan pun :) Walaupun rupa paras dari luar nampak kurang cun, tapi kemudahan di dalam homestay ni sangat memuaskan. Terdapat 3 bilik dan 2 bilik air. Lengkap dengan semua kemudahan seperti dapur, televisyen, perabot dan penghawa dingin. Rate untuk 1 malam adalah RM150. Pemandangan dari luar tingkap dan pintu. Angin sepoi-sepoi bahasa yang sangat ohsem! HOMESTAY PANTAI MURNI -0194938466 / 01114710424 D'Yan Chalet adalah milik Majlis Daerah Yan. Terletak di Air Terjun Titi Hayun. Memang syok tidur sambil dengar bunyi air terjun. Lepas bangun tidur terus boleh terjun ke dalam air. sangat nikmat! haha. I booking 3 chalet untuk kawan-kawan dari Johor. Rate untuk 1 malam adalah RM70. Pemandangan dan suasana memang dijamin sangat tenang. Cuma lokasinya agak gelap pada waktu malam. Jarak dari rumah i lebihkurang 8kilometer sahaja. untuk maklumat lanjut lagi boleh visit website MDY. sekian review tempat penginapan . daaa :) |
You are subscribed to email updates from di yan kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan