Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sehingga kini jenteranya mengesan wujud kira-kira 11,000 penama yang tidak dikenali latar belakang berada di Parlimen Baling dan mereka ini akan dikesan oleh jentera parti menerusi Ops Kesan.Katanya, berdasarkan Buku Biru yang mencatatkan senarai nama pengundi tidak dikenali itu, jentera Pergerakan Wanita Umno Bahagian akan berbincang dengan Ibu Angkat masing-masing untuk mengenal pasti identiti atau latar belakang penama berkenaan.
"Wanita Umno Cawangan akan melakukan penelitian senarai nama yang ada dalam buku itu. Jika ada nama pengundi yang tidak dikenali atau dari kawasan parlimen lain, kita akan senarai hitamkan dan pastikan mereka balik ke kawasan asal.
"Sekiranya penama berkenaan dikenali oleh jentera parti dan memang mereka berasal dari Baling, tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi, kita akan daftarkan mereka sebagai pengundi. Tugasan ini dinamakan Ops Jaring. "Jumlah ini suatu angka yang membimbangkan kita dan kita tahu mereka dibawa masuk secara senyap-senyap oleh pembangkang untuk memastikan calon mereka menang dalam PRU ini," katanya berucap melancarkan Gelombang Biru Pergerakan Wanita Umno Bahagian Baling di Dewan Tun Razak, Baling, Khamis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan