02 di kuala kedah - Google Blog Search |
Hsio Leong tanding Parlimen Alor Setar, Dr Azman <b>di Kuala Kedah</b> <b>...</b> Posted: 31 Mar 2013 03:00 PM PDT (Nazar Hashim) KEDAH 31 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan calon KEADILAN yang bakal bertanding bagi kerusi Parlimen Alor Setar dan Kuala Kedah pada PRU 13. Gooi Hsio Leong yang juga seorang peguam muda diumum sebagai calon Parlimen Alor Setar di Dewan Taman Berjaya, Kuala Kedah ketika Anwar menghadiri satu program bersama lebih 3,000 masyarakat keturunan Tionghua. Hsio Leong pada PRU 12 tewas kepada Datuk Seri Chor Chee Heung dari BN dengan majoriti hanya 184 undi dan dijangka mampu merebut kerusi berkenaan berdasarkan senario semasa. Di lokasi berasingan, Anwar membuat pengumuman rasmi bahawa Ketua Cabang KEADILAN Kuala Kedah, Dr Azman Ismail bertanding Parlimen Kuala Kedah. Dr Azman mengganti Datuk Ahmad Kassim yang menang dengan majoriti selesa iaitu 7,018 undi ketika mengalahkan Datuk Hashim Jahaya dari BN pada PRU 12, diuar-uar bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah. (FZL) Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48821 |
You are subscribed to email updates from di kuala kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan