ads

Sabtu, 27 April 2013

02 di langkawi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


PANASS!! Wan Azizah di BOIKOT Jentera Pakatan <b>di Langkawi</b> <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2013 08:17 PM PDT

Semalam PKR Langkawi telah mengumumkan calonnya untuk kerusi Parlimen Langkawi yang dirasmikan oleh Wan Azizah. Kemudian Wan Azizah rasmi jentera PKR Langkawi untuk PRU kali ni, takpa kita layan gambar dulu..




Terkejut dengan jentera PKR Langkawi? Tak percaya, ni kat bawah ni ada satu lagi gambar!! Ramai woo..

Kalau ada cai pembangkang kata ini gambar sebelum majlis mula, Mc nak cakap jangan buat lawak la, ini hakikat sebenar jentera PKR. PKR mana ada jentera? Tukang tolong pacak bendera depa pun jentera Pas. Kalau takdak jentera Pas, tak hidup PKR di seluruh negeri Kedah ni.

Bab nak jadi calon, PKR memang laju, kerja tak buat, kebajikan ahli dan rakan parti macam Pas tak jaga. PKR punya Adun atau Ahli Parlimen jenis makan sorang, kalau dapat projek pun, bagi ahli keluarga depa saja. Masa kempen 'perkudakan' Pas, bila menang, kaya sorang-sorang la!!

Ini luahan dari jentera 'lama' Pas di seluruh Kedah. Mc dah jumpa dengan otai-otai jentera Pas ni. Depa kadang-kadang terpaksa 'pacak' bendera PKR disebabkan arahan 'dunggu' dari parti sendiri. Sekarang ni, markas Pas di kawasan bercampur, atau pekan diwajibkan letak bendera Dap sekali. Lagi la 'panas' puak jentera Pas ni.

Bab bendera Dap ni, ada diantara depa, rasa nak bakar dari nak pacak! he he.. Mc telah berjaya membuka pekung beberapa jentera konvesional diantara puak Pas. Lihatlah betapa rapuhnya Pakatan diantara puak pembangkang.

Paling kesian jentera bawah Pas ni la. Dikerah macam balaci, sampai ada yang beli buluh, jahit bendera sendiri kononnya perjuangan. Bila menang, YB pun haram tak nampak muka! he he he.. nasib-nasib. Mc memang tabik spring jentera 'lama' Pas, perjuangan depa dahsyat cuma depa kurang 'cerdik' sebab salah parti. he he..

Ok kita sambung balik kisah calon PKR di Langkawi dan seluruh Kedah,

Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ahmad Abdullah, 64, hari ini diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media di sini, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menamakan penyandang kerusi Parlimen Kuala Kedah, Datuk Ahmad Kassim, 50, sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah.

Pakatan pembangkang memperuntukkan satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Langkawi iaitu Ayer Hangat, kepada PAS yang dijangka mempertaruhkan Yang Dipertua PAS Langkawi, Zubir Ahmad, 50.

Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Langkawi dan dua kerusi DUN pada PRU 2008.

Pada PRU 2008, PKR bertanding bagi tujuh kerusi dan menang lima kerusi.Mereka kalah di kawasan Parlimen Alor Setar dan Langkawi.

PKR sebelum ini mengumumkan nama calon bagi enam kerusi Parlimen yang mereka tandingi pada PRU 2008.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Machang, Kelantan, akan bertanding di kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu manakala Naib Presiden parti, N Surendran pula akan bertanding bagi kerusi Parlimen Padang Serai.

Calon lain ialah Ketua Wanita Cabang Sungai Petani, Nor Azrina Surip @ NurinAina Abdullah (Parlimen Merbok) dan Ketua PKR Cabang Kuala Kedah, Dr Azman Ismail(Kuala Kedah), manakala Datuk Johari Abdul kekal bagi mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Petani.

Ketua Biro Perundangan PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung pula sekali lagi akan bertanding bagi kerusi Parlimen Alor Setar selepas kalah pada 2008.

Ini bermakna misteri kerusi parlimen Sungai Petani bagi PKR dah terjawab, Joe Bedul aka P.Ramlee celup mengekalkan kerusi parlimennya. Muka taktau malu betul, kerja haram tak pernah buat, turun padang pun setakat berceramah, tiba-tiba nak kekal di Sungai Petani? Terima la balasan dari rakyat Sungai Petani nanti!

Insyallah, untuk PRU kali ini, ini janji Mc sebagai Ketua Jentera UMB Kedah, kita rampas semua kawasan PKR!! Moga dipermudahkan Allah dalam misi menyelamatkan Kedah dari bencana dan musuh negara! Aminn..


McTheory:
Kawasan PKR peluang untuk kita rampas 70-30.. kemenangan di tangan BN!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved