ads

Sabtu, 6 April 2013

02 di langkawi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


Diari Papa Deh: Murah Sangat Ke Harga Coklat <b>Di Langkawi</b>..?

Posted: 20 Mar 2013 11:01 PM PDT

Sepertimana dijanjikan dalam entri Bercuti Di Langkawi, ni adalah entri khas untuk tolong korang bandingkan harga coklat di Langkawi dengan tempat lain. Betul ke harga coklat kat Langkawi tu murah sangat..?
Jom kita bandingkan harga untuk 7 jenis coklat kat bawah ni. Merujuk kepada kawan-kawan kat Facebook, inilah antara coklat yang paling berbaloi beli kat Langkawi. Tu kata diorang laa. Sekarang aku senaraikan perbandingan harga-harga coklat ni untuk korang fikirkan sendiri. Semoga membantu :)
Harga Langkawi : RM14.00 / pax
Harga Putrajaya : RM34.99 / pax
FERRERO ROCHER T30 (375 gram)

Harga Langkawi : RM21.50 / pax
Harga Putrajaya : RM32.88 / pax
Beza harga : RM11.38 HERSHEY'S KISSES (315 gram)

Harga Langkawi : RM12.00 / pax
Harga Putrajaya : NA
Beza harga : NA

KINDER BUENO (344 gram)
* dalam 1 kotak ni ada 8 pax

Harga Langkawi : RM2.28 / pax
Harga Putrajaya : RM3.33 / pax
Beza harga : RM1.05

LINDOR (200 gram)

Harga Langkawi : RM15.95 / pax
Harga Putrajaya : RM30.59 / pax
Beza harga : RM14.64

TOBLERONE (200 gram)

Harga Langkawi : RM8.50 / pax
Harga Putrajaya : RM9.35 / pax
Beza harga : RM0.85

WHITTAKER'S ALMOND GOLD (3 x 45 gram)

Harga Langkawi : RM7.67 / pax
Harga Putrajaya : NA
Beza harga : NA

Harga Langkawi tu aku ambil harga termurah di antara Haji Ismail Group / Langkawi Saga /  Underwater World (Coco Valley dan The Zon Shopping Paradise) manakala Harga Putrajaya tu aku survey kat Alamanda (Carrefour dan Cold Storage). Packaging Kisses kat Alamanda tak sama dengan yang aku beli kat Langkawi, so tak dapat nak bandingkan harga. Whittaker's pun tak ditemui, dengar cerita sebab coklat ni hanya dijual kat Langkawi je.
Coklat yang dijual kat Langkawi ni biasanya akan dijual lebih murah bila korang beli banyak sikit. Cuba check table kat bawah ni. Mungkin membantu, mungkin gak akan lebih memeningkan korang. Haha. Kalau korang ada info lain, sila share ye :)
Sekian, selamat bershopping..!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved