ads

Isnin, 8 April 2013

02 di merbok - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di merbok - Google Blog Search


Nurin Aina @Nurin_MS calon Wanita Muda Keadilan <b>di Merbok</b>

Posted: 07 Apr 2013 06:50 PM PDT


SUNGAI PETANI – Teka-teki siapa bakal calon PKR bagi kerusi Parlimen Merbok setelah penyandangnya, Datuk Rashid Din mengundur diri terjawab apabila Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman itu semalam.

Dalam pengumuman dibuat oleh Anwar di hadapan kira-kira 10,000 penyokong pada satu ceramah di Bandar Laguna Merbok, beliau berkata, Ketua Wanita PKR Cabang Sungai Petani, Nor Azrina@Nurin Aina Abdullah Surip telah dipilih sebagai calon kawasan itu.

Nor Azrina atau lebih mesra dengan panggilan Nurin Aina yang juga merupakan seorang Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah kini berusia 38 tahun.

Sebelum ini, kerusi itu dimenangi Datuk Rashid Din yang memperoleh 25,541 undi, menewaskan Datuk Tajul Urus Mat Zain dari Umno BN (22,443 undi).

Tahniah Nurin...teruskan perjuangan..lawan tetap lawan...

Anda boleh ikuti perkembangan aktivitinya melalui tweeter @Nurin_MS atau facebook Nurin Aina https://www.facebook.com/nurin.aina.1612

Nurin Aina pernah menjadi Exco AMK Malaysia, beliau juga pernah memegang jawatan Ketua AMK Johor, beliau juga merupakan Ketua Srikandi Malaysia sebelum jawatan itu disandang oleh Siti Aishah.

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved