ads

Sabtu, 13 April 2013

02 di padang serai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di padang serai - Google Blog Search


Gobala rayu PM pilihnya melawan N Surendran PKR <b>di Padang Serai</b>

Posted: 09 Apr 2013 03:27 AM PDT


Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar memilihnya untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Gobalakrishnan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Perpaduan Masyarakat Malaysia (Perkemas) daerah Kulim berkata, ini kerana beliau yakin dapat memberi kemenangan kepada BN setelah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Katanya, sejak menjadi Ahli Parlimen Bebas tahun lalu, beliau bekerja sepenuh masa melakukan pelbagai program menyokong kepimpinan Najib termasuk program transformasi kerajaan di kawasan ini.
"Saya sendiri telah melakukan lebih 300 aktiviti kemasyarakatan di kawasan Padang Serai dengan penyertaan lebih 10,000 penduduk setakat ini," katanya pada program Kami Rakyat Padang Serai Menyokong N. Gobalakrishnan Bertanding Sebagai Calon Ahli Parlimen Di PRU-13 berlangsung di Sungai Seluang, Paya Besar di sini hari ini.
Gobalakrishnan berkata, bagaimanapun sebarang keputusan bergantung kepada Perdana Menteri kerana beliau boleh juga memilih rakan-rakannya dalam Perkemas sebagai calon di kawasan itu. - UTUSAN ONLINE

Addin: Gobalakrishnan Rayu Najib Supaya Calonkan Beliau <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2013 06:17 PM PDT

Anggota Parlimen (MP) Padang Serai N Gobalakrishnan memohon jasa baik Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan beliau menjadi calon BN bagi mempertahankan kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau memenangi kerusi Parlimen Padang Serai atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 dan mengumumkan keluar parti itu dan menjadi Anggota Parlimen bebas awal tahun lepas.

Gobalakrishnan yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Perkemas) berkata beliau berharap permohonan itu dapat dipertimbangkan berdasarkan kerja keras beliau bertungkus lumus sejak lebih tiga tahun lalu berkhidmat kepada masyarakat pelbagai kaum di kawasan tersebut.

"Selepas saya keluar daripada PKR, berbagai program diatur untuk kemudahan penduduk sekitar Lunas dan Paya Besar dan telah ramai pengundi-pengundi yang satu ketika dulu condong kepada pembangkang kini menyokong kerajaan BN," katanya kepada pemberita di Paya Besar di Kulim hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Penasihat Undang-Undang Perkemas Saiful Ambar Abdullah Ambar dan Presiden Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Kedah Khairul Anuar Ramli.

Katanya jika hasratnya tidak menjadi kenyataan, beliau berharap isterinya M Vasanthi, 53, akan menjadi calon alternatif.

Beliau yakin Naib Presiden PKR R. Surendran yang diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen itu oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan hilang wang pertaruhannya kerana kemunculan Surendran membawa isu-isu lapuk mengenai masyarakat India tempatan sejak sebulan dua lalu memualkan masyarakat di Kulim. ~bernama


14 Puluhan Ribu Hadiri Ceramah Hairie Othman <b>Di Padang Serai</b>

Posted: 16 Feb 2013 11:30 PM PST



Patutlah bekas aktor bertukar politikus, Hairie Othman dikatakan tidak mendapat bayaran ceramah lumayan seperti apa yang diperolehi oleh Abby Abadi. Auranya tidak ada untuk menarik penonton ramai menghadiri ceramah PGayR. Mungkin juga Abby Abadi mempunyai kelebihan "body" yang berjaya menarik Pak Lebai-Pak Lebai PAS untuk setia bersamanya di pentas ceramah.
Ceramah ini diadakan semalam di Padang Serai, Pulau Pinang. Walaupun dengan kehadiran dua peguam penyebuk, N Surendran dan Latheefa Koya, kehadiran pada malam semalam hanya mampu menarik lebih kurang 100 orang sahaja. Cukuplah tu. Orang bagi ceramah, depa pun nak bagi ceramah. Elok lain kali buat ceramah berkelompok sahaja atau ceramah dari rumah ke rumah. Tapi perasan tak, di mana ada Surendran, di situ pasti ada Latheefa. Sudah jadi macam pasangan duet pula.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved