Selasa, 23 April 2013

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


HPC: BERJASA sah bertanding <b>di Padang Serai</b> - Arus Baru

Posted: 20 Apr 2013 02:38 AM PDT

PADANG SERAI – Ustaz Hamidi Bin Abu Hassan sah akan bertanding di P017 Parlimen Padang Serai atas tiket parti BERJASA. Penamaan calon yang diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Kulim menyaksikan pertandingan 5  penjuru antara calon BERJASA, Barisan Nasional (BN) , Pakatan Rakyat (PR) dan calon Bebas. Berikut adalah senarai calon yang akan bertanding di P017 Parlimen Padang Serai ;

Ustaz Hamidi Bin Abu Hassan (BERJASA)
Heng Siei Kie (BN)
N. Surendran (PKR)
Othman B. Wawi (Bebas)
N.Gobalakrishnan (Bebas)

901388_470479829687968_28623663_o

Proses penamaan calon telah berjalan dengan lancar dan aman. Tiada sebarang provokasi liar dicatatkan. Jumlah kehadiran penyokong dari pelbagai parti mencecah hampir 2 ribu orang.

Usai proses penamaan calon, Ustaz Hamidi sempat memberikan ceramahnya kepada para penyokong beliau;

" Melalui saat ini bermulalah pertarungan yang kita tidak akan berundur lagi untuk meneruskan cita-cita menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Kejayaan penamaan pada hari ini sangat-sangat bergantung kepada doa ikhwah/akhawat, tuan/puan.

Harapan saya agar semua jentera beri tumpuan kepada kerja-kerja kita untuk mengambil hati pengundi di Padang Serai tanpa mengira siapa juga mereka.

Kita akan  merayu undi dari mereka, kita tidak bermusuh dengan sesiapa tapi niat kita untuk hanya menegakkan Islam.

Faktor kejayaan kita bergantung kepada hubungan kita kepada Allah selain usaha yang dilakukan.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak dalam menjayakan penamaan calon hari ini dan agenda Melayu Sepakat Islam Berdaulat "

Untuk dapatkan sebarang informasi dan perkembangan mengenai calon Berjasa di Parlimen Padang Serai anda boleh ke laman Facebook rasmi beliau Ustaz Hamidi Bin Abu Hassan

Undilah Calon Muslim Berwibawa!

UstHamidi2

 

[CALON BEBAS] Gobalakrisnan tanding BEBAS <b>di Padang Serai</b> <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2013 01:03 AM PDT


KULIM 20 April - Penyandang kerusi Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrisnan hari ini membuat kejutan apabila tiba di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Kulim, di sini.

Selain mempertahankan kerusi tersebut sebagai calon Bebas, Gobalakrisnan turut membawa bersama isterinya, M. Vasanthi bertanding calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas.

Gobalakrisnan bakal berhadapan dengan Datuk Heng Saei Kee dari Barisan Nasional (BN), Naib Presiden PKR, N. Surendran; Hamidi Abu Hassan (Berjasa) dan seorang lagi calon Bebas, Othman Wawi.

Bagi kerusi DUN Lunas, selain Vasanthi, turut bertanding ialah Pengerusi MIC Kedah, S. Ananthan (BN) dan N. Prabakaran dari Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Penyandang kerusi DUN Merbau Pulas, Datuk Siti Aishah Ghazali (Pas) pula akan berhadapan dengan calon BN, Datuk Marlia Abd. Latif.

Keluar PKR 

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan pada Januari 2011 telah mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta melepaskan semua jawatannya dalam parti itu berkuat kuasa serta merta.

Gobalakrisnan masuk PKR setelah dipujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kembali aktif dalam parti pada tahun 2006. Beliau sendiri mengakui termakan pujukan Anwar ketika itu atas dasar untuk membangunkan komuniti masyarakat India dalam PKR. Namun pujukan itu hanya umpan politik, bak kata pepatah, 'habis madu sepah dibuang!'.

 "Saya sudah fed-up (bosan) dengan (Penasihat PKR) (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) serta (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR," katanya.

Beliau berkata, selama ini tindakan Anwar bukan sahaja memperkudakan kaum Melayu dan Cina sahaja dalam mencapaikan cita-citanya tetapi kaum India juga tidak terkecuali.

Katanya, beliau yakin hasrat Anwar untuk menakluk Putrajaya akan tersasar sekaligus gagal kerana Ketua Pembangkang itu nyata gagal untuk menyelesaikan masalah dalaman parti sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan