Isnin, 8 April 2013

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


ASPAN ALIAS: Mohd Sabu bertanding <b>di Pendang</b>, Fadzil di DUN <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2013 07:08 AM PDT

Sejak dua bulan lepas saya sering ke Kedah dan kawasan yang sering saya lawati dan memberi penerangan itu meliputi kawasan Kuala Kedah, Padang Terap, Kubang Pasu dan Pendang. Saya diminta untuk masuk ke kawasan yang menjadi kubu UMNO terutamanya di Pendang dan saya dengan rela hati melakukannya.
Di antara kawasan yang saya seronok sekali untuk menembusi kubu UMNO itu ialah kawasan Pendang, kawasan sahabat saya Mohamad Sabu, dijangka bertanding dalam PRU nanti. Pendang merupakan kawasan yang masih ada tempat-tempat yang Pakatan Rakyat masih belum dapat menembusinya kerana kekuatan UMNO masih ada di situ. Kawasan seperti ini masih ada di DUN Sungai Tiang dan di DUN inilah yang saya sangat berbahagia untuk memberi penerangan.
DUN Sungai Tiang ini diwakili oleh BN dan ADUNnya ialah orang kuat Puteri UMNO yang bernama Soraya. Tetapi kawasan ini sudah nampak kejayaan PAS menembusinya kerana saya memberikan tumpuan kepada DUN ini. Saya begitu tertarik dengan kegigihan Majlis Tindakan DUN PAS ini kerana sentiasa melakukan lawatan dan mengadakan program-program bagi mendekati rakyat.
Saya diberitahu oleh orang kampung di Sungai Tiang yang mereka selesa dan berpuas hati dengan kegigihan Fadzil Baharum dan mereka berkata mereka mahukan Fadzil bertanding bagi pihak PAS di Sungai Tiang itu.
Pada 1hb yang lepas saya telah dibawa ke sebuah kampung yang belum dilawati oleh PAS sejak merdeka dahulu lagi dan Alhamdulillah telah dapat kami tembusi dan ramai ahli-ahli UMNO telah datang bersama-sama menjayakan majlis penerangan itu.
Mereka juga memahami bagaimana DAP dan PAS boleh memberikan kebaikan kepada negara untuk mencapai matlamat penyatuan kaum sebagaimana yang diharapkan oleh negara. Mereka secara beransur-ansur telah menghilangkan apa-apa perasaan prejudis terhadap DAP yang selama ini dimomokkan oleh UMNO dan parti komponen BN.
Jika DUN Sungai Tiang ini dapat ditawan oleh PAS maka majoriti kemenangan PAS yang bakal diwakili oleh Tuan Haji Mohamad Sabu akan meningkat dengan banyaknya. Saya tidak syak Mohamad Sabu akan mendapat majoriti besar dan kemenangan Fadzil bagi kawasan Sg Tiang itu akan menambah bilangan kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam DUN negeri Kedah Darul Aman.
Kami berharap Fadzil dan rakan-rakan pejuang yang lain akan bersatu untuk mendapatkan kemenangan besar bagi kawasan parlimen Pendang itu. Kehadiran Mohamad Sabu di Pendang sebagai calon juga telah menaikkan semangat rakyat Kedah dari kawasan lain untuk mendekati dan menambah kekuatan parti itu di negeri jelapang padi itu.

TERKINI : MAT SABU BERTEMU YB SURAYA <b>DI PENDANG</b>.. #GE13

Posted: 04 Apr 2013 06:34 AM PDT


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengesahkan akan bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Bagaimanapun beliau sendiri masih berteka-teki mengenai kerusi yang bakal ditandinginya nanti dan menyerahkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membuat pengumuman mengenainya secara rasmi.
Ketika ditanya sama ada beliau memilih untuk bertanding di Parlimen Pendang, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan 'Mat Sabu' tidak menafikan atau mengiakannya.
"Ya saya bertanding...akan bertanding (di Kedah).
"Pendang? Ura-ura. Tunggu Presiden umum," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Khamis.
Sebelum ini kerusi Parlimen Pendang disandang Datuk Dr Mohd Hayati Othman juga daripada PAS.
Mohamad pernah menyandang kerusi Parlimen Kuala Kedah dari 1999 hingga 2004.
**Mat Sabu dah silap pilih  tempat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan