ads

Selasa, 16 April 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di pokok sena - Google Blog Search


Setpol Najib Diarah Bertanding <b>di</b> Parlimen <b>Pokok Sena</b> <b>...</b> - Kerengga

Posted: 12 Apr 2013 10:30 PM PDT

Di ketika kebanyakan pemimpin UMNO lainnya belum mengetahui untung nasib mereka sama ada menjadi calon atau tidak dalam pilihanraya ini, seorang Setiausaha Politik Najib telah pun mendapat arahan awal daripada Najib sendiri untuk bertanding dalam pilihanraya 5 Mei ini dengan "misi mesti menang" di kawasan yang ditandinginya itu.
Setpol yang dimaksudkan ialah Sahlan Ismail yang sudah pun memulakan gerak kerjanya sejak beberapa minggu lalu di Parlimen Pokok Sena, Kedah. Misinya diletakkan bertanding di situ ialah mesti menumpaskan Ahli Parlimen sedia, Mahfuz Omar yang merupakan Naib Presiden Pas.
Dua hari lalu Anwar mendedahkan bahawa beliau mendapat maklumat yang menyebut Najib mahukan tiga pemimpin muda Pakatan Rakyat yang bertanding di sekitar Lembah Kelang dalam pilihanraya kali ini mesti dikalahkan oleh BN. Mereka ialah Nurul Izzah di Lembah Pantai, Rafizi Ramli di Pandan dan Tony Pua di Petaling Jaya Utara.
Arahan Najib supaya mereka ini dikalahkan adalah dipercayai kerana keagresifan mereka mendedahkan pelbagai perkara mengenai salah saku dan kecurangan pemimpin UMNO dan kerajaan dalam pelbagai skandal peribadi dan kewangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Rupa-rupanya arahan tersebut tidak sekadar terhadap tiga pemimpin itu saja, malah juga melibatkan Mahfuz Omar yang turut agresif mendedahkan pelbagai maklumat susulan beberapa skandal yang berlaku sama ada melibatkan Najib atau pemimpin UMNO lainnya.
Melihat kekerapan serta keagresifan Mahfuz menyerang Najib dan BN, tidaklah mustahil beliau menjadi antara pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak disenangi Najib dan kerana itu beliau mesti dikalahkan supaya suaranya lagi kedengaran di Parlimen. Bersesuaian pula dengan ketiadaan calon yang sesuai daripada UMNO Pokok Sena yang diketuai oleh Ahmad Lebai Sudin yang dirasakan layak menentang Mahfuz, maka Sahlan telah dijadikan sandaran ke arah matlamat itu.
Beberapa pemimpin UMNO Pokok Sena mengesahkan perkara itu dan Sahlan diletakkan bertanding adalah dengan misi yang besar bagi kepentingan politik Najib. Nampaknya dalam pilihanraya akan datang ini, Najib bukan saja mahu memastikan kemenangan kepada BN supaya terus berkuasa tetapi juga sedang memburu beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang selama ini didapati begitu lantang mengkritiknya dengan misi mereka itu mesti ditumbangkan.
Bagi ahli UMNO Pokok Sena, mereka sudah lama mengetahui tentang kemungkinan Sahlan akan bertanding di kawasan Parlimen itu tetapi kekerapan beliau turun sejak kebelakangan ini bersama jentera-jenteranya dari Kuala Lumpur seperti mengesahkan lagi perkara itu.
Sejak beberapa minggu ini, seorang ahli perniagaan yang rapat dengan Sahlan iaitu Datuk Ghazali Saiboo telah pun mula berkampung di Pokok Sena untuk tujuan menemui beberapa pihak yang dirasakan boleh membantu Sahlan dalam pilihanraya nanti. Selain itu, Ghazali juga dikatakan sedang agresif membeli maklumat daripada pelbagai sumber di Pokok Sena tentang kekuatan dan kelemahan UMNO dan BN di setiap cawangan dan kampung bagi memudahkan gerak kerja seterusnya.
Ghazali juga turut sedang mencari kelemahan dan kekurangan Mahfuz serta kemungkinan ada janji-janji beliau yang tidak ditunaikan bagi memudahkan UMNO dan BN menyerang kredibiliti Naib Presiden Pas itu.
Najib dipercayai amat menaruh keyakinan tinggi bahawa Sahlan mampu memberi cabaran kepada Mahfuz berikutan kedudukannya sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri yang memungkinkan beliau lebih diterima rakyat, selain adanya bantuan kewangan yang banyak daripada beberapa ahli perniagaan daripada Kuala Lumpur.
Walaupun sehingga ini hanya Ghazali Saiboo dan beberapa orang saja dari Kuala Lumpur yang dilihat sudah berkampung dan berlegar-legar di sekitar Pokok Sena sejak beberapa minggu lalu tetapi ahli UMNO di situ percaya menjelang hari penamaan calon dan pengundian nanti, pastinya lebih ramai lagi ahli perniagaan dan jentera dari Kuala Lunpur yang akan datang membantu Sahlan untuk mencapai "misi mesti menang" yang diarahkan oleh Najib itu.

Tun_Telanai: DSAI <b>DI POKOK SENA</b>, KEDAH : TUN MAHATHIR <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2013 01:04 AM PST

DOA SEMOGA ALLAH GAGALKAN PENIPUAN UMNO DALAM PRU-13

Ya Allah, Tuhan Semesta Alam. Yang menjadikan langit dan bumi serta menggerakkan awan. Kami hamba Mu yang lemah dan daeef sujud memohon kepada Mu. Sesungguhnya UMNO dan Barisan Nasional akan menipu dan berbohong dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Ya Allah Ya tuhan kami, pohon kami semoga Kau menurunkan Bala Tentera Malaikat Mu dan mengagalkan segenap penipuan mereka ini, Ya Allah. Pastikan setiap penipuan mereka itu memakan diri mereka sendiri.

Ya Allah, ko turunkan Bala Mu pada setiap yang bertanggungjawab di atas penipuan2 ini samada mereka duduk di dalam Jabatan Pendaftaran Negara, Kementrian Pertahanan, Kementrian Dalam Negeri, Imigresen, SPR dan mana-mana lagi. Turunkan bala ke atas mereka sekiranya mereka terus menerus mahu menipu, Ya Allah.

UMNO Online - Orang Muda <b>Di Pokok Sena</b> Beri Sambutan Luar <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 11:43 PM PST

Kategori Dari Bahagian

Orang Muda Di Pokok Sena Beri Sambutan Luar Dugaan Mohon BL1M

POKOK SENA, 7 Feb – Pelancaran program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) peringkat Parlimen Pokok Sena hari ini mendapat sambutan di luar dugaan apabila lebih 1,000 belia hadir untuk menyertai program itu.

Mereka tiba di Dataran Bunga Sena di sini sejak awal pagi untuk mendaftar di 10 kaunter yang disediakan Pemuda UMNO Pokok Sena bagi mendapat lesen motosikal Kelas B2 pada harga rendah RM199.

Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena Harris Che Mat berkata berdasarkan sambutan hari ini pihaknya menjangka program itu akan disertai lebih 3,000 orang dari daerah berkenaan.

"Bagi memberi peluang lebih ramai mendapat kemudahan ini, saya akan membuka kaunter pendaftaran dari 9 pagi hingga 5 petang di rumah saya di Nombor 47, Taman Bunga Sena di sini, bermula esok sehingga 14 Feb ini," katanya.

Harris yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bukit Lada turut meminta pemohon membeli Wang Pos bernilai RM199 atas nama MyEasy Service Sdn Bhd bagi memudahkan pemprosesan permohonan mereka.

Katanya pemohon akan dihubungi syarikat itu dalam tempoh dua minggu bagi menduduki ujian statik dan komputer.

Perdana Menteri  Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melancarkan BL1M pada Himpunan Orang Muda Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di Alor Setar pada 31 Jan lepas.

Di bawah program itu pemohon hanya perlu membayar RM199 bagi mendapatkan lesen B2, iaitu pengurangan separuh harga yang biasa dikenakan oleh pengusaha sekolah memandu.

Berita Bertarikh Pada 7 February 2013 3:43 PM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved