Jumaat, 5 April 2013

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


SERI NORJANNAH: Kelas 23/3/13 <b>di Sik</b>

Posted: 23 Mar 2013 05:32 PM PDT

Alhamdulillah, berakhirlah class 8 jenis roti loyang XXL & 8 jenis bun. Class yg santai & best. Byk rahsia2 ttg roti & marketing yg dpt di pelajari. Semoga berjaya.. 
Terima kasih pd sy sudi hadir. Ada yg dari Teluk Intan sanggup ke Sik utk menuntut ilmu. Yg plg terharu ada yg masih menyusu anakpun masih mampu menuntut ilmu. Jika mereka boleh..Anda?!? tepuk dada tanya minda..

Banjir & Balak <b>di Sik</b> - Free Malaysia Today

Posted: 17 Aug 2010 01:28 AM PDT

Che-Uda 1 SIK,: Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik menyelar pemimpin-pemimpin Umno di negeri Kedah dan media-media pro mereka yang mempolitikkan kejadian banjir kilat di daerah Sik dan Baling, kelmarin.

Menurutnya, Umno Kedah kini dilihat begitu terdesak untuk menjadi juara rakyat apabila meletakkan kesalahannya kepada kerajaan negeri yang didakwa kononnya membiarkan aktiviti pembalakan di kawasan Hutan Simpan Sungai Semeliang dan Ulu Muda yang berhampiran daerah itu.

"Sebenarnya aktiviti pembalakan di situ telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu dan telah berlaku sejak tahun 2004 lalu lagi, sebab apa baru sekarang mereka nak pertikaikannya?

"Mereka tak ada sewaktu kita semua sibuk menyelamatkan dan membantu mangsa, tapi bila dah selesai mereka datang bersama-sama media menyingsing kaki seluar kononnya prihatin dan simpati dengan apa yang menimpa rakyat," katanya.

Che Uda berkata, Umno tidak ikhlas membantu rakyat yang di dalam kesusahan tetapi sebaliknya hanya berhasrat mencari publisiti murahan dan cuba menangguk di air yang keruh.

"Sepatutnya mereka datang menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat dan bukannya datang mencari kesalahan mana-mana pihak.

"Tindakan mereka menyalahkan kerajaan negeri tanpa usul periksa hanya disebabkan beberapa batang balak reput yang hanyut seperti yang disiarkan media-media Umno menyerlahkan sikap kepura-puraan mereka dalam cubaan mereka menjuarai isu-isu berkaitan rakyat di Kedah ini.

"Saya alu-alukan sebarang tindakan mereka untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya badan itu menyiasat dan mendedahkan sebarang penyelewangan berkaitan kelulusan kawasan pembalakan seperti yang mereka dakwa itu," jelasnya.

Menurut Che Uda lagi, kejadian yang berlaku Sabtu lalu telah mengakibatkan beberapa buah kampung di daerah itu telah dinaiki air dan sebahagian daripada penduduk terlibat telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara di Dewan Orang Ramai Chepir dan Sekolah Maktab Mahmud.

"Hujan lebat yang berterusan beberapa hari telah mengakibatkan limpahan air di hulu dan kesan daripada itu sejumlah 170 buah rumah di beberapa buah kampung di sini telah dinaiki air dan dimasuki lumpur.

"Sebaik kejadian, kami bersama-sama Pejabat Daerah Sik, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pasukan keselamatan telah berganding bahu membantu dan menyelamatkan mangsa yang terlibat dan bantuan segera telah disalurkan kepada semua mangsa.

"Kejadian ini telah menyebabkan kerugian yang banyak dan saya berharap mangsa dapat bersabar kerana pihak yang terbabit sedang menilai jumlah kerosakan dan sedang dalam proses untuk menyalurkan bantuan seterusnya," ujarnya.

Kesemua mangsa yang dipindahkan telah kembali ke rumah masing-masing selepas air surut dan pusat penempatan sementara yang dibuka telah ditutup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan