Isnin, 1 April 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Gambar Kes Pergaduhan <b>di Sungai Petani</b> ? | Berita Semasa

Posted: 18 Dec 2012 08:04 PM PST

Kes Gaduh Sungai petani

Pergaduhan di Sungai Petani : Ada yang mengatakan yang kami tidak prihatin dengan isu yang berlaku di Sungai Petani, Kedah yang dikatakan berlakunya baru-baru ini rusuhan kaum antara Melayu VS India yang berlanjutan berhari-hari di sana. Kata "mereka". Melayu jenis apa kamu ini Berita Semasa? Adakah kamu tidak sayang bangsa kamu sendiri?

Ha….benarkah? Kalau begitu kami daripada pasukan Berita Semasa akan menghantar satu bas untuk mempertahankan agama & Islam di Kedah, Malaysia sekarang ini juga. Allahuakhbar!!

Macam-macam versi cerita yang keluar mengenai insiden pergaduhan yang berlaku di Kampung Nahu, Sungai Petani Kedah baru-baru ini….Ini beberapa kemaskini yang dilakukan oleh segelintir individu yang sempat kami rakamkan untuk dikongsikan bersama anda di sini….

  1. Ada yang mengatakan kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
  2. Khabar angin kononnya ada pergaduhan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat
  3. Dan macam-macam lagilah……

pergaduhan di sungai petani

"Ada yang mudah terpengaruh dan ada juga yang melakukan analisa berita terlebih dahulu sebelum membuat pertimbangan untuk terus mempercayainya"

Paya Nahu Sungai Petani Kedah

Erm…..Beginilah. Mengapa…..

Mengapa hati kita mudah tercuit & melatah dengan isu yang kadangkala diri sendiri tidak tahu pun hujung pangkalnya tetapi "semangatnya" melebihi daripada kalangan yang terlibat dalam kejadian tersebut?

Sepatutnya, biarlah polis atau pihak berkuasa kendalikan kes pergaduhan di Sungai Petani seperti ini. Yang sampai nak panggil gangster lain mengapa? Sejak bila pula golongan gangster ini jadi pelindung rakyat? Ada termaktub dalam perundangan? Bukankah sudah terang lagi bersuluh pergaduhan di Sungai Petani bermula melibatkan gangster & samseng. Selesaikan masalah ini dengan menghapuskan semua gangster dan kongsi gelap di Malaysia. Boleh?

Kami melihatkan ada segelintir pihak menangguk dalam air keruh apabila melibatkan insiden pergaduhan samseng sehingga seperti mahu melihatkan rusuhan di Sungai Petani benar-benar terjadi. Jadi besarlah harapan kami agar, rakyat marhean tidak perlulah terlalu mengikut emosi mempercayai rusuhan di Sungai Petani, Kedah benar-benarterjadi dan biarkan polis menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya….

"Tidak perlulah melibatkan kaum dan agama dalam isu-isu seperti ini semata-mata mahu menghalalkan tindakan daripada segelintir pihak seperti _____ & _______"

Ayahanda Cik Joe Sungai Petani

Hakikatnya, insiden pergaduhan di Sungai Petani awal pagi 16 Disember 2012 di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu yang lalu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya ataupun melibatkan Islam. Siapa kata? PDRM kata!

pergaduhan di sungai petani

Bagaimana Isu Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Boleh Timbul? (Terkini)

  • Sebenarnya, kes pergaduhan di Sungai Petani berpunca daripada kes lumba motor, masing-masing mahu tunjuk hebat antara satu sama lain. Apabila tidak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu
  • Pihak polis sudah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar
  • 13 suspek telah ditahan reman dan 5 yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana 4 daripadanya sudah dibenarkan pulang
  • Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan

Rusuhan Kaum Sungai Petani

P/S : Kadang kala sesuatu masalah dan isu boleh diselesaikan dengan baik, tetapi disebabkan segelintir pihak inilah yang kerapkali bertindak mengikut emosi boleh menyebabkan keadaan boleh bertambah menjadi lebih teruk sebenarnya…

PP/S : Harapan kami, hentikanlah menyebarkan berita palsu ini (kes pergaduhan di Sungai Petani contohnya) tidak kira melalui Facebook, Twitter atau SMS yang mendorong kepada perkara tidak sihat. Lebih banyak keburukan kepada masyarakat kita sebenarnya…


My Beautiful Malaysia <b>Di Sungai Petani</b> Hambar Kerana <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2013 12:05 AM PST

Sebenarnya saya agak kecewa dengan majlis pelancaran program My Beautiful Malaysia yang diadakan di Sungai Petani yang kelihatan hambar berbanding dengan pelancaran program itu di Daerah Kota Setar baru-baru ini.

Bukan apa, jika di tempat lain menyaksikan ribuan remaja, belia dan rakyat bersatu keluar memeriahkan aktiviti bergotong-royong yang diadakan serentak di seluruh negara, di Sungai Petani berbeza keadaannya.

Menurut maklumat yang tiba ke corong telinga saya pagi tadi mengatakan bahawa hanya sekitar 300 orang sukarelawan saja yang turun padang menyambut seruan penganjur yang menjemput rakyat bergotong-royong membersih dan memperindahkan kawasan masing-masing.

Saya tertanya-tanya, jika ditempat lain boleh membawa turun seramai ribuan sukarelawan, mengapa Sungai Petani yang padat dengan penduduk itu hanya mampu menurunkan sekitar 300 orang sahaja?

Dapat tahu mengenai perkara tersebut, saya bergegas ke Sungai Petani mencari kebenaran pagi semalam, namun mengejutkan apabila program tersebut berakhir lebih awal dari jadual yang ditetapkan.

Ketika tiba dilokasi, tiada sesiapa lagi yang ada di sana, seolah-olah tiada apa yang berlaku pada pagi tersebut…

Bertanyakan tentang situasi tersebut kepada seorang rakan yang hadir di lokasi program itu, dia menjelaskan bahawa ada yang tidak kena dengan program tersebut sejak dari awal lagi.

Katanya, hanya disebabkan kain rentang program yang menggunakan warna biru sebagai latar belakangnya, ramai Ahli-Ahli Majlis yang memprotes dan marah dengan pemilihan warna latar parti Barisan Nasional (BN) itu.

Warna biru tersebut menjadi "alasan" kepada mereka untuk tidak turun hadir memberi sokongan kepada program itu dan dipercayai bahawa para pengikut mereka juga dinasihat agar tidak turut serta menjayakan program tersebut.

Saya tertanya-tanya, tak bolehkah para penyokong PAS dan PKR di Sungai Petani ini meninggalkan sekejap kepentingan politik mereka demi menjayakan aktiviti kemasyarakatan seperti itu?

Tidakkah mereka boleh mencontohi tindakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang jalan berpimpin tangan dengan Pengerusi Perhubugan UMNO Negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah ketika melancarkan program itu di Alor Setar?

Padanlah PAS dan PKR semakin terpesong dan dibenci rakyat…kan?

TERKINI KES PERGADUHAN <b>DI SUNGAI PETANI</b> KEDAH <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2012 11:59 AM PST

Terkini Kes pergaduhan di Sungai Petani Kedah – gambar

Berita mengenai pergaduhan kaum melibatkan bangsa Melayu dan India di daerah Sg Petani,Kedah hangat diperkatakan di internet menerusi media sosial,antaranya Facebook,Twiiter dan blog

Pelbagai bentuk laporan tidak rasmi dikeluarkan seterusnya disebarkan terutamanya di Facebook mengenai situasi di tempat kejadian

berita gaduh di sp facebook terkini kes pergaduhan di sungai petani kedah

Antara laporan yang disebarkan di laman sosial Facebook

Malah gambar yang dikatakan mangsa pergaduhan turut disebarkan menerusi rangkaian sosial di internet

mangsa pergaduhan sungai petani terkini kes pergaduhan di sungai petani kedah

Mangsa terlantar di Hospital

Namun berita rasmi yang dikeluarkan oleh Bernama melaporkan Polis di Kedah menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin dan berita palsu yang disebarkan dalam Facebook, Twitter dan blog ketika ini mengenai keadaan semasa di daerah ini

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata tiada sebarang pergaduhan atau apa-apa insiden kematian atau bakar masjid yang berlaku di Sungai Petani

Katanya apa yang tersebar melalui laman sosial dan blog semuanya palsu dan khabar yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab

Keadaan di Sungai Petani adalah aman dan tenteram serta terkawal," katanya pada sidang media di sini lewat malam tadi — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan