02 di sungai petani - Google Blog Search |
- Review: Sastria Hotel Terbaik <b>di Sungai Petani</b>
- Pergaduhan <b>di Sungai Petani</b> | Solihin Zubir
- Catatan Perjalananku...: Hujung Minggu <b>di Sungai Petani</b>, Kedah (6 <b>...</b>
Review: Sastria Hotel Terbaik <b>di Sungai Petani</b> Posted: 31 Mar 2013 10:08 PM PDT Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya nak ceritakan satu hotel yang murah, lengkap dengan kemudahan santai, dan internet paling laju. memperkenalkan.... Di situ macam-macam ada...Saya baru dapat info dari sahabat Ina Zalina bahawa hotel itu baru buka antara tahun lepas. Sebab tu saya tak sangka, hotel tu murah sangat-sangat. Kelengkapan di dalam bilik sangat lengkap, dengan internet menggunakan UniFi TM. Jom kita menjamu mata di dalam tu... Harga bermula dari RM70 (tidak termasuk Cukai Perkhidmatan 6%), bagi saya harga tu amat murah, dekat pula di bandar Sungai Petani. Anda boleh layari www.sastriahotel.com.my atau hubungi 04-4246744 untuk tempahan atau pertanyaan. p/s: fuh, promote habis kat sini. Thanks kat pekerja Sastria Hotel atas layanan baik sepanjang saya menginap di sini :-) | ||||||
Pergaduhan <b>di Sungai Petani</b> | Solihin Zubir Posted: 18 Dec 2012 07:07 AM PST 1. Apa cerita Sungai Petani? Berita hot di facebook sekarang ini katanya di Sungai Petani tengah kecoh dengan kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang, dibelasah dengan kayu besbol dan di campak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Taman Ria apabila motosikal dibakar di depan masjid, seterusnya melarat ke Taman Keladi. Terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg Lalang, Sg Petani, Kedah, mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis-habisan kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi geng 35 mereka yang terlalu bertindak agresif. Sekarang di Sg Petani, Kedah sudah penuh dengan polis & FRU serta roadblock. Ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid, bakar masjid dan surau serta mangsa dari Orang Islam yang dicampak ke dalam longkang setelah dibelasah dengan parang & kayu besbol mengundang kemarahan orang-orang Islam di situ. Perintah darurat dikeluarkan oleh PDRM & FRU. Harap semua pejuang-pejuang 30 dalam mood "Standby" kerana apa-apa sahaja boleh berlaku. Buat masa sekarang biarkan pihak polis dan fru jalankan tugas mereka kerana keadaan memang dah terlalu tegang. Kita cuba elakkan rusuhan kaum kerana dikhuatiri akan membabitkan pihak-pihak yang tiada kaitan & merbahayakan nyawa orang-orang Melayu Islam kita di situ sendiri dari kaum wanita dan kanak-kanak dan bimbang merebaknya rusuhan kaum ini ke kawasan lain. Yang penting dinasihatkan kita sentiasa bersatu, mood standby & jangan terlalu bertindak membabi buta. Tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga, BERSEDIA & BERSATU seandainya perkara yang tidak diingini berlaku. Umat Islam dinasihatkan berwaspada & jangan bertindak mengikut emosi. /// ( Sumber Maklumat: Ayahanda-Ayahanda Sg Petani, Kedah) p/s: Status-status facebook seperti di atas telah ditokok tambah. Dan telah pun didelete oleh individu yang bertanggungjawab memulakannya. Tolong hentikan penyebarannya. 2. Ini pula cerita mangsa kejadian 3. Apa punca pergaduhan tercetus? 4. Pertelingkahan berakhir. Dan, katanya Pihak IPD Kuala Muda,Kedah telah memanggil ketua-ketua masyarakat bagi mencapai persefahaman antara berbilang kaum setempat di sekitar Sungai Petani susulan bermulanya pergaduhan di Paya Nahu,Sg.Petani. Sehubungan itu kedua-dua belah pihak diminta menghormati persefahaman yang dicapai & mengekalkan perpaduan. Orang ramai juga diminta jangan buat sebarang kesimpulan melulu atau mendengar khabar angin. Kekalkan perpaduan antara kaum. Sebarang pertanyaan,maklumat atau pengesahan maklumat berkaitan kes serangan tersebut, sila hubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Muda 04-4299222 atau Balai Polis Sg.Petani 04-4222222. 1. Boleh tak jangan dok panggil keling kat depa kalau tak tau maksud sebenar panggilan keling sebab ianya ada pelbagai tafsiran di kalangan kaum mereka, sensitif dan mungkin jugak tidak sensitif. Boleh tak jangan hina agama depa? Nabi tak ajar macam tu. Anda gelar anda pejuang fisabilillah. Tapi kenapa anda tidak berperangai seperti pejuang fisabilillah terulung itu? Jika kita tak suka agama kita dihina, mereka juga begitu. Tak semua india berperangai seperti itu. Dan tak semua melayu tu bagus sangat. Bangsa India pun ada Islam la. Dok lawan maki takkan selesai masalah. 2. Boleh tak jangan dok sebar berita-berita dengan ayat seolah-olah sengaja memprovokasi dan menggalakkan lagi berlakunya rusuhan kaum? Dapatkan dulu maklumat sahih dari pihak yang berkenaan. Tak payah dok buat pala tau, buat pala terer sangat. Ni, mau tanya dok mana, tudia.. dok kat Batu Pahat, Tawau, sana. Orang SP sendiri yang tengah dok luar kawasan pun taktau cerita. Piii.. 3. Boleh tak jangan dok buat teghok sangat seolah-olah nak habaq kat semua orang kata hang 3line. SZ: Bersatulah atas nama Islam. Bukan hanya perjuangkan ketuanan Melayu sehingga Islam jatuh no.2.
| ||||||
Catatan Perjalananku...: Hujung Minggu <b>di Sungai Petani</b>, Kedah (6 <b>...</b> Posted: 07 Apr 2013 09:44 PM PDT Aku baru kembali dari menyertai kejohanan catur "1st Kedah Open FIDE Rated Rapid dan Blitz" yang diadakan di Cinta Sayang Resort di Sungai Petani, Kedah. Kalau ikutkan aku belum bersedia untuk bertanding, tapi kalau asyik tunggu masa je bila nak bersedia, alamat tak main lah aku jawabnya. Rasa kempunan pula kalau asyik tangguh-tangguh niat tu. Dah lama juga tak jumpa rakan-rakan sekuliah di Arau yang menetap di Sungai Petani, dan kejiranan Pulau Pinang, jadi aku kena ambil kesempatan ini untuk bertemu mereka, dan melepas gian bermain diatas papan pada 6-7 april baru ini. Aku bertolak ke Sungai Petani menaiki bas pada Jumaat malam daripada Kuantan (kalau ikutkan memang penat, tapi aku tak ada pilihan, aku baru lagi bekerja, mustahil untuk memohon cuti buat masa ini). Sampai di Sungai Petani pada pagi subuh jam 5.40am pada hari pertandingan. Aku dah biasa tidur walau dimana sahaja aku rasa nak tidur, jadi untuk kata aku penat sangat, aku rasa setakat nak bertahan sehingga round ke-4 bukan lah misi mustahil. Yang menjadi persoalan sekarang ni, boleh ke aku bertahan baki lagi 2 pusingan (round 5 dan 6)? huhuhu. Sampai je di SP, aku menelefon organiser kejohanan. Telefon tak angkat-angkat, "ah, sudah!" getus hati aku, "mesti tidur lewat ni, tak sedar telefon berbunyi". Nak marah pun ada juga, ye lah, dah le kali pertama aku sampai di SP, dengan keadaan gelap gelita dan persekitaran yang asing bagi aku. Nak je aku telefon kawan aku, tapi bila mengenangkan dia tengah sarat mengandung kesian pula, lagipun kami dah janji nak jumpa petang selepas game aku nanti. Aku terus-terusan menelefon Organiser ni. Tak jawab-jawab. Azan subuh dah lama kedengaran. Dek kerana tak nak tinggal solat subuh semata-mata kerana perkara kecil ni, baik la aku ambil tindakan ke Cinta Sayang Resort tu terus. Kebetulan, bas tu drop off penumpang di stesen teksi, aku pun mengambil teksi tu. Nasib baik la uncle keturunan India tu baik orangnya, dia terlalu teruja bertemu dengan orang daripada Kuantan. Peramah betul menceritakan sepanjang 15 tahun hidup di Kuantan, dan menerima kelahiran anak bongsu beliau di Kuantan. Tak sampai 15 min, aku sampai di Resort. Mencari orang untuk bertanya, alamak! Kenapa tak ada orang kat Resort ni, masa dah suntuk untuk solat ni. Mencari sendiri tempat untuk solat, alahai, nampak signboard jalan tu, tapi gelap gelita la pula untuk menapak. Alhamdullillah, terjumpa pekerja resort tu, buat muka tak malu bertanya "surau kat mana ye?" dia memberitahu arah yang gelap gelita tu. Aku pun cakap la, "gelap nak lalu laluan tu". Kemudian muncul seorang lagi pekerja dengan muka macam baru bangun tido, aku bertanya lagi "saya nak ke surau, laluan ke surau tu gelap, ada tempat lain ke?". Terus dia menelefon walkie talkie, disuruhnya pengawal keselamatan buka lampu. Tak lama selepas itu dia berkata kepada aku, "ikut dia tu" sambil menunjuk arah wanita yang aku mula-mula bertanya soalan tadi. Aku menaiki kereta wanita tersebut untuk ke Surau. Alhamdullillah, Allah SWT permudahkan aku untuk menunai kewaijpan kepadaNya. Syukur sangat-sangat. Setelah selesai solat, dan berdoa, dan mood kemarahan aku reda, barulah aku berani mengangkat telefon teman sebilik organiser tersebut. Sambil memberitahu aku berada di Surau, dan baru selesai solat. Phew! badan dah mula terasa penat. Aku gagah menelan makan tambahan untuk memberi tenaga. Hari dah pun siang, jadi agak berani la untuk melangkah ke lobi hotel daripada surau. Sampai sahaja di lobi, sebaik melabuh punggung ke sofa, aku disapa oleh rakan baik dan suaminya yang juga kenalan catur semasa aku dan dia masih dibangku sekolah. Alangkah gembiranya aku. Tak lama selepas itu, Nik dan organiser datang bertandang. Marah dah reda, cuma kena tunjuk juga kemarahan untuk dijadikan pengajaran.. hehehe.. acting skill kena lah tunjuk sikit..hehehe. Jangan buat macam tu lagi no.. Selepas sarapan pagi bersama rakan baik dan suami, kami terus menuju ke dewan kejohanan yang terletak di luar Resort, namun berhampiran iaitu di Carnivall. Dewan kejohanan terletak disitu. Nanti aku ceritakan detik pengalaman sepanjang pertandingan berlangsung dientri selepas ini.. Jeng Jeng Jeng.. hehehe |
You are subscribed to email updates from di sungai petani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan