Sabtu, 13 April 2013

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


BLOG CIK INTAN BERLIAN: PEMANDANGAN <b>DI</b> SG <b>YAN</b>, <b>KEDAH</b>

Posted: 05 Apr 2013 04:46 AM PDT

Sebelum tu nak tanya, sapa ada sms saya tanya pasal nak jadi agen produk gluta? saya  x ada credit nak reply...dah reply dgn hp husband tapi x ada reply..boleh saya tau sape ya? sebab x ada save number. sekian. 
Layankan gambar kg saya di Sg Yan, Kedah. Line MAXIS serius giler..Hijau je line! Tapi dah bayar dah...line problem.. Segalanya lambat.. Sampai nak terjah rumah kawan-kawan pun lambat Ya Allah..maafkan saya.... ni pon nak up entry dari petang tadi. huh

* SAWAH PADI TU BELAKANG RUMAH SAYA..POKOK KELAPA TU PON BELAKANG RUMAH SAYA..KOH KOH..ENCIK FIRDAUS TOLONG JADI MODEL SAYA..AHAKS!

Tempat Penginapan <b>di Yan, Kedah</b> | utara dan selatan

Posted: 11 Jan 2013 07:46 AM PST


Ewah dah macam tahun melawat Kedah la pulak kan tiba-tiba buat entry berkaitan penginapan di daerah Yan, Kedah. Sebenarnya ni salah satu entry review berkaitan perkahwinan i november lepas. Memang semua sedia maklum kalau buat event kenduri mesti ramai saudara-mara, kawan-kawan dan family pengantin lelaki datang. Jadi tempat penginapan sampingan sangat diperlukan memandangkan rumah i agak sempit. 
Daerah Yan bukan lah maju macam bandar besar yang tersangat berlambak hotel berbintang, motel, resort dah sewilayah dengannya. Tapi bukanlah sampai tahap tak ada tempat penginapan langsung. Untuk pengetahuan semua, (hahaha.. tiba-tiba tergelak sendiri dengan ayat skema itu) daerah Yan adalah daerah pelancongan. walaupun tak ada hotel motel grand berbintang-bintang, tapi daerah Yan ada banyak homestay dan chalet. Masih mengekalkan budaya sopan santun kampung gitu. 
Kesuma Homestay ni terletak di Taman Pantai Murni yang berdekatan dengan Pantai Murni. Jadi pagi petang siang malam boleh dengar ombak menderu. I booking Kesuma Homestay ni untuk family in law.   
Kesuma Homestay ni ada sediakan tiga rumah tapi i cuma  booking dua rumah sahaja. Kesuma 1 dan 2 . Untuk Kesuma 1 ada lima bilik (RM350) dan Kesuma 2 ada tiga bilik (RM180).  Selain menyewa secara sebuah rumah, perkhidmatan menyewa bilik sahaja pun disediakan. harganya lebih kurang RM70 semalaman. Perkhidmatan menyewa rumah dan tapak untuk dijadikan rumah kenduri pun disediakan juga. Senang kan tak payah nak leceh mengemas rumah sendiri. 
Feedback dari family in law kedua-dua homestay ni selesa, bersih, ada kemudahan penghawa dingin dan televisyen. KESUMA HOMESTAY - 0124310685 . 
Juga terletak di kawasan Pantai Murni. Homestay ni i booking untuk  saudara dari Pahang. Alasan utama i pilih homestay di kawasan Pantai Murni sebab dekat dengan rumah i. tak sampai 5 minit perjalanan pun :)
Walaupun rupa paras dari luar nampak kurang cun, tapi kemudahan di dalam homestay ni sangat memuaskan. Terdapat 3 bilik dan 2 bilik air. Lengkap dengan semua kemudahan seperti dapur, televisyen, perabot dan penghawa dingin. Rate untuk 1 malam adalah RM150. 
Pemandangan dari luar tingkap dan pintu. Angin sepoi-sepoi bahasa yang sangat ohsem! HOMESTAY PANTAI MURNI -0194938466 / 01114710424
D'Yan Chalet adalah milik Majlis Daerah Yan. Terletak di Air Terjun Titi Hayun. Memang syok tidur sambil dengar bunyi air terjun. Lepas bangun tidur terus boleh terjun ke dalam air. sangat nikmat! haha. 
I booking 3 chalet untuk kawan-kawan dari Johor. Rate untuk 1 malam adalah RM70. Pemandangan dan suasana memang dijamin sangat tenang. Cuma lokasinya agak  gelap pada waktu malam. Jarak dari rumah i lebihkurang 8kilometer sahaja. untuk maklumat lanjut lagi boleh visit website MDY.
sekian review tempat penginapan . daaa :) 

Lepak memancing <b>di</b> Pulau Bunting <b>Yan Kedah</b> | Memancing.Net

Posted: 11 Mar 2013 12:19 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Lepak memancing di Pulau Bunting Yan Kedah Aktiviti lepak-lepak ambil angin petang di jambatan Pulau Bunting yang terletak di Yan Kedah.Di sini juga tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti memanci…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan