Jumaat, 17 Mei 2013

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


Qirah Isa: Burger Terbaik <b>di Jitra</b>

Posted: 14 May 2013 09:47 AM PDT

assalamualaikum

sekarang mood aku tengah baik sangat sebab baru lepas isi tangki besar ni. hehe. beralih selera sikit-sikit, nak kurangkan makan nasi kononnya padahal nasi tak salah pun. yang salah sebab tuan punya tangki tu ha. makan tak ingat dunia.

kalau duduk sekitar Jitra, ada 3 tempat yang jual burger sedap. satu, burger kat area Taman Siswa, dekat food court area kedai rawatan resdung tu. sedap sangat. terasa lada hitamnya yang halus, daging yang tak kering dan berjus, lepas tu cara penyediaan pun kemas dan bersih. paling tabik sebab depa akan tutup waktu maghrib. sebiji burger biasa RM2.50 sahaja. kampung aku pun sebiji RM2.70. try la beli burger sini.

yang kedua adalah burger Haikal, depan Yawata. dulu aku fanatik betul dengan burger Haikal ni, tambah-tambah burger ikan dia. tapi makin lama, servis dan serving dia makin tak memuaskan. kalau tak tahan menunggu, kadang-kadang setakat 30 minit pun tak tentu dapat lagi order kita sebab ramai sangat yang membelinya. bila dah dapat, daging rasa macam tak berapa masak dan kering. roti pulak penyet. aku tak suka burger roti penyet. lama-lama, obsesi dekat burger Haikal tinggal kenangan.

tapi paling aku nak rekemen ialah burger Lebai yang terletak di pekan Jitra, area KFC. dia dalam foodcourt, tapi kalau lalu tepi jalan dah boleh nampak sebab dia duduk depan sekali. orang yang kerja sini semuanya lelaki yang berlebai putih. hihi. bukan setakat burger, set burger (burger, fries dan salad), ada chicken grill, steak, chicke chop, piza panas yang disediakan ikut permintaan dan macam-macam lagi makanan barat.

ini memang terbaik! chicken grill, yang sangat lembut dan rasa semua rencahnya, RM8.50 sepinggan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan