02 di kuala kedah - Google Blog Search |
43 pengundi hantu di 6 rumah <b>di Kuala Kedah</b> - Harakahdaily Posted: 27 May 2013 04:17 AM PDT PETALING JAYA: Kewujudan pengundi hantu menjadi isu paling utama yang mempersoalkan perjalanan PRU13, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) dalam kenyataannya. Menurut laporan-laporan yang telah dibuat sebelum, semasa dan selepas hari mengundi, pengundi hantu ini dipercayai didatangkan dalam dua bentuk; iaitu rakyat asing yang diberikan kad pengenalan dan mengundi; serta pengundi rakyat Malaysia yang mengundi lebih dari sekali kerana didaftarkan di beberapa tempat. Beberapa hari sebelum hari pengundian, jentera Barisan Nasional di seluruh negara giat mengedarkan slip-slip mengundi yang menyatakan tempat dan saluran mengundi dari rumah ke rumah. Slip-slip ini diambil dari daftar undi induk yang dikeluarkan oleh SPR. Menurut Rafizi, di seluruh negara, banyak berlaku kejadian slip undi yang diedarkan oleh Barisan Nasional itu menunjukkan wujudnya pengundi-pengundi tidak dikenali yang didaftarkan di alamat-alamat dalam kawasan tertentu. Banyak pemilik dan pengundi asal di alamat-alamat tersebut telah tampil membuat laporan polis mempersoalkan kenapa ada pengundi lain yang didaftar dengan ramai di alamat mereka, sedangkan mereka telah tinggal di alamat itu dari awal dan tidak pernah mengenali nama-nama yang didaftarkan, kata Rafizi. "Saya sendiri membantu membuat 2 laporan polis di Pandan berhubung kejadian ini pada hari pengundian. "Hari ini, saya tampilkan 5 laporan polis yang dibuat berasingan di Parlimen Kuala Kedah yang menunjukkan bahawa 43 orang yang tidak dikenali telah didaftarkan di 6 buah rumah di dalam satu taman, iaitu Taman Sri Putra," kata Rafizi dalam kenyataannya. Beliau juga sertakan satu salinan Borang 10A yang dikeluarkan oleh SPR sendiri di Parlimen Kuala Kedah, yang mengesahkan bahawa seorang pengundi iaitu Lim Tiek Hong dinafikan hak mengundi kerana ada orang lain telah mengundi bagi dirinya. Laporan-laporan polis dan Borang 10A yang dikeluarkan sendiri oleh SPR mengesahkan bahawa keraguan wujudnya pengundi hantu yang didaftarkan berkali-kali ada asasnya. Kejadian seperti ini di seluruh negara memperkukuhkan persepsi rakyat bahawa PRU13 penuh dengan penipuan dan SPR tidak mempunyai kewibawaan untuk mempertahankan satu proses pilihanraya yang adil, bersih dan telus. "Oleh yang demikian, saya menyeru kepimpinan SPR untuk memberikan penjelasan yang masuk akal mengenai kejadian-kejadian ini kerana ada laporan polis khusus yang dibuat mengenainya. "Saya juga menyeru supaya pasukan polis mula membuat kenyataan mengenai pelbagai laporan polis mengenai penyelewengan pilihanraya yang telah dibuat selama ini," seru beliau. Jika 43 pengundi yang diragui boleh wujud di satu taman di Parlimen Kuala Kedah hanya di 6 buah rumah, bayangkan berapa banyak pengundi hantu yang sebegini yang boleh didaftarkan di seluruh negara, tambah beliau. |
43 Nama Pengundi Ragu Didaftarkan <b>Di Kuala Kedah</b> - Selangorku Posted: 27 May 2013 02:51 AM PDT PETALING JAYA 27 MEI : PKR mendakwa wujud 43 nama pengundi yang tidak dikenali yang didaftarkan di enam rumah di satu taman di dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah. Bukti tersebut berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh penghuni sebenar enam rumah tersebut di Taman Sri Putra Kuala Kedah yang menyatakan alamat mereka digunakan oleh 43 pengundi-pengundi ragu itu. Kewujudan pengundi-pengundi itu disedari penghuni rumah tersebut apabila mereka menerima kad pengesahan butiran pengundi di rumah mereka. Kad itu menyenaraikan kesemua pengundi yang didaftarkan di alamat tersebut. "Saya menyeru kepimpinan SPR memberikan penjelasan yang masuk akal mengenai kejadian ini kerana laporan polis khusus yang dibuat mengenainya," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli. Rafizi berkata kewujudan pengundi ragu di Parlimen Kuala Kedah dikuatkan lagi dengan laporan Borang 10A daripada Suruhanjaya Pilihanraya sendiri yang dikeluarkan terhadap seorang pengundi, Lim Tiek Hong. Borang tersebut dikeluarkan terhadap Tiek Hong sebagai penjelasan mengapa beliau tidak diberi kertas undi. Pengawai SPR di tempat mengundi Sekolah Kebangsaan Peremba mendapati jari telunjuk kiri Tiek Hong tidak ditandakan dengan dakwat kekal. Tetapi rekod SPR menunjukkan bahawa kertas undi telah dikeluarkan untuk nama tersebut. Jelas Rafizi, Borang 10A yang dikeluarkan sendiri oleh SPR mengesahkan wujudnya pengundi hantu di dalam PRU-13. Setakat ini pihak Pasukan #Siasat PRU-13 menerima tiga salinan Borang 10A yang diberikan kepada pengundi yang tidak diberikan kertas mengundi. Pendapat Anda |
You are subscribed to email updates from di kuala kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan