02 di kuala ketil - Google Blog Search |
KedahLanie.info: KUIN <b>Kuala Ketil</b> berjalan lancar sesi <b>...</b> Posted: 27 Apr 2013 10:20 PM PDT Sesi pembelajaran di KUIN Kuala Ketil berjalan lancar KUALA KETIL – Tohmahan yang menyatakan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN), di sini akan ditutup adalah tidak benar apabila proses pembelajaran dan pentadbiran berjalan dengan lancar. Pendaftar KUIN, Dato' Latifah Hasan menjelaskan bahawa masalah penginapan pelajar yang berlaku sebelum ini telah selesai kerana pelajar yang ada sekarang dipindahkan ke asrama yang disediakan oleh KUIN di kawasan berhampiran dan ada yang menyewa rumah sendiri. "Tetapi penginapan untuk pelajar-pelajar yang belum berpindah ke sini masih belum ada kerana Taman Insaniah belum siap sepenuhnya, kemungkinan besar mereka akan berpindah ke sini pada bulan Disember ini. "Selain itu, kita sedang membina asrama 'fast track' untuk pelajar-pelajar baru yang akan memuatkan seramai 1000 orang dan dijangka siap pada bulan Jun ini," katanya ketika ditemui. Beliau turut menjelaskan bahawa kelengkapan yang ada di KUIN semasa mula-mula masuk adalah cukup lengkap dan selesa berbanding universiti lain kerana semasa permulaan pembukaan UUM, masih terdapat jentera yang keluar masuk dalam universiti itu. "KUIN akan terus berkembang dan sekarang kita mempunyai 47 program, kita akan memantapkannya terlebih dahulu, jangan bimbang kerana sesiapa pun yang memerintah Kedah pasti akan meneruskan impian negeri Kedah untuk memiliki sebuah universitinya sendiri, yang dasarnya adalah Islamik. "Apa yang saya suka dengan KUIN adalah kerana ianya menggabungkan pengajian Islam dan konvensional, tambahan pula trend masyarakat sekarang ni yang sudah kembali kepada Islam," katanya. Tambahnya, KUIN telah memulakan sistem pendidikan seperti ini lebih awal. Setiap kuliah yang ditawarkan di KUIN menggabungkan Islam. Sebenarnya sistem ekonomi yang dipelajari dahulu adalah sistem ekonomi bukan Islam. Maka, kini pihaknya mahu semua sistem menjadi Islamik contohnya perbankan Islamik dan perubatan Islamik. Sistem KUIN adalah sama seperti UIA dan KUIN adalah seperti anak kepada UIA. KUIN akan berkembang ke arah itu dan beliau berharapĂ‚ IPTA di Malaysia juga akan berubah ke arah Islamik. |
You are subscribed to email updates from di kuala ketil - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan