Isnin, 6 Mei 2013

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


KedahLanie.info: Gelombang Sokongan <b>Di Langkawi</b> Boleh <b>...</b>

Posted: 02 May 2013 07:00 PM PDT

Rata-rata maklum akan usaha kerajaan negeri yang dilihat selama 5 tahun telah mengatasi BN dalam banyak perkara.
Selain program kebajikan seperti pemberian Skim Kafalah, bantuan ke IPTA, sumbangan kepada guru Quran dan bidan kampung, paling terkesan kepada penduduk ialah penyelesaian kepada banyaknya isu tertangguh terutama berkaitan pemilikan tanah dan penggunaan kawasan. Penduduk turut melihat perkembangan itu disumbangkan dari struktur pentadbiran yang kian tersusun menerusi peranan Majlis Ketua Kampung/Komuniti (MKK) dan komitmen jentera politik Pakatan Rakyat dalam mendekati penduduk. Malah, perkhidmatan baik yang diberikan menerusi Pejabat Adun Angkat tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan warna politik turut dirasai kesannya oleh penduduk. Begitu juga media baharu yang menjadi sumber kebanyakan penduduk dalam memperolehi maklumat alternatif hingga mengupayakan penilaian semasa. 

Ketika sama, anggota BN masih bersikap menjaga kepentingan sesama mereka dan tidak aktif menyelesaikan sebegitu banyak isu tertunggak serta palitan isu korupsi yang sukar ditepis lagi. Lebih malang untuk BN apabila banyak kesan tindakan mereka dari pemerintahan dahulu yang memberi kelebihan kepada kroni, secara tidak langsung telah menindas hak kepada pihak lebih ramai seperti persatuan-persatuan berkaitan. Menghadapi PRU13, situasi di kem BN kian gawat dengan protes terhadap calon dan pelbagai ketidakpuasan hati sesama anggota mereka.
Menjengah kempen PRU13 khususnya calon PAS N.01 Ayer Hangat, Zubir Ahmad mendapati penduduk tidak lagi sangsi menerima kehadiran jentera kempen PAS ke kediaman mereka. Malah, disebalik begitu banyaknya bendera Umno dan BN dipasang di teratak mereka dan laluan masuk ke kampung, reaksi dan pengakuan diungkapkan sebaliknya. Reaksi juga dilontarkan menerusi 'isyarat' senyuman, lambaian tangan dan tanda bagus.
"Kita bagi (undi) diam-diam sajalah. Dulu arwah (suami) pun dia (undi) diam-diam juga," kata seorang wanita warga emas kepada Harakah yang menjadi salah satu contoh 'isyarat' mereka.
Menurut Zubir, selama lebih seminggu beliau berkempen, tidak lagi ditemui reaksi seperti dahulu di mana hinggakan ada yang enggan menerima kehadiran jentera PAS ke rumah mereka. Sebaliknya ujar beliau, suasana semakin berubah dan kehadirannya ke banyak lokasi termasuk yang sebelum ini dikenali sebagai 'kubu' BN telah diterima dengan terbuka.
Selain aktif menjalankan ziarah dari rumah ke rumah, rutin Zubir turut disusun untuk mengadakan pertemuan kelompok dengan golongan anak muda, persatuan-persatuan nelayan dan petani serta jabatan yang terdapat dalam Dun Ayer Hangat. Malah, rayuan undinya turut meluas hingga ke Hospital Langkawi menemui pengundi yang sedang menerima rawatan.
Manakala Pemuda pula menyusun aktiviti mendekati kelompok-kelompok anak muda terutama minum petang. Sedang Muslimat pula gigih mengadakan ulangan ziarah ke atas sasaran cula disamping majlis-majlis solat hajat dan bacaan yasin. Selain ceramah yang menjadi kempen 'tradisi' PAS, majlis kenduri juga banyak diawalkan dari jadual asal sebagai medan berkempen.
Dengan usaha dan kedudukan yang semakin kukuh itu, Pakatan Rakyat Langkawi hanya memerlukan sedikit sahaja lagi lonjakan undi. Pun begitu, hasrat tersebut dapat dinafikan oleh penipuan pengundian di mana usaha memasukkan pengundi hantu dari Selatan Thailand dikesan telah dilakukan. Ia juga sebahagian dari 'projek kad pengenalan' yang diatur sejak dahulu untuk tujuan itu di mana peranan pihak berkuasa juga telah ditekan oleh ahli politik berkepentingan. Kini segalanya bergantung kepada sokongan penduduk untuk menenggelamkan BN dengan gelombang sokongan yang lebih besar bagi memastikan sumbangan pertambahan majoriti kerusi ke Dun Kedah dapat direalisasikan.

puterism: Luka itu sembuh.... <b>di Langkawi</b>!

Posted: 29 Apr 2013 10:17 PM PDT

Minggu lepas kena out station ke Langkawi - Jumaat sampai Ahad. 3 hari je pun, tapi rindunya kat Lope & Obiya. Rasanya inilah kali pertama pergi outstation tak bawak mereka berdua. Tidur malam paling sensara sebab saya teringin nak kiss pipi Lope & nak peluk Obiya yang mantops tu. Rindu sungguh. Sepanjang ke Langkawi, letih ya amat. Langkawi lebih panas berbanding Putrajaya. Sebelum ke Langkawi, memang dah seminggu jari saya luka -- luka sebab allergic sabun.
Mula-mula, dia jadi macam ni.


3 hari selepas tu, jadi makin teruk. Jadi macam ni pulak..
Ya Allah. Sakit yang amat. Kulit tangan memang cap ayam sungguh. Bila banyak-banyak sangat basuh & cuci pinggan, inilah jadinya. Semenjak sakit jari ni, terima kasih banyak-banyak untuk Encik Bubu yang sama-sama tolong buat house chores. Tapi, apa yang magicnya (dengan izin Allah) sebaik sahaja landed di Langkawi pukul 12 tengahari, 4 jam kemudian, jari saya dah jadi macam ni.


Rasanya udara di Langkawi mampu menyembuhkan luka-luka kecil kat jari ni, waallahuaklam *sambil kasi hint kat Encik Bubu kami kena datang untuk bawa Lope & Obiya* Saje je nak tempek kat sini my new addiction :

OK. In sha Allah, dalam tahun ni akan datang lagi ke Langkawi. Kali ni, nak bawa Lope & Obioya pergi island hoping pulak.

Till then, take care. Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan