Ahad, 5 Mei 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


KedahLanie.info: UMNO bergelora <b>di Pokok Sena</b> : Puak Said <b>...</b>

Posted: 29 Apr 2013 08:00 PM PDT

Oleh WTKO
Setelah merajuk banyak hari semalam Said Ali Syed Rastan turun di bilik gerakan Seri Derga. Sebelum ini ada beberapa kali perjumpaannya di rumahnya kerana tidak puas hati untuk calon Pokok Sena diberikan kepada muka baru Datuk Sahlan Ismail. Said Ali telah banyak habis duit untuk menjadikan dirinya calon.

Saya difahamkan daripada bilik gerakan bahawa, ramai berbisik "tu nak tunjuk muka.. datang pun macam orang baru bangun tidur". Ini kerana dia datang dengan selamba tanpa sebarang persiapan sekadar nak tunjuk muka kononnya dia dah membantu calon baharu!!

Said Ali dikatakan mungkin tidak terasa hati jika diberikan N10 Dun Bukit Pinang, kalau bukan Parlimen. Tapi malangnya pucuk pimpinan dan dipercayai dipengaruhi oleh Muhriz untuk menyingkir orang-orang lama yang banyak berjasa dengan UMNO. Tapi orang yang tidak dikenali seperti Mokhtar Md Noor pula diangkat jadi calon.

Mengikut sumber "Setelah kena Warning", Said Ali mengalah untuk turun membantu kerana dia adalah Pemantau UMNO Bahagian Pokok Sena. Walau bagaimanapun dia masih meminta penyokongnya membuat undi protes pada 5 Mei nanti untuk mengajar 'tangan ghaib' dalam UMNO Kedah.





Mengikut sumber yang kami dapat, undi protes di Kedah termasuk Parlimen Pokok Sena pasti membuatkan Kedah lebih selesa kepada Pakatan Rakyat kali ini.

Bukan sahaja di Parlimen Pokok Sena, malah Dun Derga, Dun Bukit Lada dan Dun Bukit Pinang pasti akan dapat kepada Pakatan Rakyat. Said Ali dan beberapa orang lama telah membuat penjajian 'hidup mati' untuk memastikan calon daripada 'tangan ghaib' akan lebur pada PRU kali ini.

MAMPOS UMNO KEDAH!!! KAH KAH KAH

naufalengine: saya mengundi <b>di Pokok Sena</b>

Posted: 27 Apr 2013 07:15 PM PDT

Sekarang semua orang bermood nak berkempen. Orang yang tak berminat nak bercakap pasal politik pun nak bercakap pasal politik (include me)..
Sewaktu proses penamaan calon, saya berada dikampung. Esoknya, saya keluar bersarapan pagi bersama kawan digerai roti canai kat pokok sena tu. Ops, pokok sena pada PRU12 telah ditawan oleh abang PAS makanya terpaksa la pakcik BN bekerja keras untuk memastikan pada PRU13 ni dia berjaya menakluk semula pokok sena. Nampaknya kedua-dua abang dan pakcik bekerja keras menggantung bendera, ceramah politik melebihi ceramah agama dan artis-artis pun dah kenal kampung saya.  Tahun ni, baru nampak masyarakat malaysia sangat kreatif, bendera tu boleh dibentuk membentuk macam2. Ada bentuk cincin berlian 24K, ada bentuk jam rolex 2juta, bentuk roket, bentuk ambulan, bentuk helikopter, bentuk kapal terbang, bentuk kapal selam, bentuk macam-macam lagi.. banyak betul duit depa semua cetak bendera banyak-banyak nak buat bentuk-bentuk tu semua.. patut la tahun ni bila isi LHDN terasa sangat ketidak pengurangan bila dah claim.. Walau dah claim segala yang patut claim seperti dulu2, kalau dulu dia boleh cover sampai dekat RM200 tahun ni dia Cuma cover tak sampai RM20 dan saya still terpaksa bayar the rest.. tension betul. Apa yang hampa buat ni kerajaan.. kata rakyat didahulukan.. nasib baik kena isi LHDN betul-betul sebelum pilihanraya....
Eh, terlupa pulak, pasal makan roti canai kat gerai. Tengah saya dan izzati makan, tetiba datang segerombolan pakcik2 dan makcik berpakaian segak bergaya. Kami pun boleh la mengagak, mesti depa nak pancing undi, depa pun datang tanya orang mana apa semua.. Then, pegi duduk tanpa order makan dan minum dan pastu blah pergi. Kemudian datang la adik gerai tu kira semua dan bagitau pakcik tu bayar untuk semua orang, dia belanja.. Alhamdulillah syukur tapi balik tu terpikir adakah dia belanja tu dikira sebagai memberi rasuah supaya mengundi pakcik BN tu atau bagaimana? Kalau tetiba hari mengundi saya tertukar fikiran taknak mengundi dia macam mana? Nak kena pi bayar balik dekat pakcik tu ke? Pening kepala pikir (cewah).. Sebenarnya pakcik BN tu bukan setakat bayarkan harga makanan dan minuman semua kat gerai tu tapi dia dan kawan-kawannya juga telah mendepositkan sejumlah wang waktu awal-awal depa masuk kedai ke dalam apron abang yang tengah masak roti canai, abang yang tengah bancuh air dan adik tukang kira harga makanan termasuk sesapa yang pakai apron kat dalam gerai tu, dan itu adalah deposit bukan harga makanan.. Banyaknya duit pakcik.. Kalau pakcik duduk makan sekali kat gerai tu mungkin saya tak nampak sangat kekotoran strategi tersebut tapi sebab pakcik pun tak makan kat gerai pastu pakcik belanja kami yang makan kat gerai tu, pakcik tau tak yang saya terasa sangat.. (pakcik buat saya dan kawan saya macam tak berharga, hahaha).. Saya tau pakcik dan kawan-kawan tak makan kat gerai, mesti pakcik dan kawan-kawan makan kat Nasi Kandar Yasmeen (kecik hati lagi)
Semalam saya ke rumah kakak saya dan saya tau kakak saya ni pengundi atas pagar dan sangat berkemungkinan besar dia taknak pegi mengundi sebab dia konon-konon nak menangkan pemimpin yang disokong suaminya tapi dalam masa yang sama dia nak sokong pemimpin lain jugak. Adiknya yang ilmu sejengkal ni pun mula la berkempen... Berkempen supaya dia mengundi..
"Kak, mengundi ni tanggungjawab.. Kat TV tu siap ada lagu lagi suruh pi mengundi, bila dah jadi tanggungjawab dah jadi kewajipan. Kita kena pilih pemimpin bukan untuk kita sorang tapi untuk ni budak-budak tak cukup umur yang tak boleh bersuara untuk depa sendiri. Hampa budak-budak yang tak cukup umur ni jangan menggedik sangat pasai politik, tunggu dan lihat, umur 21 nanti pi mendaftar dan pastu pilih sapa yang hampa rasa terbaik (ini untuk anak-anak sedara)."
Pastu kakak saya pun suarakan yang dia tak suka pembangkang kerana depa buat macam-macam manifesto yang tak logik.
"Sapa kita nak tau benda tu logik ke tak selagi kita tak cuba. (Bila anda seorang penyelidik, anda hanya akan percaya benda tu doesnt work hanya apabila keputusan eksperimen mengesahkan, teori tak akan diterima selagi praktikal tak mengesahkan.) "
"Kita mengundi bukan ikut ideologi politik keluarga.. Kita mengundi berdasarkan hasil pemerhatian dan kajian kita tentang pimpinan yang kita nak pilih. Sepatutnya, kita kena banyak membaca, kaji dan teliti setiap parti dan pemimpin yang kita nak pilih, Tapi kita ni malas dan kita tak banyak membaca. Macam mana kita nak tau sapa betoi sapa tak berapa betoi. Kita tak boleh dapat maklumat dari TV, TV tu macam lalang, sapa bayar lebih dia dapat siaran lebih. TV pun nak bayar staf dia, nak bagi bonus banyak macam petronas, jadi depa kena la bijak jugak berpolitik. Kita ni yang kena be serius. Kalau dah tak membaca, tak kaji kita nak pilih macam mana? (ini adalah pandangan peribadi saya) Jadinya kita tengok ustaz-ustaz pakar-pakar hukum hakam agama kata apa, apa pilihan depa.. Kita tengok dimana ulama-ulama tu? Sapa lagi kita nak ikut kalau bukan ulama. Sekurang-kurangnya kita ikut orang yang pandai dan kaji tentang Islam, mesti depa dah kaji semua sebelum buat keputusan. Depa adalah golongan yang banyak membaca dan banyak mengkaji, bukan macam kita kaji TV dan paper.."
Betul tak? Dah kita pun tak membaca dan mengkaji apatah lagi memahami, ikutlah golongan agamawan dan ilmuan yang telah menjalankan kajian dan mesyuwarah. Kata Ustaz Hasrizal, "seorang penulis perlu lebih banyak membaca dari menulis (izzati yang bagitau)". Saya sangat kagumi ustaz hasrizal, dia seorang yang banyak membaca dan mengkaji, walaupun sibuk berceramah.. Dan dia seorang yang lantang bersuara (yang ni melalui buku, blog dan facebook).
Akhir kata, buatlah pilihan yang terbaik. Selamat mengundi. Selamatkan bumi kita, warisan kita kepada generasi selepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan