ads

Rabu, 15 Mei 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di pokok sena - Google Blog Search


Baiknya Tun Mahathir, Didoakannya Mahfuz Supaya Jadi Orang <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2013 07:42 PM PDT

'Jelajah' Tun Dr. Mahathir di Kedah terutama di Pendang dan Pokok Sena, ternyata membuahkan hasil yang amat lumayan. Ternyata orang tua itu masih mempunyai aura yang tersendiri. Rakyat masih melihatnya sebagai tokoh yang berwibawa dan disukai ramai, biarpun para pecacai Pakatan Rakyat cuba menggambarkan Tun Mahathir sebagai diktator tua yang sedang bermain tahi sendiri. 

Tiada yang lebih menarik selain lawatan dan ceramahnya di Pokok Sena, kawasan yang diharapkan oleh Mahfuz akan memberikannya mandat pada PRU kali ini. Walaupun ada ura-ura yang Mahfuz akan menyerahkan Parlimen Pokok Sena kepada orang lain dan dia mencari DUN yang lebih selamat di Kedah untuk ditandingi, hakikatnya, Mahfuz Omar tidak ubah seperti beruk yang sedang dipanggang dek api pada lubang punggungnya. 

Tiadalah yang lebih menarik selain daripada Tun Mahathir membacakan doa ringkas dan diaminkan oleh sekalian hadirin agar Mahfuz kembali menjadi  manusia yang berfikiran waras dan tidak lagi suka mengkafirkan orang!

Kesian Mahfuz Omar. Bertahun-tahun dia cuba menyemai kebencian rakyat terhadap Tun Dr. Mahathir. Alih-alih apabila Tun Dr. Mahathir menggunakan sedikit sahaja pengalamannya, Mahfuz boleh terduduk dan menyondol tanah. 

Sesuatu yang menarik ialah, ketika Tun Dr. Mahathir 'menegur' Nik Aziz terutama tentang perangainya, tentang 'makan ubat sebelah malam' dan tentang dakwa-dakwinya yang serba menyesatkan, alih-alih sahaja, Nik Aziz yang berada di Batu Pahat jatuh terduduk dan dikatakan mengalami kecederaan. 

Mungkin ianya suatu kebetulan, tetapi kebetulan itu jugalah yang paling menarik untuk diperkatakan!

Sebabnya, sudah terlalu banyak kekarutan yang seringkali dikaitkan dengan kemaksuman dan kewalian Nik Aziz. Sehingga timbul cerita, dah beberapa orang yang ditimpa musibah kerana menghina Nik Aziz. 

Sekarang, Nik Aziz pula yang sedang ditimpa bala bencana. Tentu sekali Mahathir tidak mendoakan kecelakaan buat Nik Aziz. Jauh sekali mendoakan kematian untuk Mursyidul Am PAS itu. Sebaliknya sama seperti dia mendoakan Mahfuz, Nik Aziz juga didoakan dengan doa yang baik-baik, bukannya K.O Nik Aziz, Pecah Perut dan segala macam doa pelik-pelik yang telah menjadi ritual Nik Aziz sehari-hari.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved