Jumaat, 24 Mei 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Tempat-Tempat Menarik <b>di Sungai Petani</b>, Kedah Yang Boleh Dilawati

Posted: 11 Apr 2013 12:49 AM PDT


SUNGAI Petani adalah bandar kedua terbesar di Kedah selepas Alor Setar. Pembangunan pesat di sini seiring dengan prospek pelancongan yang ada di bandar ini.
Bagi pelancong yang mahu berkunjung ke sini, De Selesa Homestay Sungai Petani menyediakan kemudahan penginapan yang sangat selesa. Dengan jaringan jalan raya, pengangkutan udara dan kereta api yang selesa dan cepat.

Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa antara empat hingga lima jam ke De Selesa Homestay Sungai Petani. Menyeberangi Sungai Muda yang memisahkan Seberang Perai, Pulau Pinang dan Kedah, anda dihidangkan dengan hamparan sawah padi yang luas.

Pembangunan pesat Sungai Petani menyaksikan taman perumahan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Malah, penduduk dari luar Sungai Petani berhijrah ke sini untuk mencari pekerjaan terutama dalam sektor perindustrian di Bakar Arang dan Sungai Lalang.

Jika anda mahu mencari makanan, sebut apa saja, daripada nasi kerabu, cucur udang, nasi kandar, mi rebus, ikan bakar, cendol, bihun sup dan nasi kampung yang pasti membuatkan anda kecur air liur. Mungkin anda tidak percaya, tetapi bandar ini mempunyai lebih 10 restoran nasi kandar yang turut mendapat sambutan penduduk luar.

Berkunjung ke Sungai Petani tidak sah jika tidak mengunjungi jam besar di Jalan Ibrahim. Ia adalah mercu tanda bandar itu dan berdiri gagah selepas puluhan tahun untuk menyimpan segala sejarah suka duka bandar berkenaan.

Gabungan tempat bersejarah, pantai, perkampungan nelayan, sawah padi dan taman tema, menjadikan Sungai Petani adalah tempat yang perlu dikunjungi jika datang ke Kedah.
Di bawah kami senaraikan beberapa tempat menarik di sekitar Sungai Petani untuk tatapan anda. Jom kunjungi Sungai Petani di Kedah!!
                      

                                    Pantai Merdeka


Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Pantai Merdeka mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan. Perjalanan menaiki kenderaan sendiri ke pantai ini mesti melalui Jalan Persekutuan Laluan Butterworth. Pelancong perlu melalui pekan Tikam Batu dan seterusnya pekan Kota Kuala Muda sebelum tiba di Pantai Merdeka. Pantai ini juga mudah dilawati dengan menaiki bas dari Stesen Bas Sungai Petani. Sila naik bas City Liner bernombor 26 untuk perjalanan yang mudah dan selesa. Terdapat kemudahan perhentian bas, chalet, tandas awam, medan selera dan gerai-gerai jualan. Pantai Merdeka menawarkan kemudahan percutian untuk seisi keluarga. Pelancong boleh bermandi-manda dan berkayak di pantai ini. Terdapat perkhidmatan bot untuk pelancong pergi ke Tanjung Dawai.
                    Taman Tema Air "The Carnivall"


Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke The Carnivall taman tema air ini mengambil masa 15 minit dan ia merupakan sebuah taman tema air di Sungai Petani. Taman tema ini dibuka pada 25 Disember 2006 dan terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar. Sekiranya anda datang dari Lebuhraya Utara Selatan, sila keluar ikut Exit 170-Sungai Petani Utara. Sila ambil jalan ke pusat bandar dan terdapat kemudahan papan tanda jalan untuk ke taman tema ini.
Sila layari laman web : www.thecarnivall.com
                                    Sungai Merbok

Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Sungai Merbok mengambil masa kira-kira 15 minit. Sungai Merbok ialah sungai yang mengalir ke Selat Melaka dan mempunyai hutan paya bakau. Terdapat kemudahan pelancongan di sini. Pelancong boleh melawat Galeri Hutan Paya Bakau dan bersiar-siar di pesisir sungai. Ada juga disediakan kemudan bot pelancong untuk mereka yang ingin menyusuri sungai ini. Anda juga boleh berehat dan menjamu selera di restoran makanan laut.



Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Tanjung Dawai mengambil masa 20 minit. Tanjung Dawai adalah Sebuah pekan kecil di barat Sungai Petani. Pekan ini merupakan sebuah perkampungan nelayan. Hasil laut diproses di sini untuk dijadikan makanan. Pelancong boleh mendapatkan ikan kering, ikan bilis, ikan masin, pekasam dan pelbagai lagi hasil makanan laut dengan harga yang berpatutan. Perkhidmatan bas Mara Liner disediakan ke pekan ini dari bandar Sungai Petani.
Tanjung Dawai menempatkan Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), arked dan jeti Tanjung Dawai serta Medan Selera Ikan Bakar yang mampu menggamit kedatangan pelancong dari dalam danluar negeri Kedah.
Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) merupakan pusat pendaratan ikan bagi nelayan-nelayan di Tanjung Dawai. Anda dapat melihat senario sebenar aktiviti nelayan setempat disamping dapat membeli hidupan laut yang masih segar. Arked Tanjung Dawai memberi kemudahan kepada pengunjung untuk membeli pelbagai produk hidupan laut samada kering atau basah dengan tawaran harga yang berpatutan.
Jeti Tanjung Dawai yang sentiasa dikunjungi terutamanya pada musim cuti memberi kemudahan pengangkutan ke Pantai Merdeka yang merupakan destinasi mandi-manda yang popular di Negeri Kedah. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan iaitu sebanyak RM2.00 pergi dan balik.
Bagi mereka yang datang bersama keluarga atau rakan taulan dapat menjamu selera di Medan Selera Ikan Bakar yang menyajikan pelbagai juadah hidupan laut. Hati yang resah pasti tenang di kala menjamu selera sambil menikmati pemandangan lautan yang luas terbentang dengan disapa angin petang yang nyaman.

                                                           Lembah Bujang



Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Lembah Bujang mengambil masa 20 minit. Lembah Bujang Merupakan tempat bersejarah kerana telah mencatatkan sejarah awal negeri Kedah Darul Aman. Lembah Bujang kira-kira 1000 tahun lalu merupakan pusat perdagangan dan pemerintahan Hindu-Buddha di negeri rantau Nusantara. Kawasan ini juga menerima pengaruh Islam. Terdapat sebuah Muzium Arkeologi di sini.
Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di atas Bukit Batu Pahat yang berada 23 km dari bandar Sungai Petani. Terletak di dalam Mukim Merbok, Daerah Kecil Merbok. Ia adalah salah satu muzium yang mempamerkan bukti kewujudan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan ugama Hindu Buddha di Asia Tenggara pada kurun ke 3 Masehi hingga 12 Masehi.
Dibuka secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman pada 23 Januari 1980 bersamaan 5 Rabiulawal 1400 Hijrah. Bahan-bahan arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang. Artifak arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang dari China, India dan Arab di samping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai perdagangan rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.
Di kawasan persekitaran Muzium Lembah Bujang ini dapat dilihat tinggalan senibina candi-candi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan yang dapat membuktikan kewujudan dan kepercayaan agama Hindu/ Buddha yang menjadi amalan sebahagian dari masyarakat yang berdagang di Lembah Bujang
Sebuah air terjun mengalir di tepi muzium. Jika menaiki bas, terdapat bas Mara Liner dan City Liner berhenti di pekan Merbok. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki teksi ke Lembah Bujang.

Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Pusat Bandar mengambil masa 5 minit. Di pusat bandar terdapat sebuah bangunan bersejarah iaitu Jam Besar yang dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary.

Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Taman Jubli Perak mengambil masa 5 minit. Taman ini dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Kemudahan medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam disediakan di taman ini. Penduduk Sungai Petani menggunakan taman ini untuk aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu.

Dari Delesa Homestay Sungai Petani ke Hutan Lipur Rekreasi Tupah mengambil masa 20 minit Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.
Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan.

Rating For This Post :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan