Isnin, 6 Mei 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


CERITA SEBENAR KES GADUH <b>DI SUNGAI PETANI</b> KEDAH

Posted: 20 Dec 2012 01:21 PM PST

Laporan sebenar kes gaduh di Sungai Petani Kedah

YDH Ketua Polis Kedah membuat kenyataan media berkaitan dengan beberapa kejadian di Sg. Petani berkenaan pergaduhan antara kaum

YDH Dato Ahmad Ibrahim menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai semua khabar angin yang banyak disiarkan di dalam media sosial

sidang media kes pergaduhan sungai petani laporan sebenar kes gaduh di sungai petani kedah

Kebanyakan berita yang disebarkan adalah tidak betul. Individu-individu yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan berita yang tidak tepat dan hanya bertujuan membuat provokasi kepada orang ramai

Setakat ini, seramai 36 orang telah di tangkap untuk siasatan dan ada juga akan dituduh di mahkamah. Pihak polis mengesahkan keadaan di Sungai Petani adalah terkawal

Tiada kematian yang berlaku seperti yang didakwa tetapi ada berlaku kecederaan dan mangsa juga telah balik ke rumah selepas menerima rawatan

Pegawai dan anggota polis telah melakukan kawalan dan mengambil tindakan kawalan keselamatan bagi mengawal ketenteraman awam

Ketua Polis Kedah juga menasihati anak muda agar tidak bertindak mengikut emosi dan patuhilah undang-undang yang ada

Bersama-samalah kita mengekalkan keamanan yang telah wujud sekian lama

Video youtube : Sidang media Dato'Ketua Polis Kedah 

Temubual bersama penduduk sekitar mengenai insiden yang berlaku

Konklusinya daripada maklumat yang tersebar di Facebook dan Twitter mengenai cerita pergaduhan sehingga mencetuskan rusuhan yang ditokok tambah oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu adalah tidak betul

Malah penduduk sekitar menjalani kehidupan seperti biasa dengan aman dan tenteram

Dengan itu video laporan dan temuramah bersama orang awam yang dimuat-naik oleh Polis Kontinjen Kedah di laman Youtube dapat memulihkan situasi yang didakwa tegang sebelum ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan