Rabu, 1 Mei 2013

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Lelaki Dipukul <b>Di Tanjung Dawai</b> Kerana Pakai Baju Logo BN <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2013 09:17 PM PDT

Hanya kerana memakai baju T berlogo Barisan Nasional (BN), seorang lelaki dibelasah sekumpulan orang dipercayai penyokong parti pembangkang di pekan Tanjung Dawai dekat sini malam Sabtu.

Sofian Abidin, 30, dari Bedong tidak jauh dari kawasan nelayan berkenaan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.35 malam sewaktu dia bersama anak dan rakannya berkereta menuju Tanjung Dawai.

"Kami sebelum itu berselisih dengan sekumpulan kira-kira 200 penyokong parti pembangkang yang menaiki kereta dan motosikal, sebelum kami ditahan sebahagian mereka ketika tiba di pekan Tanjung Dawai.

"Baju saya dicekak dan saya ditumbuk pada pipi kanan dan dada. Rakan saya yang memakai baju BN ditarik dan ditanggalkan bajunya. Kumpulan itu turut merosakkan lampu isyarat kereta dan menendang pintu kereta saya," katanya.

Sofian berkata keadaan itu bagaimanapun dileraikan para penyokong BN yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

"Apa yang berlaku kepada saya adalah satu tindakan biadap. Konvoi berkenaan dipercayai datang dari luar Tanjung Dawai yang turut membawa bersama ahli keluarga mereka.
"Kejadian itu menyebabkan anak saya yang masih kecil menjadi trauma," katanya.Beliau telah membuat laporan di Balai Polis Tanjung Dawai selepas itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Khalil Ariffin mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan akan menjalankan siasatan kerana melakukan perbuatan khianat.  

BERNAMA
SIASAT.

Aku setuju SIASATAN DIJALANKAN SECEPAT YANG MUNGKIN.

Aku nak juga tahu kebenaran di sebalik kejadian. Takan sebab ko pakai baju BN ko kena belasah tak pasal2 kot? Bukan nak bekap tindakan keganasan ke atas mana2 pihak tapi kemon la, kalau setakat pakai baju BN ka apa ka, takan orang suka2 nak bantai ko?

Punyalah berlambak2 orang pakai baju BN. Tak pernah pun kena belasah. 

Hehe

So aku mohon PDRM siasat secepat mungkin dan keluarkan hasil siasatan. Kepada individu/kumpulan yang dituduh membelasah tue, anda juga dialu2kan untuk memperjelaskan kejadian sebenar kepada kami. Boleh email ataupun sebarkan di facebook, atau blog masing2.

Lebih cantik, kalau korang pun pergi report polis andai kata korang difitnah. Kita tengok siapa cakap benar dan siapa sebaliknya.

Oke. 


IKLAN TEXT DISINI


USAHAWAN TELCO HIJAU MODAL RENDAH!


DAPATKAN HANDPHONE DAN GAJET MURAH DISINI!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan